Tuesday, July 31, 2012

Hari Terakhir Episod Julai




Assalamualaikum .


Moshi-moshi *bajet orang Jepun pulak.  Hihi

Hari ni lastday bulan Julai, tigapuluhsatu haribulan. Jumpa Julai tahun depan pulak ye, jika diberi lagi nikmat untuk bernafas. InsyaAllah masa tu dah habis belajar, amin. Sapa tak suka habis belajarkan, nak naik pentas untuk konvo, lepas tu mesti dapat bunga dan bebear lagi dan lagi. Best. Sebab kalau tak konvo, mana nak dapat bunga ros. Lainlah rumah dekat cameron. Kan?  ;-)

**Julai juga bulan anniversary mama abah. dah 24 tahun. 
(ni cupcakes untuk anniversary untuk lastyear punya)
alhamdulillah ;')


Alhamdulillah dah Ramadhan ke 11 kita semua kan, lambat lagi dapat berbuka puasa dekat rumah. Tunggu raya nuh baru balik. Rindunya nak sahur sesama, duk kolej asyik sahur sorang-sorang. Berkorban untuk berjaya. Dengan izinNya, insyaAllah berjaya, nak berjaya di dunia dan di akhirat kelak. 




**notakaki. tulisan agak cakar ayam -,-

Minggu ni je pun, ada tiga kuiz kena ngadap. Dah berlalu pun, namanya shortsem jangkamasa untuk submit assignment, kuiz, kuliah dalam 7 minggu je. Setiap kuliah, ada yang 2 chapter terus, kadang-kadang otak rasa dah tepu jugak, sebab baru nak fahamkan chapter tu, dah masukkan chapter baru. Lebih-lebih sekarang ni bulan puasa, kes mengantuk pun ada jugak. Hoho -___-


Hujung minggu lepas, sempat berbuka puasa rumah mak saudara dekat Puchong. Merasa juga makan bersama-sama keluarga. Walaupun bukan dengan mama abah sendiri. Makan nasi kerabu kuning, ohoooo sedap sedap. Laksam lagi. Rezeki jangan ditolak kan. Hihi  


Untuk internship ni tak tau lagi dapat kat mana. Stress sungguh !  >,<
Kelmarin ada dapat call dari company 'T-System', dekat Cyberjaya, suruh datang interview dekat sana 7hb Ogos ni. Cuak weh. Kalau dah cuak cuak ni, speaking entah ke mana lah kan. Bercakap dalam phone pun dah rasa seram sejuk -____-


Ce bagi tips sikit untuk interview nanti. Nak internship pun kena interview jugak T_____T


Aja - aja fighting  .....!!  *buat-buat tak cuak kejab.


;'(  


Haruslah seram sejuk.


xoxo
kiss and big hug

Friday, July 27, 2012

Saya Rindu Kelantan



Assalamualaikum .


Mood macam sedih sedih gitu, sebab dah rindu negeri tercinta.
Campaklah ke mana sekalipun, saya tetap sayang negeri tu. Kalau campak kat Korea sekalipun, negeri tu takleh nak tukarkan kecintaan padanya. Dah memang anak jati Kelantan. Gomo Kelate Gomo. Ehhh. Tak minat bola la. Saje je tu. Hihihi  (:


Tahun ni, aku berpuasa dekat kolej. Tahun lepas, diberi peluang berpuasa kat rumah. Dua tahun lepas, berpuasa dekat ukm jugak, masa tu semester satu tahun satu. Sekarang semester tiga tahun dua. Alhamdulillah masih diberi nikmat untuk bernafas. 


Bulan puasa, kalau tak singgah bazar Ramadhan, macam tak lengkap je kan. Walau pergi beli sebungkus nasi je pun. Tengok orang ramai, jalan pun macam setapak-setapak je, ramai sangat. Lepas tu, macam macam jenis makanan yang dijual, berwarnawarni mata ni. Kejab nak beli tu, kejab nak beli ni. Nafsu bulan puasa bila pergi bazar, rasa nak beli semuanya. Beli pun, jangan membazir sudah.


7 hari berpuasa ni, bila pergi singgah ke bazar Bandar Baru Bangi Seksyen 1, masih tak jumpa lagi kuih kegemaran bila bulan puasa. Kuih jala emas, yang warna kuning tu, manis-manis tu. Memang manis, tapi takleh la nak makan banyak, makan sikit pun jadilah kan. Buat pemanis mulut. Eceh!

'Ni lah si jala emas'

'Ni plak kembar dia, si buah tanjung. Hihihi'


Kalau kuih onde-onde tu, memang ramai je orang jual. Kuih jala emas tu takde jumpa lagi. Kuih buah tanjung pun sama, macam takde jer. Rindunya nak makan kuih tu. Satu lagi yang dirindui, nak makan ayam percik. Ayam percik kat sini, lain dari yang lain. Yang Kelantan punya lagi sedap. Sungguh! Kalau pergi dekat Yati Ayam Percik, memang tak dapat dipertikaikan, orang beratur panjang nak beli.


'Tak tau paper bila ni, tak makan colek, tak sah doww..'


'Colek ayam campur dengan paru. Best woooo!'

Colek ayam. Glurp! Sangat keterliur-an *bahasa caca marba.
Kat Bangi ni ada ke orang jual colek ayam? Nak beli. Tu menu lepas solat terawih kalau dekat rumah. Beli dekat RM20 pun kadang-kadang masih tak cukup. Dah makan beramai-ramai kan. Itu yang seronok. 


Minggu depan mama datang KL, InsyaAllah boleh berbuka puasa sama-sama. Doakan yang terbaik untuk mama. Mama ada interview untuk naik pangkat, aritu pun dah tolak kena pergi Sweden dan Boston kerana anak-anak masih sekolah. InsyaAllah pasti ada rezeki yang terbaik yang dah diaturkan olehNya untuk keluarga kami.  ;')


**diri sendiri upload gambar,diri sendiri terliur. Huuuu -____-
*gambar dicekau dari abang google.


xoxo
kiss and big hug

Drama Korea I Do I Do



Assalamualaikum .

Annyeonghaseyo (hello in Korean). 
Bajet orang Korea sangat. Haha -,-
Entry ni nak review drama korea "I Do I Do". Kiranya drama terbaru jugak la, sebab disiarkan pada tahun ni. First impression nak tengok drama ni bukan kerana pelakonnya pun, sebab drama ni berkisarkan pasal company high heel. Cam best best je. Tu rajin nak tengok.


Watak utama dalam drama ni adalah Hwang Ji An (lakonan Kim Seon-An) yang berumur dalam lingkungan 30-an yang berada di kemuncak bagi kerjayanya sebagai pereka kasut tumit tinggi. Memang dia jenis yang 'gila kerja', syarikat tu dah dianggap macam anak dia sendiri. Memang ramai anak buah pekerjanya tak suka sangat dengan dia, sebab dia jenis tegas. Dia juga disahkan akan menopause dalam umur yang muda, disebabkan jenis tak jaga kesihatan sangat. Itu juga menyebabkan dia bertekad tak nak kahwin.


Dalam satu hari tu, accident berlaku dengan Park Tae-Kang (lakonan Lee Jang-Woo), dalam 20-an. Disebabkan satu malam dimana mereka mabuk, menyebabkan Hwang Ji An mengandung. Kerana berita itu, banyak konflik berlaku antara mereka berdua, dalam satu babak tu, Hwang Ji An meletakkan jawatan sebagai Director kerana bagi peluang kepada Park Tae-Kang dan ayah Park Tae-Kang dapat kerja di company tu. Park Tae-Kang ni dia baru belajar untuk menjadi pereka kasut tumit tinggi. Part paling konflik, Hwang Ji An merahsiakan kandungannya pada Park Tae-Kang. Ambik masa yang lama baru Park Tae-Kang mengetahui dia adalah ayah pada baby tu.  


T___T


Sampai situ je boleh diberitahu, yang lain tengok sendiri la ek. Hihi.
Nanti kalau diceritakan semua, jadi tak syiok pulak kepada peminat drama korea yang nak tengok drama ni. Biasanya saya suka review cerita, lepas tu letak gambar banyak banyak kan? Okey jom tengok gambar kat bawah ni. Biasanya babak dalam cerita yang dilihat dari gambar boleh buat kita rasa nak tengok sesuatu cerita kan? ;')



'Park Tae-Kang menang contest rekaan high heel'

'Dah dapat kerja dekat company, kerja macam orang gaji je'

'Cantik sangatttt, ada riben lagi'

'Serius best kalau rumah camni'


'Yummy :-)'

'Last episode, comelnyaaaaa'

Okey, dah takde gambar.
Semua gambar dicekau dari abang google.^^
Jaga diri dan selamat berpuasa Ramadhan yang ke 7.


xoxo
kiss and big hug

Sunday, July 22, 2012

Ramadan Muncul Kembali



Assalamualaikum .


Alhamdulillah, kita dah masuk bulan Ramadhan. Dah berpuasa untuk hari yang kedua. Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. InsyaAllah. Semoga kita sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan Yang Maha Esa, bukannya pada bulan Ramadhan je. Amin  ;')



Kolej ni sunyi je bila awal Ramadhan ni, ramai yang balik berpuasa kat rumah. Rumah dekat sini takpelah, saya jauh di Kelantan. Tunggu cuti nak raya lah nanti. Sabar dan sabar. Pastilah rindu nak sahur dan berbuka puasa bersama sama keluarga tercintakan. 



Jom buat checklist. Semoga dipermudahkan.^^


Sahur pada puasa pertama, mama kejutkan. Tapi, awalnya alahai, dalam pukul 4.15 pagi. Hihi. Takpela, semangat hari pertama. Untuk sahur hari ni, bangun sendiri dah. Minum air susu dengan roti pun dah cukup. Esok lusa kena beli nasi pulak untuk sahur. Sahur sorang-sorang camnilah. Tak selera nak makan sangat. Asal isi perut je pun dah alhamdulillah kan ('',)





**semua gambar dicekau dari facebook (:

InsyaAllah Ramadhan kali ni tak nak tinggal solat terawih. Jom semua meriahkan masjid yang berhampiran.  Saya pergi masjid UKM, pergi jalan kaki je, walau sorang sorang, boleh je sampai untuk dirikan solat terawih. Asalkan kita ikhlas, semoga dipermudahkan segalanya. Amin  =)


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, July 18, 2012

Perempuan dan Shopping



Assalamualaikum .



"Say cheese".
Eh, macamlah ada sesi photoshoot. Senyum senyum la sikit, takkan nak baca entry sambil buat muka ketat. Janganlah nak serius sangat, nanti tak henseng, nanti tak cantik. Hehehee .


Dah masuk minggu ketiga untuk 'shortsem'. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, assignment satu pun dah disubmit, ada yang selebihnya lagi. Go go chaiyok !


Fighting ! *bajet korea la sangat kau.  -___-


Tajuk entry kali ni mengenai jantina aku sendiri weh, "Perempuan dan Shopping". Aku rasa benda ni takleh nak lari pada kaum perempuan. Semuanya suka shopping. Kan kan kan? Walau tak dapat nak shopping sekali pun, window shopping pun dah rasa hilang stress. Tak gitu kaum gegirl semua?  Hihi.

Dah la suka shopping. Nak pilih yang berkenan punyalah lama. Hihi

Biasalah perempuan. Kan =)

Sape lah kan tak suka shopping. (^,^)



Dalam shopping sekali pun, kena pandai fikir, ukur baju di badan sendirilah. Jangan kerana nak sesuatu benda tu, kita terpaksa nak ikat perut tak makan seminggu. Tak kesian ke dekat perut comel masing masing ? Cam mana perut tu nak survice kalau apa pun awak awak tak isi dengan makanan. Demi kasut branded awak. Demi handbag branded awak. Demi dress branded awak awak. Demi perfume yang paling wangi. Demi segala-galanya.



**semua gambar dicekau dari abang google.


Semua perempuan nak kelihatan cantik dan menawan. Berpada-padalah kita, kan? Simple simple sudah. Okey fine aku suka pakai selipar getah je pergi kelas. Hahaha. Selipar getah tu bukannya aku buat daripada getah, tapi macam selipar jepun, tapi tak berapa nak jepun sangat. Ehhh ayat macam ntah pape. (-,-)


Sabtu ni InsyaAllah kita semua yang beragama Islam akan berpuasa. Tak sabar nak bangun sahur. Lagi gembira kalau sahur bersama family. Selamat berpuasa kepada semua. Tak start lagi masuk bulan Ramadhan, dah ramai yang up status nak pergi shopping raya. Alahai, rilex la dulu. Biarlah puasa dua tiga minggu dulu eh. Hehe^^


Sampai sini dulu, jaga diri ye. Selamat menjalani bulan Ramadhan. Lakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ni. InsyaAllah, akan dipermudahkan segalanya. Amin  =)


"Ehhh.. Saya tak beli lagi kurma.." ;-(


xoxo
kiss and big hug

Friday, July 13, 2012

Taffakur



Assalamualaikum  .


Senyum manis-manis, tak lama dah kita semua nak masuk bulan Ramadhan, tinggal beberapa hari lagi. Tahun ni, aku puasa kat kolej la jawab dia, tahun lepas diberi nikmat berpuasa kat rumah, sebab tak buat shortsem, sekarang ni buat shortsem, jadi sahur & buka puasa tanpa keluarga lah. Sob sob son T___T


Sabar dan terus sabar.
Segala apa yang berlaku, beri pengajaran dan kekuatan untuk diri kita sendiri. Jangan mengalah untuk lakukan sesuatu perkara. Fightingggg ! *sambil lompat lompat.


'Hari ni pergi terjah Mekdi, dapatkan gelas purple tu'
Yummy :-)


Tajuk entry tu sebenarnya tajuk lagu. Sekarang ni dah 'jatuh cinta' dengan lagu tu, yang dinyanyikan oleh Opick. Memang lagu lagu dari beliau, aku suka sangat. Lirik penuh dengan maksud yang tersirat dan lirik lirik yang menunjukkan kebesaran Yang Ilahi.


Ada kalanya, kita perlu juga dengar lagu sedemikian, tak semestinya kalau kita minat lagu band-band indie ke, kpop ke, kita tak boleh dengar lagu camtu. Daripada lagu sedemikian juga akan beri kita pengajaran dan motivasikan diri. Kalau lagu nasyid, serius rasa tenang je hati.  ;')


Lirik 'Taffakur' dari Opick.


Sejauh jauh mata memandang
Sedalam dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang

Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung

Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu
Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa…ha..ha..

Bumi akan sepi
Bangga sementara
A… adakah tempat kembali
A… adakah selain Allah



 


 Mana yang nak mp3 lagu ni, boleh klik SINI. Salam Ramadhan untuk semua. Terima kasih daun keladi sudi singgah sini. ^^ Take care . 


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, July 11, 2012

Tiada Yang Mustahil



Assalamualaikum  .


Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan masih boleh bernafas. Syukurilah kehidupan ini, dan hargailah segalanya yang ada depan mata kita. Tak semua orang dapat seperti yang kita capai sekarang, jadi hargailah dengan sebaiknya.


Bangun pagi, muhasabah diri.
Tak semestinya kita jadi ustaz / ustazah baru nak baca pasal hal keagamaan. Bukan nak bajet jadi alim dan sebagainya, tapi cuba untuk jadi yang terbaik dari yang lepas lepas. InsyaAllah, dipermudahkan.


Bangun pagi tadi, muhasabah diri.
Mengenai cepatnya masa berlalu, meninggalkan peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, waktu dan ketika dimana baru mendaftarkan diri untuk diploma dan akhirnya dengan berdiri megah di atas pentas untuk mendapatkan status 'diploma', ketika konvokesyen. Walaupun hanyalah 'diploma', banyak ilmu dan rintangan yang telah dilalui. Penuh dengan masam manis kehidupan, bersama rakan perjuangan.

'Dungun memang ada pantai, bila stress je, mesti pergi pantai'
'Serius best, walaupun pakai baju kurung'
'Spesis suka ambik gambar kaki dari dulu lagi. Hihi'

'Ketika menjejakkan kaki ke pantai'

'Waktu sem akhir, kita orang pergi mandi kat pantai. Best !'

'Mestilah ada part yang tulis tulis nama kat pasir'


Lain orang, lain jalan hidup dia. Allah dah tetapkan rezeki masing-masing, tapi kita kena berusaha untuk jadi yang terbaik. Bukannya hanya berserah kepada takdir semata-matakan.

'Pening dengan litar-litar ni semua'

'Paksa memaksa rerakan untuk sesi tayang kasut'

'Dalam dewan-untuk majlis Anugerah Ketua Jabatan'

'Alhamdulillah dari sem1 sampai sem6 dapat 3.5 ke atas'

'Geng semua memang AKJ jugak, alhamdulillah'
'Walaupun aku jenis bukan muka study selalu'
'Semua tu dalam kenangan yang paling terindah'


Next entry lah, rasa nak 'share' pasal jalan hidup sebelum masuk menjadi mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah, sekarang dah semester tiga untuk tahun kedua berada dalam prasiswazah untuk dapatkan 'degree'. InsyaAllah dalam dua semester lagi. Fighting !


Entry ni bukan untuk berbangga diri, takde sebesar zarah pun rasa nak bangga diri. Segala apa yang dicapai, dengan ketentuan Allah. Setiap apa yang kita lalui, dah dicatat oleh Yang Maha Kuasa. Berdoalah kita semua sentiasa dilimpahi dengan rahmat dariNya. Amin  ;')


Bersangka baiklah kita dengan dugaan yang mendatang. Ianya adalah pewarna bagi kehidupan kita semua. Senyum senyum ^^


Notakaki : Segala gambar waktu dan ketika tiga tahun untuk diploma. Rindunya.


xoxo
kiss and big hug

Saturday, July 7, 2012

Terima Kasih Cinta



Assalamualaikum .


Update lagi, menyemak bloglist korang je. 
Benda 'free' je kan, tahap kebosanan yang maksima menyebabkan aku rajin menaip lagi dan lagi. Saje nak penuhkan list bulan ni. Dulu-dulu setiap bulan, entry banyak ya ampun, sekarang ni, satu dua jer, rindu nak mengadap blog lelama macam dulu. Bukan nak populariti pun lah nyah oi, nak suka suki je. ^^


InsyaAllah, ada rezeki, adalah. Jodoh tak kemana, Allah dah tetapkan jodoh masing-masing. Hanya perlu usaha dan tawakal je, mencari cinta Ilahi adalah lebih penting daripada mencari cinta manusia. Cintailah Ilahi lebih dari segalanya :')


*bukan nak jadi pakar cinta, biarlah aku jadi pencinta yang setia buat Yang Maha Kuasa, family dan bakal suami nanti. <senyum semanis coklat>


Terima kasih kepadanya. Happy bersama, walau aku suka cari pasal dan asyik gaduh gaduh. Dah namanya manusia, tak sempurna. Jiwang siot.  -,-


Boring benar, meh layan mata tengok gambar. Gambar memberi suatu kenangan, aku pulak jenis spesis suka ambik gambar benda. Hihi. Peace Y___Y

'Bebear dalam jambangan bunga yang mama hadiahkan masa konvo' 

'Tak nak pergi Paris, nak pergi Korea. Hihi'

'Cincin mama, mama paksa pakai bila raya, akhirnya aku pakai sampai sekarang'

'Harta paling bernilai bagi manusia rabun, termasuklah aku' 

'Kasut yang tersimpan kemas di rumah, rindu pulak nak pakai'

'Terasa begitu 'oreng' pakai kasut ni, hadiah masuk semester empat aritu' 

'Oneni = Wanie, nickname aku zaman sekolah'


Setiap gambar ada cerita, setiap gambar ada suka duka, setiap gambar ada masam manis, tu yang aku suka ambik gambar. Tak semestinya aku ada dalam gambar, gambar objek pun kenangan tau. Hargailah kehidupan kita dengan sebaiknya.    you MAHM :)



xoxo 
kiss and big hug

Friday, July 6, 2012

Walau Seketika



Assalamualaikum dan salam ceria   >,<


Dah datang mood rajin menaip, dah bosan sangat, rindu rumah, rindu meow, rindu family, rindu nak masak-masak, rindu segalanya. Tiada yang lagi heaven, selain rumah sendiri. Yang mana tak suka balik rumah jumpa family, ruginya alahai. Tanpa mereka, siapalah kita, tanpa mereka, tak kemanalah kejayaan kita, doa ibu bapa adalah sebaik-baik doa ;')


Nakkan sesuatu, kena banyakkan bersabar. Iye, saya sabar even kena berpisah beberapa minggu dengan mama tersayang. Aritu balik rumah dalam 4 malam 5 hari je, dah la dekat 11 minggu tak balik. Kalau tak balik masa tu, mesti tunggu balik raya nanti lah jawabnya. Biarlah orang kata 'manje' ke apa ke, memang hilang 'stress' bila balik rumah. 


Even drive berjam-jam, dah sampai rumah, takkan rasa penat pun. Selalu jugak kena bebel dengan mama, dah memang baru sampai rumah, bukannya nak makan, bukannya nak rehat, bukannya nak pergi mandi awal-awal, nak lepak dan gelak tawa dengan adik-adik adelah. Lepas tu manje-manje dengan meoww.


Entahlah, dah memang kalau balik rumah, memang camtu. Indahnya kurniaan keluarga. Hargailah ketika mereka yang tersayang masih didepan mata, jangan dah tiada baru nak menyesal untuk happy happy. Kalau saya tiada orang lain pun takpe, asal saya ada keluarga. 

'Kita orang sederhana je,alhamdulillah cukup makan minum'

'Kekasih hati bila nak drive balik rumah'


Kalau boleh senyum dan gelak-gelak kat rumah, kepenatan drive tu memang hilang. Serius, terasa begitu ajaib. Hihihihi  ;')


Balik rumah aritu, memang lasaikan habis apa yang rasa mengidam nak makan. Nak capai dekat Bangi, tak semuanya dapat. Ada satu hari tu, pergi cari ABC special, lepas tu colek buah lagi. Yumyum sungguh. Walau makanan tu tak seberapa sangat, tapi hargai dapat makan. Negeri kelahiran sendiri lebih baik dari negeri orang lain. Tak gitu?

'ABC Special. Alhamdulillah :)'

Balik kejab je pun, sempat la jugak masak untuk sehari tu, masak masak ayam pedas. Tak menyempat nak buat puding bagai. Akhirnya sebelum balik Bangi, mama dah order puding karamel dan creampuff. Sungguh yummy dimakan sejuk sejuk. 

'Terover merah kot, sebab gatal nak blender tomato'

Panjang pulak merepak, tak paksa pun untuk orang baca. Sebab bila dah berlalu, suka baca entry yang lepas-lepas, boleh dijadikan as a diary. Yang nak lagi tergelak, baca entry awal-awal berblog dulu, lawak benar, buat perkataan warna warni lagi. Sakit mata jugak bila baca sekarang.



'Spesis suka ambik gambar selipar'
'Aritu, lepas je final exam, selipar putus. Nah ada yang baru dah =)'

'Balik kejab pun, sempat terjah wedding anak kawan mama'


Untuk si dia, tahniah untuk kejayaan step pertama, good luck untu step seterusnya. InsyaAllah jika ada kesabaran dan usaha serta tawakal, pasti kejayaan untuk awak dan kita. Bukannya kejayaan itu datang bergolek depan kita, kena gigih untuk capai semua tu. Fighting ! 


*bajet nak korea sangat, padahal orang kelate je pon (',')


Dah tak lama kita semua nak masuk bulan Ramadhan. Jadi, shortsem ni memang presentation dalam bulan puasa la ye. Go go go power ! Ehhhh.. Babai   -,-

*maaflah entry ni, terlalu banyak ternak gambar. peace !


xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails