Wednesday, September 5, 2012

Koktail Berkuah Punya Cerita



Assalamualaikum .


Phewitttt manusia alam maya sekalian. Moga kita semua sentiasa dalam lindungan daripadaNya. Amin. Junior junior untuk tahun satu bagi yang ambil degree tengah MMP (Minggu Mesra Pelajar) sekarang ni. Tahniah bagi yang berjaya masuk universiti dan dapat kos yang diidamkan selama ni. 

Teringat pulak kenangan dulu dulu. Macam lah lama sangat, dalam 2 tahun yang lepas, awal bulan Jun 2010 baru habis diploma. Dalam Julai 2010 juga dapat tawaran ke UKM untuk peringkat degree. Dalam hati memang 'malas' dan 'penat' dah nak sambung belajar teruskan. Aritu isi UPU pun sebab suka-suka. Ada jugak ye suka suka? Means, tak mengharap sangat sebenarnya. Dah dapat tu, abah mama mestilah suruh pergi, walaupun hati ni sedih sebab dapat kos lain daripada yang dipilih.

Kuasa Tuhan siapa boleh tolak kan?

Sekarang dah habis tahun dua pun, alhamdulillah. Syukur juga buat masa ni takde lagi yang kena repeat. Hidup di peringkat diploma dan degree tak samakan. Tak semestinya dulu masa diploma dapat pointer 3.50 above, akan dapat pointer camtu lagi untuk degree *sangat terasa. Dah jadi memalas sapa suruh. 10hb September ni, masuk tahun tiga dah. Yang selama ni nangis siang malam sebab tak nak kos tu. Akhirnya, lagi setahun nak grad. Restu ibu bapa yang pentingkan? 

Lari topik pulak.

Ahaaa. Kelmarin nampak koktail dengan riangnya kat almari. Cari-cari bahan lain yang mana diperlukan untuk buat koktail berkuah ni. Lepas tu mula lah sediakan buat kastad, lepas tu potong potong sumi jelly. Makan sejuk sejuk koktail berkuah ni, memang sedap punya. Tak susah pun nak buat. Antara rajin dengan malas je. Tak perlu ambik kos masak masak pun tak pe. *nak kata mudah sangat. 

Warna warni kehidupan ;')

Duk online sambil duk makan. Molek molek anak dara :-)


Hihi *senyum sopan. 


Alahai, boleh buat menantu gitu.


Tinggal berapa hari je lagi kat rumah. Malasnya nak balik Bangi. Sob sob sob ^____^



xoxo
kiss and big hug

Sunday, September 2, 2012

Sambung Beraya Semula



Assalamualaikum .


Lepas hari raya aritu, 28 hingga 30 Ogos ada final exam untuk shortsem. Alhamdulillah dah berlalu pun. Memang rasa lama benar tak update blog. Laptop pun rosak. Dugaan oh dugaan. Ni pun pinjam laptop orang je. Terima kasih awak .


Tengah seronok dekat rumah, lepas exam balik sambung beraya semula. 10 September dah start internship. Good luck for me. Fighting !


Sebenarnya takut. Sangat takut. Alhamdulillah juga diberi peluang internship dekat Fujitsu. Tak sangka dapat  company tu, terima kasih Allah. Syukur sangat.


Dah intern nanti, tak dapat nak balik rumah dah. Mana ada cuti panjang lagi kan. Sangat sedih disitu. Tu yang balik sambung beraya semula, kalau tak. Bulan satu tahun depan baru nampak muka kat rumah. Lamanya kan. Mestilah rindu rinduan dekat rumah dan family.  Huhu -____-


Selamat datang September !


Tapi, saya takut nak ke 10hb September. *pejam mata*

InsyaAllah saya boleh  :)

Selamat datang junior junior baru dekat UKM. Semoga korang berjaya hendaknya. Saya pun dah nak masuk tahun tiga dah. Cepatkan masa berlalu ^^


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails