Thursday, November 29, 2012

Blog masakan punya cerita



Assalamualaikum ..


Kelip kelip mata, wink wink wink (^,^)
Ingat ni rancangan tv ke orang boleh nampak. Ishhhhh ! Membazir masa orang je baca pendahuluan entry. Dah cikgu ajar mesti ada pendahuluan, baru karangan super power. Hehehehe ..


Sejak akhir akhir ni ramaiiiiiiiii sangatttttttt datang bertenggek jenguk blog kita. Terima kasihhhhhhhh daun keladi (nampak tak kegembiraan diri ini). Hehehe.. Bukan gila glemer la uollsssss. Sebab kita dah lama sangat tak blogwalking, jadi berapa kerat je yang sudi singgah sini. Busy katakan (mata ke atas, tangan di bahu).


Keyword 'blog masakan', memang menjadi ter-hottttt la sekarang. Maybe ramai yang nak resepi yang best best, tu yang duk search pasal blog masakan. Oooyeahhhhh, aritu pernah up entry pasal blog masakan. Nanti nak share pasal blog masakan lain plak. Memang hari-hari sempat je uolsss I bukak entry blog masakan kat tempat praktikal. Hihihi (nampak benar dah rindu dapur....oh dapur)..


Yang lagi terkezut, Mat Gebu datang followwwwwww blog kita. Terharu maru. Aritu memang ada share blog 'Dunia tanpa sempadan'. Memang bila ada kesempatan, ada jugaklah sekerat dua hantar komen kat entry dia, tapi takde lah selalu sangat. Huhu (-,-)


Mana yang nak tau blog masakan yang best best. Tak menyesal punya kalau baca blog mereka. Resepi yang alahai, tengok gambar pun dah rasa lapar. Klik kat SINI eh. Thanksssss :')


Nak rest dulu, bila hari kerja, masa untuk rehat adalah sangat penting. Penat kot everyday balik kerja pukul 7 lebih, sampai kolej dekat pukul 8 lebih dah. Bukan senang nak senang kan ? Jadi, sabarrrrrrr :')

Babai, terima kasih ye awak sudi baca. Semoga dimurahkan rezeki. Amin.


Apa kena ni duk asyik repeat lagu 'Bila orang dah benci' by Saleem. Best kot, jiwang kejab. Tataaa..



xoxo
kiss and big hug

Sunday, November 25, 2012

22112012 - Happy Birthday


Assalamualaikum .
Moshi - moshi  :-)


22112012, dah lepas beberapa hari dah kan. Anyway, happy birthday untuk diri sendiri. Alhamdulillah dah 23 tahun bernafas di dunia ni. Thanks mama abah, tanpa mereka, siapalah saya. Terima kasih banyak-banyak pada rakanrakan facebook yang wish, sampai penuh wall. Pada yang wish dekat fon, terimakasih banyakbanyak. Semoga korang semua dirahmati olehNya.

Alhamdulillah  :')
Thanks jadi orang yang paling awal wish :)

Birthday girl, malam 22/11 tu, kita pergi open table dekat 'Austin Steak House', area bangi ni je. Saje nak isi perut dengan western food dikala birthday girl. Hihi. Order 'chicken marryland' dengan 'chicken golden blue'. Nanti nak review kedai makan tu, actually baru pergi dua kali kat sana. Malam tu pergi dengan mak saudara kita, yang birthday dia 23/11, sehari je lepas birthday kita. Kiranya cam sambut togetherlah. Btw, kita belanja dia malam tu. Yummy yummy makan itu ini, lepas tu air buah gelas besar plak. Mana tak full tank? Hihi


Yummy :)

Malam 23/11 tu, mak saudara kita plak belanje kita makan. Apa ni main gilirgilir belanja. Malam tu kita bawak dia kat kedai satay UK (Satay urat keting), kedai ni dah direview dalam entry sebelum ni kan. Makan satay , lepas tu nasi putih bersama macam-macam lauk lagi. Full tank lagi. Heeeeee  :')


Cepatnya masa berlalu, dah duapuluhtiga tahun dah kita bernafas. Dulu zaman kecikcomel lagi, sambut birthday dengan family, mama belikan kek. Awwww rindu ! Ni dah jauh pada family, rasa sebak plak rindu mereka kat rumah. Love you so muchhhhh !


Adik plak duk wish cepatlah kawennnnnn. Amboi, kita belajar tak habis lagi ni, kawen tu kemudian la. Kasi tercapai cita-cita dulu yup. Tak menyabor nak ada abang ipar ke? Huahua.. Macam dia je nak kawen dulu, kakak dia sunyi sepi je pasal cinta. Adik-adik lagi advanced, gambar together lagi dekat facebook. Kakak dia mana ada camtu. Memalu ok.Hehehe :')

Ni hari jumaat lepas 23/11, pukul 7.32pm baru nak balik kolej dari Fujitsu 


Petang ni nak bawak DBK mandi snow lah. Lama gila dia tak mandi snow, asyik mandi hujan je. Kesian dah kotor sesangat. Nak kasi orang naik pun dah segan, berhabuk. Hihi Nanti nak beli perfume kereta lagi untuk DBK. Yeay, mesti wangi. Muahmuahmuah :)

Sampai sini dulu, terima kasih sudi baca. Have a nice day. Peace   :-)


xoxo
kiss and big hug


Monday, November 19, 2012

Pelangi Ku



Assalamualaikum ..


Jommmmmm senyum manis-manis. Kurangkan gula dalam minuman, tambah gula dalam senyuman. Ek elehhhh kecoh la minah yang taip entry ni. Itu pun nak merepek, bajet orang rajin sangat nak baca entry kau. Mana yang sudi baca, terima kasihhhh la untuk awok. Berjuta juta terima kasih pada yang sudi komen, yang hanya singgah jenguk jenguk teratak blog merapu, terima kasih daun serai, asyik daun keladi je. Wahaha -_-

myDBK :') Muahmuah. 

Itu saya punya, itu awak punya  ;)

Rasa lama tak update je blog ni, seminggu tinggal kolej, jadi malam-malam bertemankan drama korea je, no more internet connection. Sekarang dah kembali di kolej, yeppi yeppi. Tapi, rindu nak tidur dengan mak saudara la fulakk, sebab before lelap, mesti sembang itu ini, gosip girls katakan. Hihihi  :-)


Tunggu feri sampai, untuk balik ke lumut  

Bawak kipas thepelangi sampai ke Pangkor. Hehe :')

Pulau pangkor 

Hujung minggu lepas, tiba-tiba DBK sampai ke Perak. Alolololo sanggup drive walau tak pernah drive sampai sana. Sorang-sorang plak tu, berdikari la sangat. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Dalam masa yang pantas berputar, boleh plak sampai lagi sekali dekat Pulau Pangkor. 


''Tak payah la nak gatal mata sangat tengok mat saleh tu, saya jeles'' - dialog orang jeles sambil pandang tempat lain.


Hahaha (-,-)


Eh! Dah tak lama nak masuk 23 tahun, 22hb ni hari jadi kita. Alhamdulillah :')
Tahun depan dah 24? Oh noooo. Rasa macam cepatnya berlalu, tuptup dah habis SPM, sekarang dah jejakkan kaki di alam universiti. Anugerah terindah dariNya. Alhamdulillah..


xoxo
kiss and big hug

Saturday, November 10, 2012

10.11.12



Assalamualaikum  .


10.11.12, pandainya mengira (senyum manis-manis).

Btw, tu tarikh hari ni. Mesti ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan hari ni kan, tambah-tambah lagi sekarang ni dah masuk musim cuti sekolah. Cuti sekolah dengan orang kahwin tak dapat dipisahkan, macam KL tak dapat dipisahkan dengan traffic jam. Hehehehe  :')


Sekarang pun pra-siswazah (degree) seronok bercuti seminggu (ayat penuh dengan kejelesan melampau). Sapa tak suka cuti kan? Zaman sekolah pun suka tengok kalendar yang ada mention pasal cuti sekolah. Best kot cuti sekolah, sebab boleh rilek kat rumah, tak payah susah susah everyweek kena basuh baju sekolah, kasut sekolah. Tapi, cikgu saje je kasi kerja sekolah yang berlambak lambak. Sayang betul cikgu, tak nak kasi anak murid dia lupa pada subjek yang dah belajar. 


Dalam cuti sekolah je, memang tak dapat rehat sangat jugak. Dulu kena pergi tuisyen sana sini. Kesian abah mama always kena hantar pergi tuisyen, tak kira pagi petang malam. Kadang-kadang sehari tu ada dua slot, pagi dan malam. Bila cuti sekolah lah, cikgu yang mengajar dekat tuisyen tu la nak cepatkan habis topik, sebab bila dah habis, boleh buat latihan banyak-banyak.


Tapi, saya tak masuk tuisyen yang ada iklan kat sana sini. Tuisyen dekat rumah cikgu, memang cikgu tu cikgu yang berpengalaman pada subjek tertentu, iaitu 'Add math', 'Math moden' dengan 'Fizik'. Kat situ pun dia panggil cikgu yang berpengalaman untuk ajar 'Kimia', memang rasa tak susah bila belajar dengan dia. Ramai gak yang tuisyen situ, sebelum dapat masuk situ, memang kena motivasi plak oleh wife dia. Kalau betul betul nak belajar, baru boleh masuk, yang nak main-main pergi cari tuisyen lain, dia yang kata. Kat situ pun bayar duit pada hari kita datang kelas je, bila kita datang kelas tu, habis kelas, cikgu datang kutip duit, RM5 je masa tu. Sekarang tak tau dia buat lagi tak kelas tu.


Dua orang adik kita pun sempat tuisyen kat situ, sebab mudah faham, lagi pun dia berpengalaman dalam 'killer subject' tu. Rindu plak zaman tu, kadang kala ada juga ponteng, kata kat abah kelas batal, tapi sebab nak tengok drama korea 'Full house'. Nakalnya saya.   Hihi


Alhamdulillah, sekarang pun dah masuk alam universiti demi segulung ijazah. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Dah cukup 2 bulan juga dekat Fujitsu, dalam masa 2 bulan lagi nak habiskan sesi internship ni ;')


Ni baru nak settle kan pasal borang penangguhan kontrak dan borang lapor diri pada JPA. Habis belajar diploma tahun 2010 lagi, sekarang baru nak settlekan benda tu. Kesian saya baru terdetik pasal tu. Diploma dulu saya dapat biasiswa JPA, lepas belajar wajib hantar document pasal dah tamat pengajian. Tapi, saya tak hantar lagi, Hihi  2 tahun lepas,ada rasanya orang dari pengajian tinggi call tanya pasal status sekarang, saya pun tengok sistem sekarang ni, status saya sekarang 'sambung pengajian'. Hihihi

Kan best kalau degree pun saya dapat biasiswa JPA. Sebab dekat 5k dalam satu sem, best wooo. Yang masa diploma pun best dah. Rasa tak mampu nak target pointer setinggi awan, tu tak apply. Akhirnya penaja dari pama sendiri. Hihihi. No more shopping like usual. (-,-)


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, November 7, 2012

Warnai Hati




Assalamualaikum   .



Yeay ! Update entry bila weekday. Bagusnyaaaaa :')

Hari ni balik kolej awal sikit, dalam pukul 6.20 petang baru cau cin cau. Penat jugak hari-hari balik lewat. Dalam happy day, tak bermakna takde 'kisah hati' yang sedih. Tak mudah nak berjaya kan. Tak mudah nak bahagia. Semua kena lalui dugaan, cabaran lepas tu pengorbanan tu yang penting. Memang orang boleh kasi nasihat berbakul-bakul, bila kita lalui sendiri, baru tau, bukan senang nak settle kan masalah. Ada masalah sekalipun, senyum sokmo. 


Stress ke apa ke, senyum selalu. InsyaAllah, dipermudahkan segalanya. Allah anugerahkan masalah/dugaan tu, untuk uji hambanya. Entry macam pakar motivasi plak. Heh ! Motivasi lebih nampak. Hahaha


Dear kekasih hati,
Dalam kita gaduhbaikgaduhbaik tu, banyak memori kita bersama. Rilek la, biasalah gaduhgaduh. Tak best jugak takde slot gaduhgaduh, nanti takkan ada slot pujukrayu. Oh manje ! Sape suka gaduhgaduh kan. Perempuan biasalahkan, sukakan 'perhatian'. Nak perhatian lebih la tu. Hikhikhik~


*gambar dicekau dari abg google :')


Asal entry camni, ni bukan blog 'pakar cinta', apatah lagi bukan 'pakar motivasi'. Saya 'tukang karut' je, bukan 'tukang karut' dikir barat la. Cuma suka update entry ikut kata hati, bukan ikut kata orang. Ehh asal ni entry camni. Dushhhhhh.. 


Terima kasih cinta :')
Cinta mama abah. Always sweet sour in my life. Leviyu :')
Muah muah  .. ♥ 


xoxo 
kiss and big hug


Sunday, November 4, 2012

Rainbow Cake ♥



Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum  .


Happy happy time. Nak buka cerita pasal 'rainbow cake'. Mesti terbayang-bayang, kek yang ada banyak layer, lepas tu colorful, comel gila, lagi buat sayang nak potong dan makan. Kan?

Sempena balik beraya aidiladha yang lepas, memang 26hb Oktober tu besday my abah yang ke-49. Dah la lewat nak order untuk kek, ramai yang dah tolak tempahan. Sedihnya jiwa, sedihnya hati. Dah la memang nak order 'rainbow cake', sebab tak pernah try lagi. Best tengok orang makan, best je tengok orang snap picture kek yang supercomel. Semua yang berkaitan dengan 'pelangi', gua rasa semua comel. Hehehe..

Nasib baik ada satu kakak ni yang ambik order saya, yeyeaa boleh la merasa 'rainbow cake', walaupun sebenarnya kek tu sempena besday abah. Saya plak yang ter-over lebih. Memang dah janji dengan kakak tu nak pick up the cake hari khamis which is 25hb, dah bagitau kakak tu yang saya yang akan pick up kek tu, sebab bertolak dari Bangi awal pagi, bajet sampai dalam tengah hari. Akhirnyaaaaaaaaaa jem melanda jalan wei. Janji hanya tinggal janji, glurp ! 

Kan sampai Kota Bharu dalam pukul 12 tengah malam, takkan nak kacau orang tidur. Pastu pagi raya tu, dah siap awal-awal nak bertolak balik kampung, memang kebiasaannya kita orang balik malam raya sebenarnya. Tapi, disebabkan saya yang sampai lewat, keterpaksaan bertolak pagi raya. Jadi nak pick up kek tu tak jadi lagi. Kesian akak tu still sms me. Sorry dear.

Malam hari raya tu pun stay kat kampung lagi, sebab ada tahlil untuk arwah pak saudara. Raya kali ni rasa sangat ketiadaan arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Alhamdulillah saya sempat pergi ziarah pusara arwah dan sedekahkan bacaan Yassin. Terkilan tak dapat nak tengok arwah pada hari dikebumikan aritu. Huhuhu -______-


Back to our topic please !


Ok. Ok, so sorry girls and guys. 'Rainbow cake' tu akhirnya berjaya di ambil pada hari raya kedua. Tu pun dah petang, banyak sangat rancangan itu ini kan. Biasalah raya, masa untuk 'the family'. Yeyeahhh jom tengok gambar 'rainbow cake'. Sedapppp sangat. Bila makan , nak makan lagi, rasa sayang nak makan pun ada, sebab comel sangat ! Maaf gambar tak berkualiti, pakai camera phone je, sebab camera tertinggal dekat kolej.  (^,^)

Comel je, warna warni :')

Sedappppp :')

Kan raya ke-3 dah kena balik Bangi dah, mama sempat tapaukan 'rainbow cake' untuk kita. Hihi Sebab mama kata nanti tak habis plak, sebab adik-adik semua akan balik uni masing-masing jugak. Buat bekal sikit sorang :')




Alhamdulillah, dapat juga makan 'rainbow cake'. Nak buat sendiri, kena tunggu waktu free, tengoklah cuti lepas praktikal ni. Yeyeaaaa ! Eh, november besday kita la. Duk jauh pada family, kena beli sendiri dan makan sendiri. Ala, tak syoknya. November juga anniversary kita. Thanksssss mewarna warnikan hidup kita. Nah cubitan dekat pipi :') 


Kat Bangi ni bila petang je, hujan je. Sempat la kita basuh dan jemur tudung ni. Tetiba nak jemur tudung ikut susunan warna. Comel plak rasa. Hihi :')

Esok dah Isnin.. Oh kerja ;'(

xoxo
kiss and big hug


Related Posts with Thumbnails