Wednesday, March 27, 2013

Semoga Berjaya


Assalamualaikum   >,<


Dah masuk minggu ke-6 untuk semester akhir. Alhamdulillah, diberi nikmat masih bernafas dan melayari hari-hari dengan baik walaupun ada cabaran mendatang. Terima kasih pada mama abah yang sentiasa bagi semangat untuk terus maju jaya. Tanpa mereka, siapalah saya. ;')


Semalam punya kerja, dah boring, ini lah kerjanya -__-


Moga jadi rajin sikit. Kan dah semester akhir ni, muhasabah diri untuk terus maju. Fightingggg !


Ni haaaa subjek yang perlu belajar untuk sem akhir ni, 4 subjek je yang kena pergi kelas, projek tu untuk projek tahun akhir (PTA). Subjek 'real time' plak takde final, tapi amat mencabar jiwa, main dengan programmable logic controller la, tercabar jugak subjek ni walau takde final. Good luck untuk diri sendiri.


Kelas pagi tadi, subjek sampling (",)

InsyaAllah dapat lalui semester ini dengan cemerlang. Yeayyyy minggu depan nak balik rumah dah, setelah dekat 7 minggu dekat Bangi. Balik nak charge dan format otak dari segala jenis perangai malas-malas. Mintak restu dengan mama abah, balik bermanje-manje kejab, lepas tu makan makanan lazat lazat. Oh indah, tiada tempat yang seindah rumah sendiri ,bersama keluarga. Phewwwww.. 


Terima kasih Nuffnang untuk BE ni, bertambah-tambah rezeki sekarang :-)


xoxo
kiss and big hug



Sunday, March 24, 2013

Bila Sabar Itu Penting


Assalamualaikum . Salam ceria  !


Hujung minggu kali ni, melekat je kat kolej. Macam biasalah, tak payah nak enjoy sangat weekend, tunggu enjoy balik rumah nanti. Yeayyyyy ! Lagi dua minggu nak balik rumah. 


Tak sabar nak kemas baju.


Tak sabar nak start enjin kereta.


Tak sabar nak singgah seven eleven, beli air nescafe dan gula-gula.


Tak sabar nak tengok muka abah mama. 


Tak sabar nak main dengan meow.


Nampak sangat ke taksabaran disitu. Dah memang rapat dengan family, tu yang tiap kali tak sabar nak balik rumah. Asyik pangkah kalendar je tiap-tiap hari. Sayu gila rasa. Dah kerja tak tau la macam mana, kalau kerja jauh pada familykan. Waktu belajar ni, ada la jugak cuti semester, bila dah kerja, semuanya tu non hadooooo. Nak cuti pun, kena cuti untuk yang perlu je. 


Semoga dimurahkan rezeki , dapat kerja cepat-cepat. Amin.


Dah nak habis bulan March, bulan April dah nak tiba, tak lama dah kot nak sampai hujung semester. Projek tahun akhir, tak bergerak sangat lagi nih. Minggu ni nak kena proceed apa yang patut dah. 

InsyaAllah bulan September nanti :')  *gambar dari google


Dalam sibuk fikir projek tahun akhir, sempat lagi melayan drama korea "King of dramas". Ni dah sampai episod 12 dah pun, baru je tengok hari Jumaat lepas. Drama korea la ganti tv, kat kolej mana ada tv. Duduk rumah pun, bukan layan tv sangat pun, kadang-kadang siap pasang external dekat tv lagi, tu pun layan drama korea jugak. Tak cukup yang di download, layan kat onehd lagi, nak korea sangat, dari zaman sekolah lagi.


Hurmmm. Okey entry entah ape-ape. Terima kasih sudi baca. Hihiii

Take care.

xoxo
kiss and big hug


Saturday, March 23, 2013

Proposal Projek Tahun Akhir


Assalamualaikum (^,^)


Asyik review novel je, ni dia entry macam biasa dah. Ni nak share pasal "Proposal" untuk Projek Tahun Akhir (PTA), dah namanya tahun akhir & semester akhir, maka haruslah ada projek tahun akhir sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah. Phiuewwwww ayat macam skema je....


Fikir pasal PTA. Makan tak kenyang, tidur tak basah, tidur tak lena. Kalah orang bercinta. Seram sejuk wei. Yela, kalau tak lepas PTA ni, kena repeat, bebudak kelas semua konvo bersama, kita jer terhegeh-hegeh siapkan PTA sorang-sorang. Sedih kot. Malu pun ada. Kan kan kan ?

Minggu kena present proposal. Huru hara bilik  >,<

Baru rajin nak pergi library bila kena mengadap proposal -__-

Masa diploma dulu, PTA berdua, maknanya secara berkumpulan gitu. Sekarang degree, kena forever alone, takde istilah nak secara berkumpulan dah. Dulu diploma, buat projek berkaitan dengan elektronik, dengan busy pasal board, solder komponen, kena tebuk papan litar la, susah jugak dulu, ada kawan sekumpulan, boleh la tolong mana yang patut, kalau kita 'blur' ataupun tak tau nak jawab bila kena present dengan penilai. Sekarang, semuanya sendiri.. Kena hentam dengan penilai, sorang-sorang, fikir idea pasal PTA sorang-sorang, siapkan report akhir, sorang-sorang. Kata dah degree kan, pasti mencabar sikit. Kalau master, lagi lah up sikit pada degree. 


Sebenarnya, dua minggu lepas berlangsungnya peristiwa kena present tajuk PTA kepada dua orang penilai. Untuk tahu tajuk kita tu diluluskan ataupun di-reject ! Takut jugak kalau kena reject, dah bukan senang nak fikir plan seterusnya nak buat PTA, dah la satu semester je untuk PTA. Satu semester tu, dalam 14 minggu je, dah tolak semua semua, berapa minggu je tinggal. 


Alhamdulillah tajuk PTA tu, okey okey je penilai kata. Tajuk tu pun supervisor yang kasi. Hihihi. Dah takde idea sangat. PTA yang akan disiapkan tu berdasarkan kepada statistik. Kena rujuk balik semua pasal statistik, dulu awal awal sem tak sukanya subjek tu, akhirnya ambik kau, buat pasal statistik jugak. Hahaha.

Nak buat latihan ilmiah dalam BM, masuklah UKM   :-)


Saya pelajar 'industrial computing', projek akhir boleh tumpukan pada manufacturing, quality control, statistik, dan selainnya. Takde lah tertumpu pada buat sistem, kalau student 'computer science', memanglah ramai yang buat sistem. 


Sangat istimewa UKM, kena buat thesis dalam Bahasa Melayu. Hari tu nak siapkan proposal pun, terkial-kial nak bina ayat, dah lama tinggal kelas BM. Tu pun supervisor jadi cikgu BM, tanda part mana ayat betul, ayat salah. Hahaha (-___-)


Degree, tak kata thesis lagi, sebab undergraduate, kat sini panggil 'Latihan Ilmiah'. Thesis tunggu master nanti. Semoga berjaya untuk diri sendiri, untuk mengharungi semester akhir, harap PTA dapat A. InsyaAllah. Semoga semuanya dipermudahkan..


Alhamdulillah dapat BE  lagi dari Nuffnang, memang suka makan aiskrim Magnum pun :')


Terima kasih sudi baca. Take care.


xoxo
kiss and big hug

Thursday, March 21, 2013

I Love You Stupid !


Assalamualaikum dan salam ceria   :')


Malas membebel. Entry ni nak review sikit pasal novel  "I Love You Stupid !". Asyik-asyik novel, sebab tu boyfriend saya buat masa sekarang. Penawar dikala kebosanan di kolej, dah tak jadi kaki merayap pergi mall, meronda sana sini, hanya leka dalam bilik bersama sang novel. Awwwww baik sikit. Hihihi


Novel ni karya kedua Melur Jelita, yang mana karya pertamanya adalah  "Awak Suka Saya Tak". Nak tengok review novel pertamanya, boleh click SINI. Daripada novel pertama pun dah meletup tup tup. Yang pasti novel kedua, lagi power. Kedua-dua novel mempunyai keistimewaan masing-masing. 


Bila nak kena settlekan proposal fyp, sibuk jugak nak baca ILUS :)

Ini lawak . Hihihihi T___T


Besttttt sangat novel ni. Terasa pedas dengan aksi "abang pedas". Dalam kisah kali ni, terdapat nasihat dan pedoman buat kita, tak lupa berkaitan keagamaan. Itu yang penting. Syabasssss kepada kak Melur Jelita. Moga terus success !


Jom baca sinopsis novel ni .


KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”


Firman ? Iris ? Ermmmmm best sangat ! Tak rugi baca, dapat kenal dunia Kemboja. Oh abang pedas ! Memang novel ni lain dari yang lain, bukannya macam trend novel sekarang yang semuanya nak kawen paksa. It totally different ! Cuba baca online dulu dekat SINI, pasti korang terkejar-kejar nak pergi beli. Yeyeahhhhhh. Nak beli online pun boleh, dapat potongan RM3.00 dan free postage, hanya tunggu abang posmen depan pintu pagar je, senangkan, tak payah bersesak-sesak pergi kedai buku dah, boleh beli dekat SINI. Harga asal novel RM39.00. 


Trimas divasssss !


Rasanya novel ni bakal ada sambungan "My Precious Iris". Nampak ketaksabaran di situ. Bulan April ni bakal terbit. Hurmmmm wajib terjah pesta buku dekat PWTC , April nanti. Heeeeeeee :')


xoxo 
kiss and big hug

Tuesday, March 19, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia


Assalamualaikum .

Sila jangan terkejut dengan tajuk entry. Tu tajuk novel ok. Buat masa sekarang saya bukan isteri siapa siapa lagi. Harap maklong. Hihihi .

Ni nak review novel "Sebenarnya, Saya Isteri Dia !". Bestttttttttttttttttttttt sangat ! Sangat-sangat. Memang tak boleh nak siapkan assignment, asyik nak cepat habiskan je, sebab tak sabar nak tau ending. Seriously, tersangatlah best. Macam manalah penulis novel tu dapat idea, novel yang kadang kala buat pembaca sedih, rasa nak menitis airmata, lepas tu senyum pulak, tak lupa plak duk gelak-gelak. Menceriakan hari hari plak rasa. Waaaaaaaa bestttttt !








Novel ni ditulis oleh Zura Asyfar, terbitan karya seni. Harga RM30.00, sila dapatkan di kedai buku berdekatan anda. Sangat tak rugi kalau anda beli dan jadikan simpanan peribadi. *senyum manis*


*senyum manis lagi*

*dan lagi senyum manis manis*

:-)

Asal suka ayat ni "Aku tak nak duit. Aku nak kau boleh?" Hihihi 


Jom baca sinopsis serba sedikit. Sila tarik nafas dulu, lepas tu hembus la ek. Jangan tak hembus pulak. Ok jommmm baca ;')


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Hurmmmm ada rasa macam menarik tak untuk beli? Cek duit dalam purse dulu, ataupun beli je online. Kan sekarang, semuanya online. Kalau beli kat KaryaSeni, boleh diskaun RM3 tau, tak payah bazir duit nak isi minyak kereta untuk pergi kedai buku. Hanya tunggu abang posmen datang. Kan senang. Klik SINI untuk beli. Trimas !

Haaaa lagi satu nak bagitau, ada drama yang adaptasi novel ni yang bakal muncul di tv. Mesti best, kalau betul betul follow jalan cerita dari novel. Drama tu lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqiah. Tak sabar nak tengok sebab ada Izzue . Heeeeeee .



Comelnya :) 
*dicekup dari page facebook drama ni .



Mana tak baca lagi novel ni, jom beli cepat novel ni. Seriusssss tak rugi weiiiiiii :)


Asal banyak kali duk ulang "Tak rugi. Tak rugi". Macam tokey jual novel pulak. Hurmmm tak tau nak cakap apa dah. Sila baca cepat novel ni. Sebab best . Meooooow !

xoxo
kiss and big


Monday, March 18, 2013

Dalam Doaku


Assalamualaikum .


Pejam mata. Kenyit mata. 
Hurmmmm hati sebak. Jari kaku. Kaku itu perlu bila lama tak up entry. Mungkin? 
Setiap yang berlaku ada 'probability'. Bukan setakat subjek statistik je ada 'probability'. Lalui hari hari pun ada kira-kira jua. Asal bahasa nak sarkastik sangat ni.

Ah. Benci dengan jiwa kacau ni. Rindu itu suatu penyeksaan.
Penyeksaan yang sangat dasyat. Yang tak mampu nak luahkan. Hanya mampu simpan diam-diam dalam hati. Tunggu masa untuk meletup. Meletup bila tiba hari dia. Oh bila tu. 


Terfikir. Terkedu. Termenung. Tertaip plak.


Eh ehh..


Asal ni, hurmmmm. Takde idea. 



Hai awak yang jauhhhhhhhhhh sangat di mata. Biar la kita dalam negara yang sama, di bawah langit yang sama, di bawah cahaya bulan yang sama. Hati saya tetap rasa jauh pada awak. Saya rindu. Awwww !


Jiwang sangat ayat. Kalau cikgu bm tengok, mesti menyesal mengajar ABC dulu. Sebab bila dah besar, sibuk nak taip yang jiwang jiwang je. 


" Dalam hati ada bunga la cikgu. ." Hihihi


Selamat hari lahir awak. Insan yang saya rasa happy, sedih bersama. Ada masa susah senang, awak ada membantu. Semoga peningkatan umur ni, awak lebih cekal hadapi dugaan hidup yang masih jauh ke depan, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Tahun ni tak boleh nak pos kad birthday kan. 


Sedih seminit. 


Okey. Saya faham, ini dugaan awak. Dugaan kita jugak. Buat kita sama-sama tabah dan think positive. Semoga awak baik-baik je kat sana. InsyaAllah segalanya dipermudahkan olehNya. Tunggu saya habiskan belajar dengan jayanya untuk sem ni. Kita sama-sama usaha untuk berjaya tamatkan sesuatu yang penting untuk kejayaan masing-masing. Fightingggg !


*rasa sebak*


Awak dah duapuluhlima tahun. Harap matang la sikit. Tak payah nak macam budak sekolah lagi. Rindu nak dengar awak buat lawak yang kadang-kadang buat saya rasa nak sekeh kepala. Sebab lawak. Awak maharajalawak saya. Much love .


Orang lain punya hari lahir. Tapi, orang lain teringin nak makan cupcakes. Takpelah, tolong makan untuk dia. Bab makan, no hal punya. Wiwiwiwiii ..

"Yang dot dot warna pelangi tu saya punya, yang biru awak punya "

"Tapiii, saya tolong makan eh yang awakkk.. "   Hihihihihi (^,^)





Sedap cupcakes comel ni. Yang biru rasa bublegum. Sedap sangat. Rasa nak balik rumah, buat cupcakes vanila. Hurmmmm -__-

Sambung nak mengadap novel 'sebenarnya saya isteri dia'. superbest !


xoxo
kiss and big hug

Friday, March 8, 2013

Mungkin Itu Ada Hikmahnya



Assalamualaikum .


Lama rasa tak aktif update entry. Makin lama, makin sunyi blog. Makin lama tak singgah blog kawan kawan. InsyaAllah bila update entry, saya akan jejak kawan kawan. Yippi. Tak payah yippi sangat, okey hari ni saya tak sihat. Banyak fikir. Banyak stress. Banyak fikir negatif pada positif. Hurmmmm.

charge energy.


Mana saya tak fikir. Final year project ! Fikir apa yang dibuat, proposal nak kena submit dan present nextweek. Risau. Takut. Seram. Rasa nak balik rumah. Macam mana tak stress, semua nak fikir. InsyaAllah semuanya berjalan lancar. Go go go go ! Heheheee ;')


Sakit antara penghapus dosa dan peningkat darjat.


Demam dah okey, pening pun dah mula hilang. Badan rasa cam tak berapa sihat sepenuhnya lagi. Cepat sihat ye badan, kesian saya sorang sorang nak layari hari bila demam. Lainlah kat rumah. Dah 3 minggu untuk semester akhir. Tinggal berapa bulan lagi. Pejam celik pejam celik, nanti sampai penghujung semester. 


Glurppp!


Walau pernah ada pengalaman lalui semester akhir bila diploma yang lepas, untuk degree rasa lain macam sikit. Tahap ke-susahan tu bertambah. Dulu, bila stress mengadap final year project, siap siap lepas tu start enjin kereta, pergi pantai. Hurmmmm tengok pakcik bawak anak main air pantai, makan makan keropok dengan air kelapa, angin yang sepoi sepoi bahasa. Hilang la juga stress. Indahnya kenangan di Dungun dulu.

kotak comel. warna pink lagi.


Sekarang, mana nak cari pantai dekat Bangi ni? Nak pergi pantai bagan lalang, jauh jugak tu. Tak berbaloi katanya. Alhamdulillah hujan turun dengan riangnya. Ayat nak puitis habis. Hihihi. Dah dua tiga hari tak hujan, kesian bumi Bangi panas je, sekarang sejuk la jugak lepas hujan. Rumput dah cantik menawan warna hijau. Hilang stress tengok hujan dan sang rumput menghijau :)


xoxo
kiss and big hug


Saturday, March 2, 2013

Perempuan dan Aksesori



Assalamualaikum : Moshi moshi .


Hai Mac !
Semoga bulan Mac ni lebih ceria dan makin rajin nak buat latihan ilmiah, tak lupa juga rajin siapkan assignment. Kena fokus lebih sikit semester akhir ni. Nanti dah takde waktu belajar dah, tunggu sambung master pulak. Yang tu tak tau bila la jawabnya, insyaAllah nak kerja dulu. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin  :)


Bulan Mac, birthday boy la. Ermmmm .


Okey, continue dengan topik sebenar. Perempuan? Aksesori? Asal saya tak leh pejam mata bila tengok aksesori comel comel? Ke semua perempuan macam tu. Ke saya sorang. Heh !


Bila semua comel, tu yang beli. Membazir. Ish ish ish! Yang tu comel, yang ni comel, eh eh yang ni pun comel, nak beli yang ni jugak la. Waaaa rabun mata tengok ! Semua nak. Haruslah makan masa yang lama bila jumpa kedai yang jual aksesori cantik comel. Grrrrrr !

Hai Pinky :')
Tangkapan sewaktu cuti semester aritu. Ish ish -___-


Shopping. Sape tak suka, ye dak? Semua senyum kemain bila dapat shopping. Bila balik rumah, baru lah rasa menyesal beli benda yang tak berapa nak berfaedah sangat. Beli benda yang dah ada, saje nak semakkan bilik. Ish perempuan ni, bila nak rasa semua benda dah cukup. Hihihihi  .

Hai yellowyelly :')
Ke-pinkyan dah membawa kepada ke-yellowan plak dah -__-

Yang gegirl, korang jenis suka membeli aksesori tak? Jumpa yang cantik, memang zapppp terus beli. Ada tak yang jenis macam tu. Ngeeee. (^,^) Woooo cuak ! Tinggal beberapa bulan lagi nak habis belajar. Fighting ! No more korean drama, no more novel. Hurmmmm...


PrayforSabah. Semoga keadaan di sana baik baik je, Amin .




xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails