Saturday, April 27, 2013

Terima Kasih Pengalaman



Assalamualaikum . Moshi moshi :')


Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rasa tak melawat blog sendiri. Apatah lagi blog kawan-kawan. Rindu sangat nak hilangkan stress dengan taip entry. Masa mencemburui diri ini. Banyak benda kena settle, yang tak boleh nak berseronok sangat dengan itu ini. Semester akhir, tak boleh nak anggap diri macam semester satu. Banyak kerja. Thesis tergendala, assignment lagi, segala jenis projek lagi, sekarang ni musim midterm exam plak. 


Lepas tu musim mengundi plak. Hihihi


Tak sabar nak mengundi, first time ni, mengundinya sehari je, cuti balik rumah dekat seminggu lebih. Syok yang amat. Dah rasa boring plak kat sini, rindu nak bergurau gurau senda dengan family kat rumah. Lagi pun kat sini, forever alone. Makan semua sorang, alahai sedih sedih. Nasib DBK sentiasa menemani. Sentiasa menemani di Dungun dulu dan sekarang ni di Bangi. Love youuuuuuu  >,<


*google .


Ni tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan Mei, dengan itu - lebih kurang ada dua bulan lagi belajar dan siapkan thesis. Masaaaaaa sangat cepat berlalu. Rasa nak bernafas pun tak boleh, bila fikir pasal THESIS THESIS THESIS, kan dah stress. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. 


Lagi dua bulan jugak myrainbow nak merdeka. Tak sabar nak tengok dia berjaya. Semoga baik-baik sayang di sana. Fiuwwwwwww flying kiss. . . .


April pun nak melabuh tirai dah kan. April, saya happyyyyy sangat bulan ni. Manis masam kehidupan tu rempah ratus kepada hari-hari kita. Penambah rasa bagi kehidupan ;')




Much love.

xoxo
kiss and big hug

Tuesday, April 2, 2013

Hai April


Assalamualaikum & moshi moshi   :)



Alhamdulillah. 
Alhamdulillah diberi peluang untuk bernafas lagi. Dah masuk bulan April, cepatnya masa berlalu pergi. Dalam 7 minggu dah untuk semester akhir ni, pejam celik pejam celik dah rasa cepat je. Tak lama dah nak masuk bulan Jun, tinggal dua bulan lagi. Thesis takde progress lagi ni, ayuh semangat nak belajar dan semangat buat kerja. Usaha gigih sikit untuk semester akhir ni.

comel sangat . *google

Setiap kali lepas solat, mesti doa pasal semoga diri ni lebih rajin, jangan malas-malas dan sentiasa berjaya serta dimurahkan rezeki. InsyaAllah   ('',)


Tinggal dua bulan lagi. 


InsyaAllah thesis dapat diteruskan dengan jayanya. Kena tunggu refresh otak dekat rumah dulu. Tak sabar nak balik hari Khamis ni. Bestnyaaaaaaaa. Khamis masa untuk drive dari Bangi sampai Kota Bharu. Semoga selamat sampai, tak sabar nak packing baju ni.


Hihihi. 


Semalam pun dah lepas satu exam, kemain lagi exam dapat open book. Soalan objektif, tapi soalan susah yang amat, memang kena rujuk buku betul la, dah la 60 soalan, masa yang diberi pun terhad gila. Tengok-tengok berpakat dengan member, dia cari jawapan untuk page tu, saya punya kat page ni, tu pun tak sempat sangat. Kalau tak buat macam tu, memang tak dapat jawab semua soalan la. Y__Y

*google


Meh nak share quotes baik punya, ni copypaste je. Heeee

" Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan "


Jom semangat untuk belajar, demi masa depan diri sendiri dan untuk keluarga :-)



xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails