Assalamualaikum >,<
Kembali tiba edisi review novel. Novel bertajuk "Awak Suka Saya Tak", hasil karya Melur Jelita. Serius paling terbest dalam koleksi buat masa kini. Dan akan menjadikan tersangat rugi kalau awak dan awak tak beli ataupun tak baca. Ni bukan nak sesi nak promote ke apa, tapi sememangnya realiti. :)
Novel keluaran karya seni dan pengedar tunggal fajar pakeer sdn bhd. Harga : RM35. Tebal tau 1056 mukasurat. Dah start baca nanti, korang tak rasa 1056 tu banyak. Pasti nak lagi dan lagi. Hihi -,-
Jom baca serba sedikit sinopsis novel ni :)
****
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya. Seorang hamba Allah yang penuh dengan kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku.. Sifuku.. Kekasihku.. Kembalilah...
"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, disini ...." Hilman Yong.
"Dont worry, I won't kiss you. Saya tak cium sebarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha, saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can see it. From your eyes, your lips.. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan gadis biadap. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.." Damien Yong.
"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien. Saya tak menyembunyikan perasaan saya. Tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium, tetapi hanya di dinding kaca.. Ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan, walau cuba dipecahkan, pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam.. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubunga. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.." Intan Zulaikha.
****
Menarik kan jalan cerita ni. Memang bukan novel Islamik, tapi bagi Pelangi ianya seakan novel Islamik. Sangat sangat menyentuh hati. Nak dapatkan novel ni aritu pun, punyalah susah. Asyik habis stok. Akhirnya dapat memilikinya dan berjaya dijadikan koleksi setelah membeli di MPH Alamanda.
Sampai sekarang watak Hilman Yong dalam bayangan. Pinangan novel ASST. Hihi :)
Hilman Yong ni ibarat si pelakon korea nama Daniel Hanney. Peminat novel perlu terjah kedai buku berhampiran untuk dapatkan novel yang sangat sangat terbaik ni. Kalau tak silap kan, ni hasil penulisan novel kak Melur Jelita yang pertama. Percubaan yang sangat sangat the boom. Sangat terbaik. *berapa banyak sangat dah kali ni. winkwinkwink T_____T
Kak Melur Jelita pun ramah jer. Suka, suka. Pelangi pun pernah chat dengan beliau. Ada masa, InsyaAllah nak jumpa. Rupanya kak Melur Jelita stay kat Kelantan. Lastweek, beliau ada sesi bertemu peminat di KB Mall. Jelesnya alahai. Kalau Pelangi ada kat sana, sememangnya nak jadi nombor satu yang pergi tangkap gambar. Hihihi. Terexcited lebih pulak. :)
Dalam novel ni juga banyak menceritakan pasal kuda. Rasa minat nak belajar naik kuda la plak. Tak nak cerita lebih lebih. Nak tau selanjutnya. Beli novel ni cepat. Tak rugi punyaaaaa. Nak cuba baca serba sedikit pasal novel ni, boleh baca kat
sini. Terima kasih :)
Video gambaran ASST :)
xoxokiss and big hug