Assalamualaikum ....dan Salam Sejahtera ...
Musim gelombang " Ombak Rindu
" merebak di semua tempat. Yang pasti di panggung wayang yang
berdekatan. Tak lupa juga di status facebook masing-masing. Semua nak "
Ombak Rindu ". " Pelangi Rindu " takde la plak kan ?
Rindu
pun ada ombak ek. Jiwangnya alahai. Sweet gitu duk rindu rindu yang
berombak. Rindu dah macam pantai, sebab ada ombak kan. Hehe ..
Fuhhh. Pergi nak beli tiket 3Disember2011 [Sabtu],
memang lah tiket seat depan je tinggal. Sadis jugak. Memang lah si
Pelangi takde lah teruja nak layan movie tu. Sebab macam " kureng best "
je. Tu tanggapan pertama dari saya. Dah " Ombak Rindu " tak kasi
peluang tengok lagi, layan " Misteri Jalan Lama ". Lain pada yang lain
kot weh drama ni. Ingat ni cerita hantu. Tapi, macam cerita makhluk
asing ataupun makhluk bunian maybe. Hehe. Ce tengok lah sendiri :)
Nape eah kalau bosan je, mesti nak snap kaki. Hehe
Melayan diri dengan " Ombak Rindu " juga akhirnya pada keesokkan harinya 4Disember2011 [Ahad]. Cam biasalah, di Alamanda Putrajaya lah. Dekat, tak perlu nak layan jalan jem kan ?
Ala, UKM dengan Alamanda, berapa minit je pun. Kan ?
Aaron Aziz pun ada datang Alamanda. Ramai kot gadis jelitawan duk serbu. Pelangi tengok dari jauh dah la..Ngeee ^^
Fuyoooooo..
Dah layan berjaya layan " Ombak Rindu ". Serius best gila. Meleleh
jugak airmata ni haaa. Choiii habis plak kan. Memang mengusik jiwa dan
perasaan serta sanubari Pelangi selaku seorang perempuan. Tu meleleh
leleh airmata berderai kat pipi. Ada hero pun, tak jadi tukang lap
airmata gak. Ish!
Kaki lagi sekali. Bajet kaki kurus macam kaki kucing.
Dalam
kecelaruan hari-hari berada di sini, memang otak serabut dengan
macam-macam masalah dan kerja yang tak siap. Dilupakan segalanya dalam
suatu jangka masa yang singkat, untuk meliburkan diri seketika.
Happy-happykan diri :)
Merokok amalan tidak baik. Kan ? Dush pada perokok!
Suka
sangat OST Ombak Rindu, yang Hafiz & Adira nyanyi tu. Dekat 40 kali
kot duk repeat. Tak cukup dengar kat laptop. Masukkan dalam pendrive,
lepas tu cucuk kat radio kereta. Nak pergi kelas, sempat lagi berjiwang
layan jiwa. Hampeh punya orang, kata minat indie, muzik bising bising.
Lepas tu, layan lagu sentimental baik punya. HAHA.
Suara bro Ajek Hassan terbaik gila weh. Ce dengar !!
xoxo
kiss and big hug




