Saturday, October 19, 2013

Raya Anak Perantauan


Assalamualaikum  .


Raya dah basi sebenarnya. Raya tak raya, sama jer. Rasa macam tak beraya je bila stay kat rumah sewa. Sape lah tak rindu familyyyyy kan. Kesat airmata tepi katil sorang-sorang. Macam jauh beribu kilometer plak. Hanya di KL, mereka kat KB. Benda yang lepas, jangan di kenang. Tak gitu?


*sedapkan hati*


Sape tak sayuuuu wehhh bila bangun pagi dengar takbir raya. Kalau kat kampung, sekarang ni tengah siap wangi-wangi. Pakai baju cantik-cantik, sambil mama sibuk suruh pakai barang emas ni, itu lah. Pastu sesi pergi solat sunat hari raya, balik rumah, makan-makan. Dah makan tu, pergi tengok orang sembelih lembu. Sekarang, semua itu kenangannnnn. Bangun, sendiri masak, sendiri makan. Hehehe Bangun masak nasi, masak sambal ikan bilis jer la. Makan apa yang ada. Rezeki jugak tu. Kannnn  :')



Ni menu dinner beberapa hari yang lepas. Balik kerja, rajin kau bertukang kat dapur
(~.~)

Ni menu breakfast hari ni. Ehehe :)


Think positive jer, padahal hati sebak rindu family. Takpelah, nextweek family datang. InsyaAllah, akan hadiri majlis konvokesyen. Thanksss mama abah sudi cuti tiga hari datang sini. Lepas tu sudi bawak apa yang anak mu senarai panjang berjela, bawak itu ini. Kekekeke~ Lebiyuuuu so muchhh!


Sorang-sorang kat rumah sewa ni. Seronok je masak-masak. Macam kat rumah jugak, suka sangat masak itu ini. Kat sini takde microwave or pengukus. Kalau tak, dah lama nak masak kek bagai jugak. Heeee Sakannya housemate beraya, sekarang ni pun masih bercuti kat kampung -__-



Petang ni amik jubah konvoooooo.. Yeaaaaaaaaaaayyy :))))




xoxo
kiss and big hug


Sunday, October 13, 2013

Sebuah Pengorbanan


Assalamualaikum   :')


Yeayyyyyy blog dah cukup 4 tahun 1 hari. Bermula dari dengan sediakan blog sebagai assignment, lepas tu dah terlekat sampai ke sekarang. Ramai kenal kawan-kawan jugak dari blog. Rinduuuu sangat nak blogwalking. Macam cuti sem dulu-dulu, bila dah melepak dekat rumah. Mesti nak blogwalking jer. Sekarang ni, dah masuk alam pekerjaan, rehat itu lebih penting  -___-



Happy birthday bloggggg! Happy birthday Pelangi Chenta  :')



Sedihhhhhhh. Tak dapat balik beraya, tak apply cuti pun untuk raya. Sebab dah apply cuti untuk konvo. Awal-awal kerja tak boleh nak tunjuk asyik cuti kan, ekekeke~ Tak sabar nak konvo. Nak jumpaaaa family. Nanti nak sembang lama-lama. Rinduuuuu. Banyak topik nak bergosip dengan mama ni.

Indah ke KL ? Hurmmm...


Alhamdulillah, dah masuk rumah sewa baru. Selesa & cukup lengkap segalanya. Semoga semuanya baik-baik jer. Nak cari bilik untuk sewa pun, susah kemain. Macam-macam ragam housemate yang ada. Nak jumpa yang betul-betul boleh buat geng tu, bukan senang. Kalau boleh nak stay dengan orang-orang yang boleh buat geng. Kalau duk sorang-sorang, bosan jugak kan.


Ni sewa bilik area pantai dalam, nak pergi kerja pun dalam 15minit je, macam okey okey je kan. Aritu stay rumah makcik kat Puchong, pukul 6.30 pagi dah bertolak dari rumah. Sampai office pun, dekat pukul 8.00 pagi jugak. Penat jugak nak ulang alik hari-hari, campur segan nak menumpang rumah orang ni. Ngeeee..


Sedihnyaaaa, bila tengok tv. Semuanya pasal hari raya. Duduk sini, tak rasa macam raya jer. Macam hari biasa. Uhuhuhu  Pilunya!



xoxo
kiss and big hug

Sunday, October 6, 2013

Rezeki Sebelum Konvo :)

Assalamualaikum  :')


Rinduuuuu nak terjah blog orang. Dah lama rasa tak terjah sana, sini. Eermmmm dengan sekarang ni dah start dunia baru- tiada lagi istilah student. Tiada lagi istilah penganggur. Kini, sebagai pekerja. Nampak dewasa sikit. Kekekekee ..


Kiranya ni entry yang pertama untuk bulan OKTOBER. Hai Oktoberrrrr , macam-macam dah berlaku bulan ni. Biarlah Oktober baru bermula. Takpe. Takpe. Itu semua dugaannya. -____-


.google.


Tak payah sedih-sedih. Akhir bulan ni kitaaaaa konvooooo! Alhamdulillah, lepas dengan jayanyaaaa. Terima kasih mama abah sebab support. Akhirnyaa, degree tanpa pinjaman ptptn :')


Nomnomnom :-)


Happy-happy jugak. Raya haji tak dapat balik. Sedihhhhhhh sangat. Mane pernah tak balik waktu raya. Demi nak konvo, kita tabahkan hati beraya kat KL. Aduhai, rindu dengan lembu-lembu sekalian. I will miss you, myfamily, mymeow, myrainbow. Nanti datang jengukkkkk orang kat sini eh?  -,-


Kena banyak bersabar nak hadapi dunia yang macam-macam ni. Semoga dilindungi olehNya daripada orang-orang jahat dan sentiasa diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Amin :))


Macam tak percaya jugak, sebab dah sebulan lebih kerja. Walaupun diri ni mane nak pandai sangat buat kerja. Nasib pengalaman kerja waktu internship dulu, banyak membantu sedikit sebanyak. Alhamdulillah, itu semua anugerah dariNya. Segala yang terjadi, ada hikmahnya. Kannn..


Oktober with love.
Bulan depan , birthday girl. Anniversary. Ehh . Hihihi

Okbye!



Much love
xoxo and big hug

Related Posts with Thumbnails