Sunday, January 30, 2011

pink itu pelangi .

Assalamualaikum dan Salam Pink . . . . . .

hai korang ! pandang lah lihat lah wajah Pelangi yang sungguh ceria dan tersangat happy. senyum sampaikan tengah makan pun sempat lagi nak senyum senyum kambing bagai. ni bukan kes miang keladi ke hape tau tak. ni kes bawah akta kanun keseksaan. opsssss ! bukan laaaa . . .
Pink itu memang cantik. ;)
.

tapi tapi . . . . . .


Alhamdulillah Pelangi selamat sampai di rumah dengan selamatnya. syukur ke hadratNya. Pelangi sampai rumah dalam pukul 6.00 lebih pagi camtu lah kan. tersangat terserlah kegembiraan ini. sapa yang tak suka balik rumah sendiri kan. rindu betul kat isi-isi dalam rumah ni. rasa nak cium je semua benda yang ada. tapi kalau duk cium, sampai esok lusa pun tak pasti habis kan. so, stopkan idea yang tak berapa bernas tu. . .

i lebiuuuu lahhhhh rumahh ! rumah ku syurga ku kan. . .

lebiuuuuuuuu mama abah jugak. tak lupa adik-adik semua . . .

pepagi tadi pun dah hentam makanan negeri cik ct kembang. dah terliur punyalah mulut ni tau tak.. pagi tadi makan nasi kerabu... dengan ayam bakar.. memang menusuk selera ! sedapppp... petang plak abah belikan Mcdonald... memang ngap big mag plak untuk petang. memang lemak berganda-ganda lah bila kat rumah.. takpe, asal hati senang kan.. untuk dinner plak makan nasi dengan sotong masak merah + ayam goreng. memang duk rumah asyik makan makan dan makan.. mana tak jadi dot dot dot....

okeylah sampai sini sudah entry paling happy ni. nanti ada masa lagi. Pelangi karang lagi eak. ni tengah melayan OST Playfull Kiss.. memang hot lagu-lagu tu semua. best !

babai .

xoxo
kiss & big hug

Thursday, January 27, 2011

menghitung hari .

Assalamualaikum dan Salam Sayu . .

moshi-moshi. sehatkah semua. harapnya sehat walafiat la ye, sekarang musim hujan tak menentu.. tapi tu kat Bangi.. tak tau lah kat sempadan lain.. 

tajuk entry buat masa ni tu bukan tajuk lagu la pakcik-pakcik makcik-makcik kakak-kakak abang-abang adik-adik sekalian... tu tandanya dah kemaruk dah naik bas.. bukan jakun okeyh ! tapi jajan. opssss! merepek sudah.. tak sabar nak sampai detik-detik hari "Jumaat" tau ;)

hati penuh dengan kebun bunga.. bunga kulat kot ! HAHA. Pelangi mana minat bunga bungaan ni. minat kucing lagi. rindunyaa kat si meow kat rumah. memang cam biasalah, dah sampai rumah jerk. pasti cari si meow dulu. pastu belai manje. dan cubit hidung... tu peveretku ! sampai si meow dah naik jemu ngadap Pelangi. sebab Pelangi suka kianat meow tidur la. macam-macam aksi yang Pelangi buat time si meow tidur. mana si meow tak naik marah kan.. eheee |

tuela, memang dah hobi tetap sampai bila-bila. tak leh nak ubah dah rasanya... tu yang Pelangi asyik mengadap si lappy, kekadang si meow datang duk gatal lagi miang depan Pelangi... nak tarik perhatian la kononnya... nak bermanje manje kan. si buat suara manje. dah memang dia tau yang Pelangi akan melayan kerenah manjenya. tu yang dia duk suka kacau Pelangi ngadap lappy.. pastu mula lah nak baring-baring atas lappy.. dia ingat dia tu semut kot. perasan kurus ! 

dialah buah hati saya. a.k.a. teman sepermainan saya.

tapi berat la jugak.. pastu ingat mouse tu tikus la kot. mentang-mentang lah nama melayu mouse tu tetikus kan. mouse yang keluar warna warni. tu yang si meow duk tengok-tengok jerk.. tu tak lagi bab wayar. opcoz lah Pelangi punya lappy berserabut dengan wayar yang macam. dengan externalnya, mouse, kabel speaker, kadang-kadang headphone. memang bersimpul-simpul. memang lah lagi buat si meow nak gigit benda alah tu.. kena current baru tau. tapi Pelangi memang tak kasi dia duk gigit. Pelangi marah kejab. si meow memang tak dengar kata. pulas telinga baru berhenti. padam muka kan !

rindunyaaaa ! makin lah buat tak sabar nak balik rumah kan bila otak ni fikir si meow. sihatkah dia. gemokkah dia. lena kah tidurnya. ada kawan baru tak dia. ada gf baru kew tak. ada bf baru kew tak. rindu tuan dia yang duk jauh ni ke tak. macam-macam persoalan yang nak dipersoalkan...(macam lah dia jawab kan | tapi takpe, selalunya persoalan tu akan ku tanya pada my adek)...

kan best kalau kat dalam bilik ni ada meow. boleh jugak manje-manje.. ni bosan jer ngadap almari, meja, kipas, lampu, dinding... 

my lovely meow ! kakak rindu kamu sayang.. ku tujukan pada Bad dan Vince.. harap kamu makin debab !! dan jangan gatal-gatal nak ada boyprend & girlprend... cukuplah kakak sorang nie haaaa .. lebiuuuuu... :)

see u this saturday ! (aiyooo. macamlah si meow baca blog kan)

xoxo
kiss and big hug
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails