Sunday, December 30, 2012

Saya Suka



Assalamualaikum . Moshi moshi  ;')


Rajinnya update. Yeayyyyyy.. Kesian tengok ada 4 entry je untuk bulan Disember, dah la nak berakhir dah tahun 2012. 2013 bakal muncul. Ommooooooo, jadi umur akan bertambah lagi. Lagi bertambah umur, lagi matang la kot. Harap harap gitu la jawab dia.  Hihi 


Kenapakah suka sangat capture kasut. Hobi dari dulu lagi. Hihi . Ni masa tunggu enjin kereta panas, sempat kau photoshoot kasut. Kasut jadi model tak terbayar. Rindu pada tuan beli kasut ni. Jadi pakailahh. Moga awak sentiasa jadi hero buat saya. InsyaAllah awak berjaya di sana. :')


Kereta dah macam rak kasut. Perempuan oh perempuan...


Sebenarnya entry ntah apa-apa je ni. Tak tau nak update apa, iyeeeee saya buntu. Selagi tak balik makan masakan mama, otak tak boleh refresh dengan baiknya. Ingat komputer la kot, boleh di-refreshkan. Duk fikir nak buat apakah untuk final year project. Sem depan tu.. Tak lama dah kot. Bulan dua nanti dah masuk semester akhir untuk tahun terakhir, insyaAllah .


Takut. Seram sejuk. Mimpi ngeri pasal final year project.


Tinggal 4 weeks to go. Internship dah nak habis la. Report takde buat langsung lagi ni, supervisor pun tak sure lagi bila nak datang melawat. Harap-harap okey je supervisor fakulti. Hurmmmmm. Pasti akan merindui nak drive pagi-pagi untuk ke Cyberjaya, lepas tu balik kerja lewat petang. Pengalaman bukannya boleh dijual beli, jadi bersyukur juga dapat intern dekat Fujitsu. :')


Okey babai. Tahun 2012 pun dah nak berakhir. Babai airmata, babai kisah sedih. Welcome back senyuman manis. InsyaAllah 2013 lebih berjaya dan dimurahkan rezeki   :-)


xoxo
kiss and big hug

Saturday, December 29, 2012

Penukaran PTPTN ke Sistem Ujrah



Assalamualaikummmmm semua :')


Macam happy semacam je tuan blog. Phewitttttttt. Kena happy baru 'aura' happy datang selalu, kalau sedih sedih, kucing tengok pun takde mood nak kacau kita. Hai kucinggggg ! Saya rindu kucing kat rumah. Rindu banyak banyak, banyak macam rumput di padang bola. *tiba tiba jadi macam kanak-kanak terlebih riang.


Hari ni gigih bangun awal sikit, biasalah weekend sepatutnya teman bantal sampai rasa dah puas tidur. Hari ni dah set nak kena bangun awal, lepas tu drive kejab untuk ke stesen UKM. Memang senang la budak-budak UKM nak merayap pergi KL, naik KTM pun dekat sebelah UKM je pun. Yang mana takde transport, memang ada bas khas untuk ke KTM, untunglahhhhhhh kan jadi student UKM. Dulu takde kereta, memang naik bas je pergi KTM, tak payah bazir duit naik teksi. Sekarang ni, park je kereta dekat kawasan UKM tu,  senang dan cepat. Tak payah drive sampai KL, naik tren berapa ringgit je, dah la tak payah lalui jem. Mudah gitu. 

Tak semua orang akan ikhlas berkawan dengan kita. Jadi, sabarlah :')

Dah memang rasa nak tukar PTPTN kepada sistem ujrah. Tapi, macam tak faham sangat pasal tu. Buntu wei , buntuuu. Takde orang nak bagitau pasal ni, jadi banyak info datang dari sesi meng-google aje. Nasib baik ada yang baik hati duk story panjang lebar pasal ni. Tanya jugak akak-akak yang buat ujrah ni. Adalah jugak kebaikan sistem ujrah ni. Dah la lastday untuk buat penukaran ni , 31 Disember 2012. Ni dah 29 Disember 2012 la. Lagi nasib baik, one step center dekat KL Sentral buka hari Sabtu dan Ahad. 


Pagi tadi pergi submit borang penukaran sistem ujrah tu. Akak tu kasi plak surat perjanjian baru yang perlu diisi dan disubmit selewat-lewatnya 31 Disember 2012. Dah la nak setem hasil dua keping. Mana nak cekau setem hasil, dekat KL Sentral macam takde pejabat pos. Sedih ohhhh. Macam takde rezeki je nak buat sistem ujrah. Banyak je halangan. Sabarrrrr jela waktu tu -___-


Tunggu tren dari KL Sentral nak balik UKM pun lama, pukul 10 lebih baru datang. Dalam hati, macam pejabat pos buka hari Sabtu. Jadi sampai je dekat stesen UKM, terus pecut ke pejabat pos. Dah berdoa ni biarlahhhh pejabat pos buka. Fuhhhh fuhhhhhh ! Alhamdulillah pejabat pos buka, jadi boleh beli setem hasil. Kiranya ada rezeki lagi nak tukar kepada sistem ujrah. Fotostat dokumen mana yang perlu. Jadi, pagi esok naik tren lagi untuk ke KL Sentral, untuk settlekan borang tu. Semoga dipermudahkan. 


Ingatkan dah last minute camni, takde orang kan. Dan memang assume yang orang tak ramai kot nak buat sistem ujrah ni, sampai ke one step center KL Sentral, ramainyaaaa orang nak buat sistem ujrah. Hihihi :')


Pinjam untuk 3 semester je, sebenarnya around RM7500 je, sekarang jumlah semua dalam RM8272. Begitu mudahhhh PTPTN dapat duit pentadbiran yang semakin meningkat. Sob sob sob.. Tu yang nak tukar kepada sistem ujrah. Hop hop horrey !


Bagi mana mana yang nak check dia boleh ditawarkan atau tidak untuk sistem ujrah, KLIK SINI. Terima kasih daun keladi. Okey lah, sampai sini dulu celoteh saya. Jaga diri. Bubyeeeee! 


xoxo
kiss and big hug

Tuesday, December 25, 2012

Cuci Gambar Murah



Assalamualaikum ..


Hai awak! Hai awak awak! Hai awak awak awak!  *banyaknya awak.
Perubahan besar 'Pelangi chenta' kali ni, ada domain baru, ada baju baru, ada header baru. Biar tak smart pun, asal tak menyemak mata tuan dia. Warna warni rasa cam ceria je, rasa cam tenang jer nak baca entry.. Maaflah tuan blog ter-perasan lebih. 


Syoknya cuti. Kan lagi syok esok cuti jugak. *bukak company sendiri lah cikmek


Cuti cuti takde kerja lain, layan movie tu , movie ni, drama korea dari pagi sampai malam. Makan lah drama korea tu kalau rasa lapar nak tengok drama korea je. Nak makan korean food. Ada rezeki, nak try lahhhhh. Asyik terliur je. Slurpppppppppp.. (macam iklan plak). Oh yeah !


Merepek itu wajib. Terima kasih sudi baca. Senyum manis manis :')


Mana yang jenis suka cuci gambar tu, ada satu tempat tu boleh cuci gambar 4R hanya 30 sen sahaja. Sahaja! Walau cuci gambar hanya 3 keping. Hihi  Kira ok lah kan? Selalu 4R pun dalam 45 sen gitu. Dengar 45 sen macam ok ok lah kan. Tapi, bila nak cuci gambar dalam beratus-ratus, tak rasa mahal ke? Fikir jangan tak fikir. 


Kualiti gambar pun super okey. Takde cacat cela buat masa ni. Gambar yang dapat pun sama cam kita cuci gambar dekat kedai. Sebenarnya apa yang membebel dari tadi ni, saya cuci gambar melalui online. Semua dah online, tak payah nak pergi kedai lagi. Dan akhirnya tunggu gambar yang dipos dengan riangnya. Dalam 3 hingga 4 hari bekerja, tunggu posmen depan pagar rumah tau. Mesti tak sabar nak tengok gambar tu semua. Macam gambar lain kau dapat kan? Sebenarnya gambar yang kau dah habis tenung dah dalam laptop tu. Ish ishhh..


4R hanya 30 sen. 5R plak hanya 40 sen. Murah tak ? Hurmmmmmm. Kalau total RM35 ke atas, shipping adalah Fercuma. Eh, freeeeeeee :')


Nak cuci gambar, klik kat EOE Online. Senang kan? Semudah makan nasi. Hihi Bila dah semua online, duit pun senang senang je transfer. Bahaya shopping online ni. Hew hew hew (^___^)

Ni hanya sebahagian *abaikan angrybird. hihi :')

Yeayyyy dah berjaya masuk dalam album ;')

Hey hey tak puas tengok gambar sebab warnawarni :-)

Semua nak finkkkkkk . Heee -,-

Much love .


Ni tengah hitung kira nak beli novel melalui online plak. Banyaknyaaaaaaaaaaa duit. Duit mengalir macam air dah rasanya. Oh noooooo! Tak pergi merayap kat MPH, duit lesap jugak sebab transfer untuk shopping online. Molek molekkkkk!


Esok makan hati dengan menangis tak berlagu la duit takde. Makin mudah cara nak membeli, makin mudah duit jadi zero dalam akaun. Cobaan ! 


xoxo
kiss and big hug

Saturday, December 22, 2012

Halooooo domain baru



Assalamualaikum .


Lamanyaaaa tak hupdate entry, berkarat dah blog. Asyik tu je ayat bila update blog, dah memang betul, lama ya ampun tak hupdate. Terbusy gitu. Bajet busy katakan. Aigoooooo! Every weekend ada pergi sana, pergi sini. Tu yang tak sempat nak belai manje manje dengan 'pelangi chenta'. Hari ni pun terasa bermalas-malasan nak tukar header. Kasi lagi simple simple sudah. Tu pun rasa cam nak tukar lagi. Malas nak buka adobe photoshop lah. Best layan drama korea lagi. Hew hew hew  :')


Cara gelak terbaru ke wei duk 'Hew hew hew'  (^,^)


Yeayyyyyy alhamdulillah, 'pelangi chenta' dah bertukar menjadiiii hello kitty. Eh, silap la. Bukan hello kitty ataupun meowmeow, tapi hanya tukar domain je, ala macam tukar alamat rumah je pun. Dah banyak hari delay nak update pasal ni, maafkan saya ye. Terima kasih pada Nanie yang sudi ajak kita join untuk domain dot my yang free setahun ni. Terima kasih daun keladi, lain kali nak lagi. Hihihihi :')


Bulan Disember pun dah nak berakhir, tahun 2012 pun dah nak berakhir. Tak lama lagi dah masuk 2013, umur pun dah meningkat, ilmu kena meningkat jugak tu. InsyaAllah dengan izinNya, 2013 akan habis belajar dan konvo. Moga dimurahkan rezeki dan dapat kerja cepat-cepat. Amin   :-)


Dalam masa seminggu ni, rajinnyaaaaaaaaaaaaaa saya pergi 'Big bad wolf books' dekat Serdang. Dua kali kot pergi sana. Memang tak sangka, rakyat Malaysia masih lagi minat membaca, walaupun sekarang ni apa saja boleh di-google kan. Ramai sangat orang kat sana. Buku pun banyak, pening tengok banyak sangat. Akhirnya rembat 5 buah novel english je. Bila nak habis tak tau. Novel malay, rajin plak baca kan. Kena ubah sikap suka baca novel english plak. Fighting !

Sila baca ye cik Pelangi  :')

Internship pun dah tak lama nak berakhir, lagi 5 weeks to go. Semoga semuanya berjalan lancar la nanti. Report akhir tak sentuh apa-apa lagi. Yuran semester ni pun tak pergi bayar lagi, nak kena daftar subjek before 4 Jan ni. Tak sangka buka sem ni dah semester akhir. InsyaAllah, cepat-cepat habis belajar dan kerja. Masa untuk bantu family plak. 


Sampai sini coretan mengarut dari saya. Ada masa, datang mengarut lagi kat sini. Hihi . Terima kasih sudi singgah dan baca sampai habis. Have a nice day. 


Dear my sweetsour, good luck for your interview. I always be with you. Muahmuah. Much love :)


xoxo
kiss and big hug

Saturday, December 8, 2012

Trip ke Pulau Pangkor


Assalamualaikum . . .

(*,*)
Entry wajib happy happy sikit. Rasa macam lama sangat tak online, menjadi pelarian ke rumah mak saudara kejab. Kat sana no more internet.. Buat ayat sedih plak. Anyway, ni entry kasi senyum sampai telinga. Jumaat (30/11/2012), mama call pagi tu, bagitau yang plan nak ke Pangkor. Aiseh! Dalam hati, bestnyaaaaa adik-adik lain. Kakak mu sangat jeles. 


Lepas tu, mama bagitau suruh naik train ke Ipoh, sebab nanti family tunggu kat sana. Okeyyyyy sangat happy sebab boleh pergi. Kena keluar office awal sikit la kan, dekat pukul 6.45petang tunggu KTM, nasib ada kawan sudi hantarkan. Hati tak sabar nak jumpa familyyyyy  :')


Dalam happy tu, rasa cuak jugak, sebab tak biasa nak train ke Ipoh. Dah search satu satu mana yang perlu. Hihihi Kan kena naik train ETS. Dah sampai kaunter, tiket pukul 10.05 malam. Dah la masa tu around 8.30 malam. Lamanyaaaa nak tunggu kat sana, dah la alone. Okey sabar sikit :)


Sampai Ipoh dekat pukul 1.00 pagi, kesian mama abah tunggu anak dia lama sangat. Lepas tu kita orang hidangkan perut dengan satay. Yummy.. Malam tu stay dekat hotel area Ipoh je. Pagi esoknya, baru bertolak ke Lumut untuk ke Pangkor. Yeppi, super happy..


Cuti cuti sekolah ni, ramai ya ampun orang tengah tunggu nak naik feri. Panjangnyaaaaaaaa beratur. Sabar jela. Dah sampai resort dekat Pangkor dalam pukul 1.30 petang, pertama sekali check bila masuk bilik, dapat wifi tak? Jenuh adik-adik bawak dua laptop ke pulau. Takkan nak tinggal dalam pajero kan? Bahaya ok. Dah la bilik dekat dengan reception, haruslah line wifi laju sangattttttttt. Sampaikan tengok youtube, takde buffer. Okey what? Kat pulau plak tu. Kan?? :')

Takde kerja ambik gambar pakai fisheyes. Hehe :)

thefamily.

Kat pulau pun, kita orang sewa kereta. Senang nak ke hulur ke hilir kan. Tak payah nak tunggu van pink. Jenis kuat berjalan betul, mahal kan kalau setiap kali nak pergi cari barang tu, barang ni kalau naik van pink. Hihihi :')

Lepas park pajero, jalan nak ke jeti plak.


Mama ajak beli topi kata taknak. Bila mama beli, saya plak pakai. Hihi~
Asal semua tengok saya duk peluk bantal pink bila nak ke jeti. Jeles la tu takde. Huu -,-




Indah :)

Atas permintaan anak perempuan sorang, abah drive jugak pergi kota belanda
:-)

Petang tu, sempat layan kaki main ombak pantai. Bestnya pemandangan. Indah kan. Lagi indah kot kalau bersama suami. Ehhhhh! Heheeee Adik-adik sempat ber- snorkeling, kita tak minat. Hanya main main air, lepas tu mama rajin tukang amik gambar anak dia. Mama dah faham anak yang asyik nak bergambar. Hekhekhek :')

Terima kasih Allah bagi hadiah family yang terbaik di dunia :)
Love you.

Terima kasih juga pada kekasih hati, sudi jumpa bakal mak mertua. Ehhhhhh! Glurpppppp.. Ada rezeki, cepat masuk merisik. Kih kih kih. Belajar dulu ye Pelangi. Semoga dipermudahkan segalanya. Cepatlah habis belajar. Nak kerja plak   :-)


PERHATIAN ! Awak awak semua, terjahhhhh blog NI, jom dapatkan domain percuma untuk setahun. Saya pun buat. Awak awak pun jom la sekali. Jangan malu-malu. Durian runtuh ni sampai 25 Disember je. Cepat rebut benda free untuk setahun :')


xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails