Thursday, May 31, 2012

Alhamdulillah



Assalamualaikum  ^,^


Alhamdulillah..
Segala presentation dan kuliah berjaya dihabiskan dalam masa 14 minggu. Alhamdulillah. Ada baki sedikit projek yang tak siap lagi dan kena hantar sebelum final exam tiba. Cepatnya masa berlalu. Kira dah hampir 80% untuk semester 2 tahun 2 dah nak habis. Tinggal final exam lagi.


Dah awal bulan 7 pula akan menetap di kolej lagi, disebabkan shortsem. Sahur dan berpuasa kat kolej la jawab dia. Mesti rindu nak sahur bersama keluarga tersayang nanti. Kat kolej, apa sangatlah nak bangun sahur. Kesian betul. -,-


Hari ni settle pasal presentation subjek Permodelan Industri. Dah habis kuliah, ramai benar yang pikul beg untuk balik kampung. Sayu je hati, dah dekat 7 minggu tak balik rumah. Rindu je. Sabar je lah, lepas final baru balik. Kalau balik untuk studyweek, memang tak study lah jawab dia. Banyak sangat dugaan kat rumah. Hihi



Habis je semester ni nanti, ada 2 semester lagi. InsyaAllah bulan 9 ni dah Latihan Industri. 3 4 company jugak la yang apply, harap-harap diterima. Part LI pun sadis jugak, sebab cari tempat LI area sini je. Maknanya lagi lah tak dapat balik rumah nanti. Huuuu..


Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Amin  :)


Semoga sem ni makin rajin nak study untuk final. Jangan memalas. Fikir ini semua untuk mama abah dan keluarga. Mereka jantung hati saya sampai bila-bila. 


Kepada kawan yang kahwin dan tunang musim cuti sekolah ni, tahniah aku ucapkan. Sorry tak dapat nak pergi, dah memang tak balik. Rugi jugak sebab kawan kita yang sekolah rendah bertunang, dah la dekat 10 tahun tak jumpa. Dia kahwin nanti, wajib balik. HewHewHew.. Aku pulak bila lagi nak kahwin? Umur dah 23 tahun ni. Ahaksssss!




Cantik sangat baju ni. Simple dan warnawarni. Sukaaaaa!!

>,<

Kalau mama baca blog ni, mesti tau anak dia dah gedik-gedik nak kahwin. Aritu pun dah terkeluar pasal boleh kahwin, sebab dah pandai masak itu ini. Ngeeeee *blushing.


Merepek pulak. Habiskan belajar dulu, lepas tu kerja, dah dapat sara diri dan keluarga. Ada rezeki, adalah buat kenduri. Hihihi. Amin  :)


Jodoh tak kemana kan. Selesaikan satu satu. Bukannya mudah nak bina masjid, kena persiapkan diri dengan segala ilmu. Nanti akan jadi isteri dan bakal mummy. Bukan mudah nak mencorakkan anak-anak. Kena tambah ilmu :)


Hoho Nuffnang suka sangat iklan pasal ni. Kawan kita kat poli dulu suka sangat minum Coke. Memang macam hidangan dia setiap masa. Dalam peti ais dia, memang penuh dengan tin Coke. Hantu Coke betul dia. Hihihi  ^____^



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, May 29, 2012

Blog Masakan



Assalamualaikum   ^,^


Rajinnya up entry hari ni. Tak payah tunggu hujung minggu. Minggu ni minggu terakhir pergi kuliah. Minggu depan dah studyweek, dan minggu satu lagi, haruslah final exam. Ramai je yang kedek-kedek balik rumah studyweek. Tak masuk studyweek pun dah ramai yang kedek-kedek up status "Yeppi dah sampai rumah", "Home sweet home", "Indahnya ada kat rumah, makan best best". Aku je status sedih sebab rindu rumah, bukan tak nak balik, dah memang jenis takkan study la bila ada kat rumah. Memang teruja ya ampun nak balik. Sebab dah lama sangat tak balik. Haruslah rindu  -,-




Rindu jugak dengan sesi masak-masak. Serius, hobi aku sekarang memasak. Mungkin ada tahap, anak gadis jadi obses dengan dapur. Yang mana dulu tolong mama macam nak tak nak je potong sayur. Sekarang, dah makin rajin. Tak payah suruh, dah melekat kat dapur. Kalau dapur kotor, mama potpetpotpet kat aku je. Dah memang aku terajin masuk dapur. 


Okey, sekarang mudah je kan, resepi semua kat internet. Search je nak masak menu apa, semua tersedia depan mata, save duit beli buku resepi. Untunglah kan zaman serba moden nih. Kalau yang rajin sangat, salin dalam buku nota, ataupun diari, yang malas sikit, terus tekan "print" je. Apa susah, kat rumah ada printer. Tak gitu? 


Dah print, tampal lah kat peti ais, nanti senang nak rujuk bila nak masak nanti. Hihi *Ini aku punya kerja bila duk dapur. Kena bahan sebakul dua oleh adik aku wei. Dia plak tolong bacakan. Choiiii.


Dah hobi aku sekarang suka masak itu ini. Kesian bookmark google chrome ni penuh dengan link blog masak. Jadi, aku tambah bloglist "Cooking Mummy" dekat sini. Senang je. Hari-hari aku bukak blog, hari-hari aku scroll down mana resepi menusuk hati. Ada yang blog peveret aku, yang lain tu peveret jugak. Tapi, yang ni aku selalu terjah. Masakan depa awesome sangat. Cubalah tengok. Aku list 7 blog peveret aku :)


Mana yang kaki blogger, wajib kenal dengan blog masakan terbaik ni kan. Setiap hari, ada 3 4 entry, maknanya ada 3 4 resepi. Daripada melepak dekat Pavilion, apa kata pergi pegang sudip ke, kuali ke, tak ke nampak girly sikit ye perempuan kat sana. Hihi. 

Sekarang ni, aku rajin plak komen entry akak ni. Dulu silent reader je. Memang masakan dia pun menusuk kalbu. Dah la tengok gambar pun dah buat aku teruja jadi lapar. Nampak sangat aku mudah terpedaya hanya kerana gambar. Gambar pun dah nampak menyelerakan, rasa lagilah power. Kan?

Blog ni pun sama, aku jadi makin rajin komen. Dulu pun aku hanyalah silent reader yang tengok tengok resepi. Power gitu gambar untuk setiap resepi. Mesti pakai DSLR kan. Hihi :)

Teruja dan terus jadi lapar bila masuk blog akak ni. Semuanya nampak lazat. Eiii dugaan. Kalaulah daripada skrin ni dapat ambik makanan tu, memang setiap kali online, aku akan pastikan cari blog ni semua. Hihi -,-

Memang resepi terbaru akak ni yang bebola daging telor puyuh buat aku lapar sangat. Rasa nak makan je. Comfirm aku tambah nasi. Kenapalah nampak sedap sangat ni? -,-

Secubit garam membuatkan masakan jadi lazat. Yummy. Nak jadi pakar buat dessert cam Kak Nor ni. InsyaAllah. Amin. Ngeee~

Haruslah resepi resepi menusuk kalbu jugak blog ni. Cuba lah tengok. Tak rugi punya. Maaflah kalau awak awak masuk blog ni jadi lapar. Itu lumrah bagi blog masakan ni. Gambar dah menunjukkan kelazatan. KihKihKih  =,=



Terima kasih Nuffnang, sebab ada je iklan baru yang selalu masuk BE. Heeee..Sebenarnya banyak lagi list blog masakan terbaik. Nanti ada masa, nak share lagi. Wink wink wink. Semoga list blog kat atas ni membantu yang mana tercari-cari blog resepi yang best. Jangan risau, blog tu semua, suka update entry. Maknanya setiap hari, ada je resepi. Kita pun tak rugi walaupun hanyalah blogwalking sana sini, resepi ni ilmu jugak kan. Nanti mama sendiri yang makin sayang, sebab pandai masak. :)


xoxo
kiss and big hug

Monday, May 28, 2012

Putrajaya Punya Pasal



Assalamualaikum >,<


Kat Putrajaya ada event Himpunan Belia kan, lepas tu ada Jom Heboh. Dah namanya UKM ni tak berapa nak jauh dengan Putrajaya. Memang la nak try singgah, apa yang ada kat sana. Tengok dekat website sana sini, banyak program jugak untuk belia. Daripada bosan kat bilik, singgah la jugak akhirnya. 


Nak sampai sana, memang lah tidak jem. Semestinya seronok jalan kawasan Putrajaya, sebab jalan tak jem. Pemandangan pun cantik gitu. Bangunan pun moden je. Bila part nak sampai kat tempat yang ada event tu, nak parking kereta pun amik masa. Ya ampun banyaknya kereta. Dah pusing sekali, lepas tu u turn sana plak. Banyak cobaan betul. Dah namanya banyaknya kereta, manusia pun lagi lah ramai.


Fuh, memang banyak la booth yang dibuka. Disebabkan banyak sangat, sampai aku tak berapa rajin nak jejak satu-satu. Stage pun banyak, stage untuk kpop tak kpop la, jepun lah. Masa aku duk jalan sorang-sorang, ada plak minah jepun seksi duk cam cakap-cakap atas stage, ramai benar orang tengok. Tang seksi, semua nak cuci mata, ye dak? Wahaha. 


Jalan sorang-sorang kes merajuk sebab delete gambar. Perkara kecik pun aku ni amik hati. Memang spesis manje ke apa aku ni weh. Semua nak sensitif bagai. Aku terjah la sana sini sorang-sorang, balik baru cakap-cakap. Spesis sensitif kuat sangat. Dah aku jenis suka benar amik gambar jalan raya, bangunan, nak buat camne kan? Habis semua dideletenya. Aigo aigo aigooo!


Bermulalah drama king disitu. Sesi luahan perasaan dalam kereta, hentak tangan dekat streng sambil drive laju sikit. Tanda tunjuk protes. HAHA. Molek benar anak dara mama sorang ni. Lepas tu mula lah sesi lap lap air mata pakai tisu, dengan tangan sebelah lagi kawal stereng. Babak tragis seketika. Mau orang tengok, buat malu.Tapi, masa tu tak fikir pasal orang lain. Lantaklah, semua orang ada airmata. Watpe nak malu. Hihihi  -,-

Ni dah lepas makan. Baru ada mood nak ambik gambar. Hihi


Dah la aku ni tengah badan tak berapa nak selesa. Kes termakan roti yang dah expired date. Waklu rasa nak muntah, lepas tu sakit perut. Mongok punya perut. Hiew Hiew Hiewww


Sebelum balik kolej, berhenti makan dekat Restoran Sup Urat Keting, dekat seksyen 7 Bandar Baru Bangi, nak tau pasal restoran tu, klik SINI. Aku bab makan, tak tolak. Dalam kereta punyalah kata tak selera, dah ada kat kedai, boleh plak order itu ini. Licin pinggan habiskan nasi dengan sup daging. Lapar rupanya. KihKihKih..


Merajuk ke apa ke, bab makan jangan tolak weh. Rugi. Nanti kelaparan akhirnya. Heheheee..


Eh.. Malam tu pergi lagi sekali kat Putrajaya, tengok Search dengan kumpulan Wings tengah nyanyi. Gila ramai manusia. Tak tengok sampai habis pun, boring. Lepas tu pergi kenyangkan perut lagi. Ngap mee goreng. Yummy :)


Mana yang perasan, kita dah tukar header lah. Rasanya header kali ini lebih ceria dari yang dulu. Tapi, macam simple kan. Rilex lah, tak suka lah header yang sarat sangat. Santai sudah. 


xoxo
kiss and big hug

Thursday, May 24, 2012

Makan Makan Kawasan Bangi Part 2


Assalamualaikum  :)


Tak nak merepek. Ni entry khas untuk review kedai yang berjaya aku terjah buat masa sekarang. Memang terbaik lah. Kadang-kadang pergi order menu sama jer kat kedai tu, dah sedap, pasti aku akan nak makan selalu kan?  ^___^


Ni sambungan entry yang dulu, kiranya entry ni adalah part 2. Untuk terjah entry part 1, klik SINI. Terima kasih. Entry part 2 diberi penghormatan sebab aku tengok setiap minggu ada je masuk keywords "Makanan sedap kat Bangi" la, ada yang cari "Makan Bangi" la dan banyak lagi. Kiranya entry part 1 tu membantu korang  yang tercari-cari kedai yang best dekat Bangi  ;)


1) Restoran BBB Seafood. (BBB tu Bandar Baru Bangi)

Lokasinya tak susah. Tapi, susah aku nak bagitau. Restoran ni dekat seksyen 1. Cam mana nak pergi restoran ni? Sebelum sampai traffic light yang masuk kawasan pasar malam seksyen 1 tu, ada lorong masuk kawasan perumahan sebelah kanan. Masuk lorong untuk ke kolej Idris Al-Marbawi UKM. Kolej tu kat sebelah jalan je.  Kat tepi kolej tu ada Petronas. Bila dah masuk situ, terus je. Bila dah terus, jalan kat situ cam berbukit, terus masuk simpang ke kanan. Dah masuk simpang tu, memang nampak terus kedai tu. Kalau awak awak masuk satu simpang tu, tak nampak kedai tu. Memang salah lah ye. Hihi. Selamat mencari  :)


Selalu jugak lepak-lepak makan dekat restoran tu. Orang Kelantan punya. Jadi, makanan dia wajib sedap. Chicken chop pun ada jugak kat sana, satay pun ada. Best ! Harga pun berpatutan je. Takde lah mahal sangat. Memang kalau nak makan sedap, selalu lah terjah sana. Tiap tiap hari ramai orang, tapi kalau hujung minggu lagi ramai. Tomyam ayam punyalah sedap. Tapi sedikit pedas. Bila makan je, sampai berair-air mata ni haaa. Hihi :) Nasi goreng seafood pun sedap :)




2) Restoran Village View

Sebenarnya restoran ni ada cawangan jugak dekat Bandar Baru dengan Jalan Reko, Kajang. Yang selalu aku pergi dekat Jalan Reko, sebab dekat je dengan UKM ni. Sini pun makanan dia sedap sedap. Harga tu tak lah murah macam BBB tadi. Hihi. Restoran dia besar gedabak. Siap ada kolam ikan. Cantik lah kawasan restoran. Kat sini pun ramai jugak orang setiap hari. Kalau dah sedap, ramailah yang datang kan? Apa kata cuba pergi sana, baru rasai suasana. Nak buat majlis kahwin dekat sana pun boleh tau. Eh! Terpromote lebih pulak dah. Hihi  -,-





3) Restoran Yati Ayam Percik

Dah namanya aku orang Kelantan. Memang tak leh lari lah, mesti nak cari makanan dari sana jugak kan? Lidah orang Kelantan, camni lah. Restoran ni area dengan Ice Room, daripada MCD Bandar Baru Bangi tu, korang terus je, tapi tak jauh sangat dari MCD tu. Restoran ni sebelah kiri bila datang dari arah MCD. Kat sini, menu wajib yang aku order adalah nasi kerabu ayam percik dengan air bandung cincau. Sedap okey. Ayam percik tu yang power sungguh. Hilang rindu kejab dekat Kelantan. Rekabentuk dalaman restoran tu pun macam ada style jer. Cantik dimata. Kalau yang nak cuba nasi kerabu, boleh pergi sini. Tak rugi punya :)





4) Steamboat Antarabangsa

Bagi yang dah jemu asyik makan nasi. Boleh try makan steamboat dekat sini. Kedai ni dekat Seksyen 9, tak jauh pada Restoran Ayam Penyek Wan Solo. Hari tu aku pergi makan waktu malam, RM25 sekepala. Berbaloi-baloi. Kat sana banyak seafood yang yummy. Sampai kembang pipi aku ni, asyik makan itu ini. Aiskrim tak aiskrim lah. Jangan lupa singgah makan dekat sini. Tak rugi punyalahhhhhh  :)




p/s : Semua gambar diatas dicekau dari abang google. Nuffnang, terima kasih bagi BE baru yang NI.


xoxo
kiss and big hug

Sunday, May 20, 2012

Gomo Kelate Gomo



Assalamualaikum  >,<


Akhirnya aku pergi Stadium Nasional Bukit Jalil. Tak sangka weh! Memang tak plan pun nak tengok bola. Dan memangnya aku tak minat bola. Walaupun abah dan adik adik suka sangat tengok channel bola. Dah memang tersurat aku tak suka. Hihi..


Kelmarin ada perlawanan antara TRW (The Red Warriors) VS Sime Darby, yang berpihak kepada TRW untuk menang iaitu 1 0. Tahniah TRW !


Kan dah bagitau kat atas tu, yang aku tak plan nak pergi. Pagi sabtu memang ada kelab batik. Tu pun makan tengah hari dekat pukul 3 petang. Lepas makan je, si kawan duk ajak aku pergi stadium. Dia memang pergi dengan buah hati. Aku plak duk fikir nak pergi ke tak nak. Tapi, rasa malasnya alahai, dalam malasnya ada rasa teruja nak pergi jugak. Si dia ada jugak. Hihi


Dalam pukul 5 baru bertolak weh! Kena membebel sebakul dengan si dia sebab baru nak bertolak. Dah memang plan last minute. Aigoooo! Orang lelaki memang tak leh nak sabar sikit ke weh bab bola?? Stress kejab. Tu pun aku tumpang kereta member je. Kalau bawak DBK, tak ke makin stress, nak drive lagi, nak fikir pasal berapa minit lagi nak sampai. Wohoooooo!


Takde lah jauh mana stadium tu dari Bangi. Nasib baik! Tu pun, parking belakang stadium dibuka. Lagi lah tak payah nak layan jem. Kebanyakkan kereta plat D masa tu, dengan kibaran bendera Kelantan. Terujanya weh tengok orang negeri sendiri sanggup datang jauh jauh semata mata untuk bolaaaa..


Parking pun jauh jer. Kereta plat D mesti ada tampal bendera dekat kereta. Semangatnya. Berapa ribu orang pun aku tak tau. Tak sempat nak kira. Hehe.. Gelombang merah membanjiri stadium weh. Glurpppp! First time tengok bola, lepas tu ramai camni. Rasa stress pun boleh hilang kejab. Oh yeahhhhhhh  :))


Dah tu pun cepat cepat nak berjalan pergi ambik tiket dengan si dia yang dah lama tunggu. Maafkan kami. Aiyooooo! Berpeluh weh berjalan dengan keadaan ramai orang camni. Tapi, seronok sebab semuanya kelantan mari. Haha..



Iye saya tak pakai baju TRW. Saya pakai baju putih dengan tudung merah. Merahnya mak ngah. Hihi.. Jalan punya jalan nak masuk stadium, jumpa lecturer poli dulu, sempat la tegur, lepas tu dia tanya study mana sekarang. Hihi. Seronok lah jugak -,-


Malas nak taip panjang-panjang. Layan gambar kat bawah ni. Tak banyak pun ambik gambar, thanks pada tuan empunya Sony Ericsson Xperia Arc, kamera 8MP pun dah cun. Kalau DSLR, lagi cun kan wak? Hihi. Pandailah nak bodek kan?  ^__^






Akhirnya ada BE baru lagi lah. Terima kasih daun keladi ye Nuffnang.. =)

xoxo
kiss and big hug

Wednesday, May 16, 2012

Naluri Hati



Assalamualaikum  -,-


Yeyeah aku update blog bukan tunggu hujung minggu. Ngewwww! Kalau dah up entry, mesti bertenggek depan laptop, sebab nak terjah blog rerakan sekalian. Entry kemain lagi macam dah masuk Wanita Hari Ini dah gamak dia. Hihihi


Wei, emangnya aku ni kan wanita. Udah pasti aku punya hati ingin menjadi seorang mummy. Eh, tersalah bahasa Indonesia plak. Dalam kelas aku, ada sorang budak Indon weh. Budak tahun tiga. Suka dengar dia cakap, memang rasa macam dalam sinetron dah. Kah Kah Kah..


Hati ni cair tengok gambar baby girl yang super duper comel. Dah namanya baby, mesti lah comel kan. Eii geram tengok! Dah la jari runcing je, bibir kecik comel, mata kecik alahai, muka suci bersih. Memang aku ni tak dianugerahkan adik perempuan. Memang dulu dulu, zaman muda mudi, selalu je mintak dengan mama, sebab nak adik girl. Hihihi. Gambar budak perempuan kat bawah serius comel. Teruja weh. Kecik-kecik dah pakai tudung. Kan manis tu. Gambar tu aku cekau dari facebook. Harap maklum. Hihi~


Comelnyaaaaaaaaaaa! Nak berdarah hidung tengok..


Gila permintaan aku. Ingat nak dapat baby girl tu macam beli burger dekat Mcd kot. Ala, zaman tak berapa nak matang lagi. Berhingus lagi kot. Haha.


Dah ada adik semua hero, memang lah tak berapa nak syok, sebab tak leh nak main mekap mekap. Aku main lasak lasak adalah. Takpe lah, ada adik boys pun aku bersyukur gak. Tak baik kan menolak ketentuan Ilahi. Dah memang dah tersurat aku takde adik girl. Mungkin ada anak sendiri nanti. InsyaAllah. Amin  :)


Mama pun ada kata, tunggu anak kakak lah. Hehe. Mama takut preggy lagi sekali memang dapat boy. Tu kiranya dah anak ke 5, mama dah stop pregnant. Masa untuk besarkan anak-anak. Alhamdulillah kami semua dah besar. Terima kasih mama abah. Love both of you. 


Kalau aku jejalan dekat Mall, lalu je depan kedai dress babygirl. Memang aku jenis tak berkelip tengok, jalan pun slow slow je. Eiiii dah comel sangat. Riben sana sini, pink plak tu, ada blink blik lagi. Naluri keibuan berkumandang, berangan bila nak ada babygirl ni. Tak sabar nak shopping segala jenis barang warna pink. Hehehe -.-


Mari cuci mata tengok gambar baby girl ni semua. Semua aku cekau dari abang google. Selamat menjamu mata tengok budak comel. >,<




Comelkan? Senyum je tengok baby comel ni :)

Alololooo comelnya.. Dah jadi wallpaper laptop pun. Hihi -.-

Dah besar nanti, mummy tocangkan rambut ek. Eii comel :))

Mummy ikatkan rambut dengan riben pink ek. Alolo comel :)

Mummy akan pakaikan gaun pink tau. Kan comel :)

Nanti mummy snap gambar sayang banyak banyak :)

Amacam? Comelkan semua. Hihihi. Tapi, sedih je sekarang ni manusia kejam sangat dekat baby. Sampaikan ada yang buang dalam tong sampah, tepi masjid, dalam longkang, dalam semak. Mereka tu suci bersih, kenapa buat mereka macam tu. Mereka tak doakan dilahirkan sedemikian. Huhu. Kesian baby baby tu semua. Mereka perlukan kasih sayang. -.-


Jom singgah Nuffnang, peminat kpop, terjah sini jom. Oh yeah bagi pengguna perodua pulak. Thanks semua. Seronoknya tengok gambar babygirl comel tu semua. Hilang stress. :)



xoxo
kiss and big hug

Sunday, May 13, 2012

Sayang Mama Setiap Saat



Assalamualaikum  >,<


Fuyoooo! Sekarang ni pesen update entry bila muncul hari minggu. Dulu, dalam sehari boleh lah update 2 3 entry. Sekarang sifat malas datang menjelma dalam diri mak jemah. Kih Kih Kih  ^___^


Hari ni semua status kat facebook duk cerita pasal ibu / mama / emak / mummy. Janganlah disebabkan hari ni Hari Ibu baru korang nak sayang ibu masing masing. Setiap masa, setiap saat, setiap detik, wajib sayang ibu kita. Dahulukan ibu daripada pakwe makwe korang. Ibu adalah segala-galanya. Aku panggil mama dekat ibu. Celik celik mata dah mama ajar duk panggil " ma ma ma.. mama ". Hehe  :)


Sorry mama tak dapat nak peluk cium sempena Hari Ibu. Kakak duk jauh dari mama. Balik nanti kakak peluk tau *macam lah mama baca blog. Ngeeewww -.-


Gambar dicekau dari abang google :)


Aku bertuah dapat jadi anak perempuan tunggal. Semua mesti nak judge aku ni manje keledek, eh manje kededek. Tau ke manje kededek tu apa? Tak tau, sila google cepat. HAHA  


Sekarang aku peluk cium mama kan. Nanti 3 4 tahun lagi, ada rezeki, aku plak dicium oleh anak-anak. Amboi, jauhnya berangan. Rezeki jangan ditolak, kan? Masa cepat je berlalu tanpa kita sedari. Sekarang pun aku terpana bila fikir kembali, "Cepatnya masa berlalu.."..


Dulu zaman sekolah, aku and the geng, suka sangat berangan. Berangan nak masuk universiti. Akhirnya aku menjejakkan kaki ke universiti. Alhamdulillah. Walaupun bila degree baru boleh sambung masuk Uni. Dalam jangka masa sebelum masuk Uni, banyak cabaran dan dugaan yang Allah bagi kat aku dan sekeluarga. Tapi, aku tak pernah nak salahkan takdir. Allah uji kita, sebab DIA tau kita boleh hadapi. Tak semua umatnya Allah bagi dugaan. Sayang keluarga tercinta, walau masalah melanda, kami bersatu padu bekerjasama untuk hadapinya. Sayang abah, mama, fiq, rif, mie dan adik sangat-sangat. Ye, adik saya semua laki laki. Hero malaya saya, nanti saya ada empat adik ipar perempuan. Untunglah kan ? Hihi .


Nak tampalkan gambar aku dengan mama tercinta ni. Mama adalah idola aku weh. Nak jadi macam mama. Tabah menghadapi segalanya. Dah kahwin nanti pun, aku rasa mesti nak manje manje jugak dengan mama. Tak kira tak kira!

Ada yang kata kami macam adik beradik. Haish. Jadi aku ke nampak tua? Glurp!

Teringat plak segala aktiviti bersama mama. Pergi pasar sama-sama, gosip sana sini. Aku bersyukur dapat mama yang sporting dan tercantik di dunia. Kakak sayang mama sangat. Sayang abah jugak. Hihi :)


Pagi pagi aku gigih karang sms versi jiwang dekat mama. Selalunya tak jiwang macam hari ni. Hari ni special sikit. Tuptup, mama mms gambar. Ingatkan gambar apa, rupanya gambar mama. Moden gitu mms gambar. Because she know that I miss her so much, so she send me the picture. Thanks my love :)


Terima kasih lagi sekali buat Nuffnang, sebab ada BE baru lagi. Aigooo! Terima kasih. Hihi. Ada barang comel comel la kat SINI, cupcakes pun ada. =)


xoxo
kiss and big hug

Sunday, May 6, 2012

Suatu Masa Yang Lalu



Assalamualaikum  >,<


Alhamdulillah diberikan nikmat masih boleh bernafas. Kita semua dah masuk bulan Mei la kan. Cepatnya masa berlalu. Lagi 7 bulan nak habiskan tahun 2012, dan mulakan tahun 2013. Ye umur pun makin bertambah, dan InsyaAllah 2013 aku akan konvo. Masa tu yang aku tunggu. Doakan kerja cari aku, bukan aku cari kerja. Amin.


Entry sebelumnya, panjang lebar duk cerita pasal terjah Melaka kan. Terima kasih lah yang sudi datang baca dan komen. Mana yang datang singgah je pun, nak ucap terima kasih daun keladi. Hihi  :)


Okeylah tak nak berhuha huha pasal benda lain. Nak bukak cerita pasal aritu ada pergi carwash, biasalah bila tengok si DBK tu kotor dengan daki, memang terpaksa bawa dia main snow wash. Mummy dia tak leh nak mandikan kat kolej ni, bukan macam rumah sewa dulu, everyweek aku mandikan dia. Memang sekali snow wash dan terbang RM10. Takpe lah, dapat bagi rezeki dekat uncle India tu. Ngeee -,-


Sampai je dekat snow wash tu, cam biasalah mesti duduk goyang kaki sambil baca surat khabar. Kali ni aku pergi sorang je, malas nak menyusahkan member untuk teman bagai. Bila aku duk pandang sana sini, uncle Chinese tu senyum je. Aku memang jenis manusia suka balas orang senyum. Dah uncle senyum, aku senyum balik. Hihi :))


Bila dah senyum, dia tegur plak asal Kelantan ke? Aku iyekan je la. Uncle tanya maybe sebab tengok plat kereta aku tu. Bila aku jawab je soalan dia, uncle tu bukak cerita pasal dia pernah stay Kelantan around two  years, tapi dah lama, tahun 1980 camtu kot. Aigoo, time tu aku tak wujud lagi lah. Ngeee..


Sedang enak berbual bual, aku tanya lah pasal uncle suka tak makan makanan Kelantan. Surprise mak kau! Uncle tu ter-excited je nak jawab, dia kata I like Kelantan's food very much. Eh? Aku lagi terkejut, uncle Chinese boleh minat masakan Kelantan.


Uncle cakap la yang dia minat Nasi dagang. Mak aiii, aku duk fikir macam tak percaya je. Dah memang dalam kepala otak aku ni, orang Chinese suka makan nasi dengan sup je. Tak suka lah kan gulai bagai ni. Tapi uncle ni dah mengubah tafsiran aku. Haha.


Uncle cakap dulu time dia stay Kelantan, everyday dia akan pergi kedai jual Nasi dagang kat Tumpat, dengan gulai ayam kampung. Wow! Macam tak percaya. Kan kan ? Dia kata antara nasi dagang Kelantan dengan nasi dagang Terengganu, dia suka yang Kelantan punya. Uncle tu pun duk kata dia pandai makan nasi dengan Ikan tongkol kat Kelantan lah. Dia suka sangat gulai Ikan tongkol. Ermmm. *terliur.



*Gambar dicekau dari abg google :)


Aku pun dah telan air liur dengar pasal makanan. Memang tak leh cerita pasal makanan. Mesti terliur. Hihi. Takpe, aritu balik rumah, dah bedal nasi dagang. Haha~


Pastu aku tanya la uncle makan tak nasi kerabu? Nasi kerabu kan ada banyak ulam. Maybe orang Chinese tak suka sangat. Kan? Tapi, andaian aku tak betul. Uncle tu kata suka sangat. Dia kata nasi tu best sangat. Ulam ulam banyak, ada ayam bakar la , ada budu lagi. Bukak part budu, dia kata sampai sekarang makan budu. Wooooowwww!


*Gambar dicekau dari abg google :)



Aku tak makan budu. Uncle plak makan budu. Dia cakap sampaikan anak-anak dia sekarang pun nak makan, mesti ada budu. Glurp! 


Uncle ni kata yang dia selalu pergi tempat nama apa ntah, tempat yang memang situ orang Kelantan jual makanan di Kajang kot, tapi aku lupa dah nama tempat tu. Dia kata selalu la makan area situ. Dia asyik puji je negeri Kelantan makan sedap sedap, dah la murah. Memang sedap pun makanan kat Kelantan. Tu yang aku suka makan. Dasyat ! Hihihi.


Uncle tu umur dah tua camtu lah, dalam 50 tahun kot. Hihi :) Kereta uncle tu dah siap cuci. Dia siap lambai tangan dan senyum sebelum pergi. Oh yeah, buat aku rindu Kelantan je bila bercakap dengan uncle tu. Ngeee~


Korang biasanya makan makanan apa dari Kelantan? Kelantan ada banyak jenis kuih muih. Slurpppp! Sedapnya. Pernah makan kuih lompat tikam?  :))

*Gambar dicekau dari abg google :)



Mesti ada yang terliur lepas tengok gambar tu semua kan. Ehehee.. Alhamdulillah, Nuffnang ada bagi BE lagi untuk kali ini. Walaupun aku ni jenis tak update blog dah sekarang, BE ada masuk jugak. Terima kasih :) 


xoxo
kiss and big hug


Tuesday, May 1, 2012

Jalan Jalan Pusing Melaka



Assalamualaikum  >,<


Selamat Hari Buruh ye semua. Kepada para pekerja dan tak lupa pada student, korang pun bercuti sekali la kan. Seronok je bila asyik cuti. Ehehe  :)


Sebenarnya jalan jalan pusing Melaka, berita tu dah basi kot. Sebab pergi sana 23 April yang lepas. Tak sempat nak karang entry dalam masa terdekat. Tu yang hari ni baru muncul edisi terjah menerjah Melaka. Yahooooooo! 


Seriously, memang dah lama tak melancong dekat Melaka. Maybe dalam 4 5 tahun yang lalu kot pergi sana dengan family. Dah semuanya masuk universiti, cuti pun dah lain dengan budak sekolah, jadi jadual untuk melancong ke sana ke mari tu dah terbuku indah menjadi sejarah. Memang family saya suka sangat melancong, sangat seronok ada family camtu. 


Namun, disebabkan adik adik ada yang dah habis sekolah, lepas tu masuk universiti. Percutian tu semua jadi angan-angan. Biasanya sekarang ni bila kita orang satu family bersama, selalu arrangekan buat BBQ kat pantai.  Memang tu aktiviti wajib family kita orang sekarang. Shopping ayam, hotdog, daging dan makanan ringan dekat Tesco, lepas tu pergi bakar ayam kat pantai. Syiok tau. Asal dapat bersama dengan family, semuanya terbaik. Makan bukan banyak sangat pun, lebih kepada nak main bakar ayam. Tu lah perangai saya. Lepas tu paksa adik ambik gambar. HAHA.


Okey memang dah tau daripada ayat kat atas tu semua, menandakan saya rindu family. Lambat lagi nak balik cik kak oi. Tapi, insyaAllah akhir bulan 6 nanti nak balik rumah. Biar lah cuti 4 5 hari je. Tak mampu nak bertahan tak balik rumah dalam 3 4 bulan. Rindu okeh!


Tengah layan perasaan update entry, sekarang tengah hujan lebat plak dekat UKM. Bestnya kalau minum hot milo. Perut dah kenyang, lupakan segala jenis minuman dan makanan. Asyik makan je!




Eh! Balik pada cerita kat Melaka. Sebenarnya ada rancangan untuk melawat kilang Infineon di Batu Berendam bersama ahli kumpulan dalam 4 orang. Biasalah, habis sesi melawat masuk kilang semiconductors tu, apa lagi. Jalan jalan pusing Melaka la sebelum bertolak balik. Lagi pun, DBK first time jugak round kat sana. Cuaca kat sana time tu sangat panas. Parking kereta dekat MCD Dataran Pahlawan, lepas tu jalan pergi sana sini. Sangat penat. Fuh!

Tak dapat nak beli banyak. Beli satu dua keychain je. ~.~

Dah la kena saman sebab tak beli sticker parking. Banyak cantik kan. Dah mana la aku tau kena guna sticker parking kat situ. Orang yang selalu datang Melaka pun takde cakap. Redha jelah. Terbang RM10, nasib baik RM10 je. Hihi :)


Kita orang pun sempat terjah Zoo Melaka. Macam lawatan budak sekolah plak kan. Takpe, seronok jugak. Tengok binatang tu semua. Yang paling best, main dengan telinga kuda. Hihi  -,-


Abang belang yang garang. Grrrr!
Burung yang tak habis habis duk bising. Haha..
Kesian tapir takde geng. Dah la kurus..

Masa jejalan kat Melaka, baru lah terfikir kat mana tempat menarik kat sana. Kalau google awal-awal kan tak lah bazir masa nak cari tempat menarik. Ehehe. Mungkin lain kali kita dapat berjumpa lagi ye Melaka. Ngeeeewww ..


Sampai situ dulu lah hikayat ke Melaka. Ermmm. Babai. Jaga diri. Hujan lebat. Off laptop dulu. Wuuuu~


xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails