Wednesday, October 31, 2012

Perjalanan 17 Jam KL Ke KB


Assalamualaikum  ..


Alahai, ingat balik raya haji aritu sempat la up entry. Akhirnya tak sempat jugak, dan up entry kat kolej jua. Selamat hari raya aidiladha, walau dah lepas banyak hari. Nak wish jugak, kalau ada salah silap, mohon ampun dan maaf ye.

Kenapa orang kata kalau raya aidiladha je, Kelantan beraya sakan? Negeri lain tak sakan ke?

Confuse seketika. Ala, orang bandar, mana nak masuk kawasan rumput yang ada pacat, sebab nak tengok lembu kena sembelih. Takde orang kampung, takde lah orang bandar. Tak gitu. Hehehe  (^-^)

Cuti raya aidiladha yang lepas, hanya apply cuti untuk sehari je, hari Khamis. Budak intern nak mintak cuti. Naik lemak la baru intern dah pandai nak cuti banyak hari. Okey redha ! Khamis pagi mula lah bertolak, dalam pukul 7.00 pagi. Bajet nak bertolak awal lagi, sayang kat tidur punya pasal. Jadi janji melayu katakan. 

Dah masuk area Bentong dengan Raub memang jem yang terlalu parah. Selalu memang jem pun area tu, tapi takde lah sampai lama sangat nak tunggu kereta bergerak. Sabar jela kan. Demi nak balik beraya, berkorban apa saje. Lepas tu masuk kuala lipis, Ya Allah..... 4 jam stuck situ je. Memang tak bergerak. Dugaan sungguh. Perut plak duk kriuk kriuk. Nak cepat pagi tu, sempat berhenti beli kuih je. Haruslah lapar.




Tu dia sang burger yang berjaya masuk dalam perut driver yang lapar. Huhu


Bila dah stuck kawasan kampung tu, memang kereta tak bergerak langsung. Idea si kawan nak pergi beli burger, sebab dekat jalan sebelah tu ada kedai runcit dan gerai burger. Sempat beli 4 biji burger dalam jem tu haaa. Ramai orang turun pergi beli makanan. Macam tak percaya semua ni sebab nak balik beraya. Ramai plak tu pakai baju TRW. Minyak pun kena save, tutup aircond kejab, takut nanti minyak habis kan. Dah namanya jem yang tak bergerak. 

Memang pengalaman yang tak dapat lupa. Penat dah duduk 17jam wei. Penat badan, penat mata. Penat sungguh. Bila tiba kat rumah, tak rasa sangat pun penat tu, sebab family punya keceriaan dapat hilangkan stress. Dalam 12.00 malam sampai. Mama mana tak bimbang anak dara dia drive jauh jauh yang jem, lepas tu lewat malam tak sampai sampai lagi kan? Sampai bateri phone habis sebab mama asyik call , sms sebab nak tau anak dia duk kat mana dah. Pengalaman harungi jem yang terbaikkkk ! Siap boleh sembang sembang dengan orang jalan sebelah sana. Sebab dua dua jalan jem. Lagi parah dari jem kat KL. Terbaik!

Dalam kampung pun boleh jem. Ramainya orang Kelate balik beraya.

Gambar tak sempat nak letak watermark, pemalasnya dikau pelangi. Penat tak hilang lagi
*alasan.

Hari Khamis bertolak balik KB, hari Ahad dah bertolak balik Bangi. Kejabnya cuti, tak sempat nak manje manje lama dengan mama. Uhuhu.. Bertolak balik bukan main lagi plan nak lalu jalan Terengganu, sebab confirm confirm jalan dari KB ke KL jem teruk. Otak duk fikir, biarlah jauh sikit kalau lalu jalan Terengganu, tapi daripada jem, tempuh jela jauh jauh pun. Bertolak dari 10.30 pagi, fuyoooooooooooo jalan dari Terengganu, pun sama. Jem yang amat. Penat lah camni asyik jem. Akhirnya sampai kolej pukul 3.00 pagi. Biarlah pengalaman tu, asalkan selamat sampai. Drive sendiri, takde orang tolong drive. Yeay jadi anak perempuan yang gagah perkasa lagi berdikari.  :')

Saje je up entry hari ni, sebab esok dah masuk bulan november. Kesian oktober, sikit je entry. Makin hari makin kurang entry. Uwaaaaaaaaa.. Rindu nak berblogging lah. Penat minggu ni dua hari dah balik lewat, pukul 7 petang baru nampak jalan pulang. Banyak kerja dah. Kerja testing system best jugak. Asyik nak cari kesalahan developer je. Hahaha. 



Hai november. Hai sayang  :')



xoxo
kiss and big hug

Sunday, October 21, 2012

Bestnya Hujan



Assalamualaikum .


Hello milo. hihi~
Hujung minggu yang membuatkan diri ni tak nak berpisah dengan comforter. Bestnya bestnya. Suka sangat hujan. Pelangi mesti suka hujan kan? Sebab lepas hujan, ada pelangi. Kan kan. Tanpa hujan, siapalah pelangi. cewahhhh ! 


*Comel tak saya*  :')

Awak comel sokmo la teddy. Hihi :')


Sekarang. UKM tengah berlangsung sesi konvo. Tahniah pada graduan semua. InsyaAllah, tahun depan saya plak kat atas pentas tu. Semoga dipermudahkan segalanya. Ni pun dah 6 minggu dalam sesi latihan industri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Minggu depan ni, kena start dengan sesi testing system plak. Macam menarik je rasanya. Dekat 2 minggu mengadap kerja kena siapkan 'test script' based on each scenario. Memang kena tahu every process flow, baru tak pening nak buat kerja. Kalau kita happy buat kerja, kerja yang tak pernah kita buat, jadi senang. 

Rindu nak pakai. Ada je dalam kereta. Mama pilihkan ni haa ;)


Hujan oh hujan. Kesian graduan tak boleh nak posing sangat. Dah hujan kan. Hihi
Kelmarin keluar kejab, amboi ramainya manusia dekat dewan tu. Rasa sangat meriah. Ni bawak semua nenek atok semua ke datang konvo. Bagusnya la. Bawak satu keluarga besar. Tahun depan , insyaAllah. Tak sabar nak posing pegang topi tu. Nak buktikan, kakak berjaya. Walaupun habis diploma aritu, memang tak nak sambung degree dalam bidang sekarang. Akhirnya, dengan pujuk rayu mama abah, saya usaha juga. Sekarang dah jadi final year student. Senior kot !

Buat 'hot chocolate' yang best diminum bila hujan ;')


Sampai sini dulu, nak rest rest dulu. Nak hayati air hujan yang turun tanpa jemu. Semuanya anugerah dariNya. Segar je rumput tu semua, pokok pokok macam menari-nari sebab ada angin kan. Indahnya ciptaaNya.. Jaga diri ..


xoxo
kiss and big hug

Thursday, October 18, 2012

Cemburu Buta




Assalamualaikum . . .

Moshi moshi (dah berjangkit dengan budak opis, sebab dia memang orang Jepun) Hihi (^,^)
Suka kejab dengar dia jawab phone. Duk moshi moshi je. Ngeee..


Mimpi ke ni update malam-malam. Dah la bukan hujung minggu. (kelip-kelip mata). 
(Buka cermin mata)

Ehhhh tak nampak apa yang tertulis dekat entry (rabun katakan). Realiti la ni. Rajinnyaaaaaaaaa saya update. Suka suka suka. Selalunya malam je, rehatkan minda dan badan (layan drama korea). Layan drama korea je saya dapat. Nak layan suami, tak de lagi. Coming soon. Ntah bila tak tau. (tak payah nak menggatal sangat, kerja dulu ye kakak *ingat pesan mama* Hihi)


Banyaknya imagination malam ni. Meriah plak entry. Kih Kih Kih ('',)


Ades! Terlari dari tajuk asal ni wei. Cemburu oh cemburu. Kenapa kamu buta? (-,-)
Tak baik tau kata buta buta. Manusia yang buat cemburu itu buta. Kan kan? (Pandang awan *bajet duk taman bunga malam-malam).

Alololo cuwit muwit 

Cemburu tanda sayang la (alasan). Manusia ni tak lari pada alasan, ada je alasan itu ini. Ayat harus hiperbola dan ligabola sikit (mentang mentang TRW nak lawan bola sabtu ni, gomo kelate gomo). Dah namanya sayangggggg, mesti terselit juga perasaan yang tak harus ada -CEMBURU. Memang la tak nak cemburu, tapi hati ni tiba tiba fikir negatif , lepas tu sedih sedih. Perempuan kannnnn. Jiwa tu selembut warna pink. Ada je nak cemburu. (saya la tu....) Semua orang camtu kot... (alasan lagi....). Cemburu pun ada batas dia, tak salah nak cemburu, jangan melebih lebih sudah (nasihat diri sendiri) .

L.O.V.E. = CEMBURU.   hihi


(semua gambar dari abang google, abang gitu. haha)


Tengok mama abah dating pun saya cemburu jugak. Yela kan anak-anak dah jauh dari mata. Sambil tunggu yang adik bongsu habis tuisyen, sempat makan dan dating berdua. Lepas tu mula lah sms 'anak perempuan yang sorang ni', kata duk dating. Eiiii mama, saya jeles. Nanti kawen, nak buat mama jeles plak. (Nakalnya sayaaaaa ni) Ngeoowwwww! Hehehehe... 


Terima kasih yang sudi singgah. Tak dapat nak hidang air teh dengan baulu la. Kalau boleh hidang, dah lama saya hidang tau. Walaupun saya lama bebenar tak merayap singgah blog orang. Ada je hari-hari yang singgah sini. Thanks a lot awak awak !


Tak sempat punya kerja. Blog masakan dah lama saya tak komen. Rindu nak baca entry akak-akak kita. Dan ramai sangat yang singgah sini sebab review pasal blog masakan hari tu. Tak sangka dapat tolong awak awak semua. Nanti nak share lagi, banyak lagi blog masakan yang tiptop (senyum bajet comel) :-)


Sampai sini dulu la ye, kesimpulan la ni, macam karangan dulu dulu. Hari ni dan kelmarin keluar opis pukul 7 malam. Bagusnya budak intern ni (puji diri sendiri). Baru intern, tak kerja lagi kan?? Kerja balik pukul berapa datuk harimau??? Kesian suami saya lapar kasih sayang. Ehhh melalut. Babai . Hik Hik Hik


Nape saya nakal ni. Tolong jangan salah sangka, saya tak nakal sangat, so so je. Heeeeee



xoxo
kiss and big hug

Sunday, October 14, 2012

Rooftop Prince



Assalamualaikum    (~.~)


Annyong haseyo.. 
**bajet minah korea la fulak . Hahahaha.

Tak nak merapu, merepek, membebel banyak-banyak. Nak review drama korea lagi ni. Yeppi, super duper happy. Happy sokmo bila tengok drama korea. Hihi   :-)

Kali ni drama 'Rooftop Prince'. Tadaaaaaa ! 
Kalau suruh bagi bintang, nak kasi 10 bintang daripada 10. Amik kau semua bintang tu. Serius best. Tak tipu. Sebenarnya pernah nak tengok jugak sebelum ni, tapi macam tak best je drama ni. Bila dah habis layan 'Heartstrings', eh besttttttttttttttt plak drama ni. Walau 20 episod, rasa tak cukup je. Nak lagi dan lagi. 

Sinospis serba sedikit (nak tau semua, tengok sendiri) Haha

Mengisahkan putera mahkota 'Lee Gak' bersama tiga orang bawahannya dibawa ke zaman lain. Putera mahkota ni sebenarnya berada pada 300 tahun yang lepas dari tahun sekarang (ayat macam BM fail je). Kiranya mereka ber-empat ni masuk ke zaman moden (boleh dikatakan macam tu). (Tak logik kan?) Mereka ber-empat ni sebenarnya nak siasat mengenai kematian puteri mahkota. Boleh plak masuk ke 300 tahun selepasnya. Haruslah lucu dan lawak bila mereka yang zaman dinasti tu masuk zaman moden. Dengan ringtone fon pun terkejut. Hahaha (gelak gelak

Mereka ber-empat ni tiba-tiba muncul di rumah 'Park-Ha'. Akhirnya Park-Ha ajar mereka ber-empat ni di zaman moden tu. Ajar berus gigi la, comel je. Apabila 'Lee Gak' terjumpa 'Hong Se Na' , sebenarnya pada zaman 300 yang lepas, Hong Se Na lah yang jadi puteri mahkota. Ini dinamakan kelahiran semula. Pada zaman moden tu juga, 'Lee Gak' menyamar jadi 'Yong Tae Yong'  sebagai cucu kepada chairman syarikat. Kiranya 'Yong Tae Yong' ni kelahiran semula dari 'Lee Gak'. 


Nak tau seterusnya, kena tengok. Best sangat. Rasa nak tengok lagi je. Biasanya dah ada review, haruslah saya letak gambar banyak banyak. Jom tengok! Google chrome pun dah bertukar themes, jadi rooftop prince dah. Heeeeeeee (;




Putera mahkota yang merah tu :)




'Ni masa awal-awal putera mahkota masuk zaman moden, orang pelik tgk pakaian dia'

Mereka ber-empat bersama 'Park Ha' (comel je)



Comel. Hihi :')





Harap maaf gambar banyak sangat. Hihi ;')
Termenangis terngok drama ni. Park-Ha asyik dengan airmata je. Sedih betul (nak salahkan Park-Ha la tu sebab bawak watak yang sedih)..Babai awak awak~ 


xoxo
kiss and big hug

Saturday, October 13, 2012

Happy Birthday PC




Assalamualaikum  (^,*)  <kenyit mata>


'Happy birthday Pelangi Chenta' 
Happy birthday to you :-)

Saengil chukha hamnida, saengil chukha hamnida (tetiba versi korean)


Terasa comel plak nyanyi versi korean punya.  Heheee..
Sebenarnya kelmarin punya cerita untuk birthday PC ni, hari ni baru nak update. 
3 tahun 1 hari  :)


*diculik dari abang google


Craving nak makan kek rainbow ni :-(
Tak leh tengok 'rainbow' sikit. Semua nak. Huhu (^_^)


Alhamdulillah dah tiga tahun ye kamu. Cepatnya masa berlalu. Dalam masa 3 tahun ni, 500 entry dah. Fuh rasa banyak jugak, terima kasih yang mana sudi singgah sini walaupun blog yang tak seberapa. Yang mana tuan dia sentiasa buat-buat busy sekarang ni, balik kerja dah malam. Malam untuk rehatkan diri (okey itu alasan).


Hujung minggu baru ada masa bermanje manje dengan blog, sambil usha entry rerakan. Banyak dah entry blog masakan yang tak terbaca. Selalunya walaupun tiada masa nak update entry, sempat la jugak usha entry kakak kakak kita yang share resepi setiap hari. Rindunya kat dapur. Huuu -___-


Rasa nak makan kek secret recipe je, tapi takde geng nak ajar keluar. Tak best kot pergi makan alone. Rasa nak beli pizza je petang ni. Ganti kek dengan pizza yang kat pasar malam. Pizza tu memang macam kat Pizza Hut dah. Nak beli dua slice. Haaa amik dia. Hihi :)


Selalu ada je setiap hari keywords masuk berkaitan 'Blog Masakan', 'Kedai makan best di Bangi'. Harap ada yang membantu korang. Siap ada yang request nak tahu kedai makan mana lagi yang best dekat Bangi ni. Nanti ada masa, saya share. Sabar itu manis. Manis macam gula. Heee (-:


Tengah melayan 'Rooftop Prince' episod 19. Tak menyabar nak habiskan semua episod, lepas tu nak download ost. Ost Heartstrings pun duk dengar setiap hari. Best sangat. Romantik je suara . Aigoooooo...

'So give me a smile'    *flying kiss*



Babai awak awak.
Terima kasih sudi baca, jaga diri !



xoxo
kiss and big hug

Sunday, October 7, 2012

Hai Oktober




Assalamualaikum   .


Hai bunga.
Hai kumbang.

Hai pelangi. Hai semua :')


Oktober muncul tiba, alhamdulillah diberi kesempatan masih bernafas di alam yang sementara ini. Alhamdulillah juga dah 4 minggu jadi pelajar intern. Semuanya berjalan lancar, dapat sesuaikan diri dengan baik. Alhamdulillah sekali lagi.


Oh oktober. Saya rindu nak balik Kota Bharu. Rindu sangat. Rindu dapur nak masak masak. Rasa macam tersangat boring, sebab dah lama tak sentuh dapur. Hobi baru katakan. Hihihi :)


Nak review drama korea 'Heartstrings', tapi sekarang malas nak menaip pulak. Tengoklah next time nanti yea. Biarlah drama tu orang lain dah berzaman tengok. Sekarang tengah layan 'Rooftop Prince', super best jugak drama tu. Ehhhh! Bagi saya, rasanya cam semuanya super best drama korea ni. Aigoooooo (tutup mulut)


Menghitung hari nak balik beraya ni haaa.. (pangkah pangkah kalendar)
Sangat obses tengok kalendar tiap hari. Nasib tak bawak kalendar masuk tidur je kan? (-,-)

^__^


Terima kasih cinta. 11


xoxo
kiss and big hug 

Related Posts with Thumbnails