Friday, September 28, 2012

Rahsia Allah



Assalamualaikum   .


Tak mampu nak menaip. Biar lah jari rasa nak update entry pun. Tiada siapa yang kekal dalam dunia ni, semuanya sementara. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali... 


28/9/2012 (Jumaat), dapat sms & misscall dari mama. Kita ni drive nak balik kolej, sampai bilik... Terkejutnya dapat berita bapa saudara menghembuskan nafas terakhir. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Semoga arwah di tempat dikalangan orang-orang yang soleh. Tak lupa pada Chesu, semoga sentiasa tabah menghadapi ujian hidup ni. Allah lebih sayangkan arwah. Kakak sentiasa doakan kesejahteraan keluarga Chesu. Hero-hero Chesu, jangan nakal-nakal sangat, jaga mama baik-baik. Jadi anak yang soleh untuk mama abah. 

-___- *gambar dicekau dari abg google.

Rasa nak menitis airmata. Kakak tak dapat nak balik nak tengok arwah untuk kali terakhir. Doa kakak dari jauh je ayah pi. Terima kasih jasa selama ni. InsyaAllah dipermudahkan urusan di sana. Amin.



Rasa nak balik Kelantan :-(


xoxo
kiss and big hug

Sunday, September 23, 2012

Tentang Kita



Assalamualaikum  .


Moshi - moshi  :)
Rindunya ketika setiap masa mengadap blog. Komen entry sana sini. Sekarang, takde masa free sangat. Kalau ada masa free pun, nak rehatkan diri. Hujung minggu boleh lah singgah sana. Alhamdulillah, dah dua minggu hidup di Cyber. Banyak minggu lagi kena bernafas kat situ. Semoga dipermudahkan segalanya. 


InsyaAllah  .


Dah praktikal, rindu pulak nak pergi kelas setiap hari. Hehe Time tak perlu pergi kelas, mula lah mood rajin datang. Bila kena pergi kelas, banyak alasan betul. Macam-macam perangai. Haish. ^__^

(^-^)


Dua minggu kat sini, jadi dua minggu tinggal rumah. Rindu nak teman mama pergi pasar, pastu jadi tukang merasa masakan mama. Eiuwwwww sangat rindu. Demi nak dapatkan pengalaman dekat sini. Terpaksalah berjauhan kejab. Orang lain ramai yang praktikal dekat negeri sendiri, sebab boleh stay kat rumah je. Sekarang baru rasa jeles sikit. Takpela, nasib ada DBK teman kita selalu. 


Dear family, I miss you . Promise :)





xoxo
kiss and big hug

Sunday, September 16, 2012

Hai Saya Budak Intern



Assalamualaikum   .


Lamanya tak update blog.
Kalau dah kerja, cam mana lah nantikan. Takut memang tak sempat nak singgah ke alam blog dah. Sedihnya. Homesick jugak ni. (>,<)


Tahun baru. Tahun ketiga di UKM. Alhamdulillah  :')
Kolej baru. Dua tahun stay kat kolej Burhanuddin Helmi. Sekarang kolej Ibrahim Yaakub.
Suasana baru. Dah jadi budak intern, kena lebih bermotivasi.
No more rilex for Monday until Friday.

Pengorbanan sebelum capai kejayaan kelak. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segalanya. Walaupun internship, masih stay kolej. Ramai yang garu kepala, eh boleh ke. Dah sekarang Pelangi stay kolej. Maknanya boleh la tu. Tak gitu? Walaupun nak sampai Cyberjaya, around 30 minutes jugak. Layan je la. Bukan senang nak jadi senang  :)

Kereta macam rumah bergerak dah. Hihi  (:


Dah jadi budak Intern dekat Fujitsu, dalam department Application Services. Kat sana, ramai yang Chinese, tapi semuanya mesra, takde nak sombong sombong. Rasa best jugak. Mestilah rasa cuak jugak sebenarnyakan bila tengok sekerat je pun orang Melayu. Tapi bila dah seminggu kat sana, dah selesakan diri dah slow-slow. Hee ^^


Lepas internship, tinggal one more sem lagi. Kalau lepas semuanya, bulan September 2013 dah boleh konvo. Naik pentas lagi sekali. Tapi kali ni mesti pakai topi petak ada bulu bulu tu. Hihi. Masa konvo diploma aritu, takdekan. Jadi kali ni mesti ada punya. Tak sabar nak posing posing sambil pegang topi tu. Alahai, sabar dan sabar ye awok  Y____Y


Terima kasih my love. Gaduh gaduh pun, tetap sayang. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi diri kita. Chewah. InsyaAllah rezeki tu awak dapat . Much love love  :-)



xoxo
kiss and big hug


Wednesday, September 5, 2012

Koktail Berkuah Punya Cerita



Assalamualaikum .


Phewitttt manusia alam maya sekalian. Moga kita semua sentiasa dalam lindungan daripadaNya. Amin. Junior junior untuk tahun satu bagi yang ambil degree tengah MMP (Minggu Mesra Pelajar) sekarang ni. Tahniah bagi yang berjaya masuk universiti dan dapat kos yang diidamkan selama ni. 

Teringat pulak kenangan dulu dulu. Macam lah lama sangat, dalam 2 tahun yang lepas, awal bulan Jun 2010 baru habis diploma. Dalam Julai 2010 juga dapat tawaran ke UKM untuk peringkat degree. Dalam hati memang 'malas' dan 'penat' dah nak sambung belajar teruskan. Aritu isi UPU pun sebab suka-suka. Ada jugak ye suka suka? Means, tak mengharap sangat sebenarnya. Dah dapat tu, abah mama mestilah suruh pergi, walaupun hati ni sedih sebab dapat kos lain daripada yang dipilih.

Kuasa Tuhan siapa boleh tolak kan?

Sekarang dah habis tahun dua pun, alhamdulillah. Syukur juga buat masa ni takde lagi yang kena repeat. Hidup di peringkat diploma dan degree tak samakan. Tak semestinya dulu masa diploma dapat pointer 3.50 above, akan dapat pointer camtu lagi untuk degree *sangat terasa. Dah jadi memalas sapa suruh. 10hb September ni, masuk tahun tiga dah. Yang selama ni nangis siang malam sebab tak nak kos tu. Akhirnya, lagi setahun nak grad. Restu ibu bapa yang pentingkan? 

Lari topik pulak.

Ahaaa. Kelmarin nampak koktail dengan riangnya kat almari. Cari-cari bahan lain yang mana diperlukan untuk buat koktail berkuah ni. Lepas tu mula lah sediakan buat kastad, lepas tu potong potong sumi jelly. Makan sejuk sejuk koktail berkuah ni, memang sedap punya. Tak susah pun nak buat. Antara rajin dengan malas je. Tak perlu ambik kos masak masak pun tak pe. *nak kata mudah sangat. 

Warna warni kehidupan ;')

Duk online sambil duk makan. Molek molek anak dara :-)


Hihi *senyum sopan. 


Alahai, boleh buat menantu gitu.


Tinggal berapa hari je lagi kat rumah. Malasnya nak balik Bangi. Sob sob sob ^____^



xoxo
kiss and big hug

Sunday, September 2, 2012

Sambung Beraya Semula



Assalamualaikum .


Lepas hari raya aritu, 28 hingga 30 Ogos ada final exam untuk shortsem. Alhamdulillah dah berlalu pun. Memang rasa lama benar tak update blog. Laptop pun rosak. Dugaan oh dugaan. Ni pun pinjam laptop orang je. Terima kasih awak .


Tengah seronok dekat rumah, lepas exam balik sambung beraya semula. 10 September dah start internship. Good luck for me. Fighting !


Sebenarnya takut. Sangat takut. Alhamdulillah juga diberi peluang internship dekat Fujitsu. Tak sangka dapat  company tu, terima kasih Allah. Syukur sangat.


Dah intern nanti, tak dapat nak balik rumah dah. Mana ada cuti panjang lagi kan. Sangat sedih disitu. Tu yang balik sambung beraya semula, kalau tak. Bulan satu tahun depan baru nampak muka kat rumah. Lamanya kan. Mestilah rindu rinduan dekat rumah dan family.  Huhu -____-


Selamat datang September !


Tapi, saya takut nak ke 10hb September. *pejam mata*

InsyaAllah saya boleh  :)

Selamat datang junior junior baru dekat UKM. Semoga korang berjaya hendaknya. Saya pun dah nak masuk tahun tiga dah. Cepatkan masa berlalu ^^


xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails