Sunday, February 26, 2012

Skuad Hati Ku Tertinggal Di Dalam Si Merah


Assalamualaikum  >,<



Ceria sikit. Kenalah ceria, baru tak stress. Tajuk entry kemain lagi panjang, macam tajuk lagu dah gamaknya. 5 minit kot amik masa nak fikir tajuk. Lastly, pakai hentam jerk !


Hihihi   -,-


Sebenarnya, takde idea pun nak karang entry. Bosan menyelubungi adinda. Sorang sorang, terpaksa lah meluah perasaan dekat sang blog. Tak gitu? Ada masa free nanti, anak cucu cicik boleh baca apa yang Pelangi karang zaman belajar. Tak ke itu seronok namanya. Hahaha   ^____^


Sebagai seorang gadis dan perempuan yang luarannya macam ayu. Macam ayu. Kena ingat tu. Tapi, sebenarnya tak berapa nak ayu sangat. Sapa yang kenal rapat-rapat, akan ketahuilah diri ini yang begitu lasak. Biasalah, manusia yang mempunyai 4 orang adik, semuanya hero. Tiada masa nak main mekap sama-sama. Main lasak-lasak semuanya. Ape kelas nak main mekap mekap dengan adik lelaki.


Dah masuk sem baru ni, awal sem ni cam biasalah, niat nak study rajin rajin tetap dalam list nombor satu lagi. Macam sem dulu dulu jugak, sejak zaman diploma. Perangai rajin awal awal sem tu memang ada lah. Bila dah pertengahan sem, semangat tu jadi huha huha sikit. Dah masuk zaman degree pun, masih dengan perangai rajin awal sem je. Akhir sem mula lah malas itu ini. Haish !


InsyaAllah sem ni. Rajin sampai akhir sem. Fighting ! *macam ye ye jew kan.


Saja nak tayang apa yang ada dalam si merah. Seperti tajuk entry tu. Si merah maknanya garang dan cekal menghadapi hari hari mendatang. Binggo !







Dalam si merah, ada macam macam warna. Warna warni kehidupan la. Merah, Pink, Hijau, Biru, Hitam. Suka Pink, tapi dalam si Merah, warna Hijau ada lebih banyak. Memang Pink & Hijau , Pelangi tak leh nak pilih mana tercomel. Dua-dua buat Pelangi tersungkur. Hihihi  :)


Tu la skuad yang paling penting bila dalam kelas. Macam-macam warna ada. Dah macam sekeluarga pelangi dah mereka tu. Kalau yang mana tak setia, dimana dakwat dah habis. Kena campak dalam bakul sampah dah. Pen Merah baru je beli kat Popular IOI Puchong kelmarin.  -,-


Pen Merah Pen Biru, Jangan marah I Love You    :)



xoxo
kiss and big hug

Thursday, February 23, 2012

Tekanan Awal Semester




Assalamualaikum    >,<


Senyum macam orang tengah homesick.   -.-
Homesick ke tak homesick, tak kira kita manje dengan family ke tak. Naluri dan bau isi kandungan rumah tu yang buat jadi homesick. Homesick bila ingat makanan kat rumah yang tak putus putus sentiasa ada. Tersedia indah atas meja walhal kena masuk dapur untuk masak sendiri. Biar pun hanyalah sepinggan fries yang dimakan dengan cili sos thai.


Teramat sedap !


Lagi sedap pekena nasi dengan ayam pedas. Bukan kat restoran 5 bintang ke 14 bintang. Tapi, masakan mama. Tak secantik hiasan di hotel. Boleh buat anak-anak tambah nasi. Tak ke bahagianya hati mama tengok anak-anak makan begitu selera. Rasa nak masak hari-hari kan kalau perangai anak-anak macam tu. Makin tak jemu asyik balik kerja penat-penat, lepas tu masuk dapur untuk masak. It's reality. Right ?


Stop lah pasal makanan segala.



Dicekau dari abang google  -.-


Stress a.k.a tertekan, bila fikir pasal subjek untuk semester ni. Semester ni ada kena pilih 2 subjek elektif. Hati ni pilih tu, hati nak pilih ni. Nak pilih subjek Robotik, dengar khabar kena ambik untuk 3rd year. Nak ambik web programming, tapi dengar budak kelas duk cerita pasal subjek tu macam tak ngam dengan kos kita orang, Industrial Computing. Sekarang pun dah 17 jam kredit. Nak add on subjek 3rd year, macam tak gagah sangat. Kalau ambik 1 subjek dari 3rd year, boleh rilex sikit 3rd year nanti. Lagi pun 3rd year, busy dengan final year project plak.


Pening sungguh nak fikir betul-betul. Nak rajin rajin sem ni. Tak nak malas malas dah. Tapi, macam tu lah azam bila setiap awal sem. Ehek Ehek Ehek..


Tak berubah betul. InsyaAllah akan rajin !


Rajin, datanglah engkau padaku. Cecece.. Macam rajin ni seketul burger pulak. Haiyo!


Sampai sini dulu bebelan Pelangi untuk kali ini untuk semester baru ni. Esok lusa rasa nak membebel lagi, adalah entry baru. Kat Putrajaya ada karnival WOW eh. Ada belon panas tu. Rasa nak terjah je hujung minggu ni. Hihi :)


p/s: Tahniah Lisa Surihani sebab dah jadi isteri Yusri yang sah. Selamat Pengantin Baru. *Macam lah depa baca. Hihi. Kesian jejaka kat luar sana tengah patah hati.  Ilex la, ramai lagi bunga kat luar sana.  >,<


xoxo
kiss and big hug

Monday, February 20, 2012

Tahun 2 Semester 2



Assalamualaikum   >,<



Alhamdulillah, kelmarin selamat sampai ke UKM Bangi dari Kota Bharu. Area lepas Gua Musang hujan lebat. Memang tak leh nak pecut sangatlah. Bahaya. Jalan licin. Lagi pun jalan area situ, boleh dikatakan bahaya, banyak trailer, jalan pulak simpang sana, simpang sini. Lain lah jalan highway.  


Dah la dapat tau pejabat kolej tutup pukul 4.30 petang. Dalam pukul 3.30 petang, rehat kejab dekat MCD dekat R&R highway Karak, kalau tak silap.


Memang dalam hati berdebar dup dap dup dap. Ye la kan, sempat ke sampai kolej ni. Nak kena check in bilik kan. Kalau kunci ada kat tangan, memang tak fikir banyak dah. Hati berdup dap dup dap, perut plak bermuzik. Tu yang singgah isi perut makan MCD. Yummy  :)


Sampai je kolej, dalam pukul 4.40 petang, nasib pejabat kolej tak tutup lagi. Alhamdulillah  :)


Yeay.. Dapat kasut baru. Thanks awak :)

Merah menyala gitu. Kan >,<


Stor pulak tak buka lagi. Esok baru buka. Segala jenis barang dalam tu. Haish! Esok mesti sesi kemas mengemas. Penat penat  -,-


Arini, 1st day untuk semester baru. Semester dua, untuk tahun dua. Cepatnya masa berlalu. Tuptup, tinggal lagi 2 sem nak capai ijazah. InsyaAllah    :)


Dah sampai sini, rindu la dekat rumah sana. Rindu nak makan sedap-sedap. Kalau kat rumah, lapar je sikit, buat cekodok la. Kat kolej, lapar je, cari makanan dalam almari, last-last makan biskut kering je. Sedih ya ampun  -.-


Takpe la kan, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Amin  (;


Arini jugak dapat berita gembira, InsyaAllah awak pasti berjaya. Saya sentiasa doakan kejayaan. Allah akan berikan nikmat yang tak berbelah bahagi kepada hambanya yang sentiasa sabar.   =)


Semoga sem ni lebih rajin. Rajin la sangat kan? Hantuk kepala kat dinding jugak kalau tak rajin. Sem depan dah nak Latihan Industri. Serius cuak  !


InsyaAllah sem ni lagi rajin. Amin :)


Terimakasih daun keladi sudi drop komen kat sini. Ada masa terluang, Pelangi terjah korang. Dah ada kat kolej, tak bagi banyak masa untuk hadap blog 24hours. Sorry dear. Memang time stress, Pelangi akan berblogwalking. Tak nak yeppi sangatlah kan. Homesick ni.



xoxo
kiss and big hug

Thursday, February 16, 2012

Pelangi Kasih



Assalamualaikum  >,<


Start start entry dah buat muka comel. Hihihihi ..
Maknanya, pipi makin temtem *tembam.
Ni bukan salah ibu mengandung or salah sesiapa. Salah diri sendiri. Bila dah cuti, seharusnya makan dengan sempurna. Bukan bermakna kat kolej, makan tak sempurna. Tapi, seleranya lain. Kan kan kan ?


Kalau kat rumah, ayam goreng dengan kicap pun dah rasa heaven gila. Bila kat kolej, siap ayam berempah la, itu la, ini la, still tak selera sangat. Feeling berada kat rumah dengan kolej sangat berbeda. Eh! Berbeza  -.-


Memang perempuan ni jenis mudah homesick kot. Ke ada yang tak. Cuba angkat kening kejab. Ewah!


Lelaki tu, bajet jer tak rindu rumah, bila dah berjauhan. Dalam hati siapa yang tau kan. Hihihi. Malu nak mengaku konon. Rindu mak ayah, dapat pahala tau. Daripada asyik rindu aweks jer.


Celik celik, cuti dah nak sampai ke penghujungnya. Sedihnya. Sedihnya nak berpisah dengan sang meow semua. Kat kolej, meowww takde buat peneman bila stress. Uhukk uhukk uhukkk *macam batuk pulak.


Dicekau dari abang google   :)


Ahad ni, Pelangi dah nak tinggalkan Kelantan tersayang. Akan meneruskan perjuangan demi segulung ijazah di UKM Bangi. Nak kena drive sendiri ke sana, doakan Pelangi selamat sampai. Balik sana, kena check in kolej, kena kemas semula bilik. Eii malasnya.  -,-


Perut sayang, dalam sehari dua kat rumah ni. Makan jangan tak makan. Rezeki jangan ditolak. Biarlah pipi naik berkilo-kilogram. Asal happy. Perut happy, keluarga bahagia. HAHA  :)


Nak kena habiskan episod drama City Hunter sebelum balik kolej ni. Nanti kat sana, tak best dah nak layan. Sekarang dah episod 10. Tinggal 10 episod lagi. Fighting !


Alhamdulillah, DBK dah kembali sihat. Hari ni DBK balik rumah dari masuk wad, dah berkilat kilat bumper. Macam yang baru dah. Serius sayang nak bawak keluar dah. Hehe.. Siap mandi lagi tadi, sampaikan tuan pun mandi sekali. 



Motivasikan diri   :)
"Be patient. If you miss out on something you really wanted, there's a reason. God has better plans for you, even if you don't realize it"


xoxo
kiss and big hug

Monday, February 13, 2012

Pabila Cinta Memanggilku



Assalamualaikum   ^,^


Entry ni nak review novel "Pabila Cinta Memanggilku", keluaran karya seni. Novel ni pun dalam carta terhangat di pasaran yang dijual di MPH dan Popular. Tak rugi beli tau. Sampai awal pagi duk mengadap novel ni. Nak tau ending dia cam mana kan. Jenis yang tak menyabar betul. Hihi :)

Ni kulit depan novel ni. Ala ala taman bunga lagi tu kan. Memang pun, bunga dan Yang Ayesha macam isi dengan kuku tau. Tak leh pisah..

Ni keluaran novel kedua bagi penulis. Yang pertama novel "Terlanjur Mencintaimu". Best juga novel tu. Pelangi pun ada review dulu. Nak tengok, tekan SINI.


 


Jom baca sinopsis dari novel ni  -.-

*******

Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”


Adam Harith seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.


Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?"


Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.


Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti...”

Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?


*******

Memang tengah mabuk layan novel sekarang ni. Novel ni pun dah dalam list novel kesayangan tau? Sebab jalan cerita yang best. Syiok jer. Menitis jugak airmata setitik dua bila part sedih. Adesss -.-

"Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu !"

Bagi awak dan awak tak berapa nak sure nak beli lagi novel ni. Boleh baca kat sini. Memang la tak semua part ada. Tapi, kalau awak rasa jalan cerita menarik. Boleh terjah kedai buku berdekatan :)

Mari baca online kat SINI . Terima kasih daun keladi  -.-


xoxo
kiss and big hug

Saturday, February 11, 2012

Cuti Cuti Ku




Assalamualaikum   ^,^



Fuyooooo!
Lama gak tak up entry. Kalau musim exam, jejari ni serius rajin nak up entry. Bila cuti datang mencuri hati, takde plak mood rajin cam gitu. Heeee ^__^


Mood kat rumah minggu ni. Banyak rehat. Rehat secukupnya. Dah masuk belajar, tak sempat nak rehat 100% tau. Nak kena bangun awal la, kena siapkan assignment la, kena tidur lambat sebab buat assignment last minute. Dah banyak sem belajar, still lagi suka buat assignment last minute. Binggo !


Nak tau. Kenapa senyap sepi jer Pelangi tak merayap nak online. Syiok punya main game wooo. Leka benor bila dah mengadap game. Game The Sims 3. Syiok pulak !

Dicekau dari abang google.


Nak kena jaga relationship, kena jaga makan minum la. Macam dah berkeluarga pulak. Kena atur sana sini. Sapa yang ada pengalaman main game tu, mesti kata best. Leka la masalahnya. Tuptup, dah berjam jam kau ngadap benda tu. Sedar sedar dah pukul 2 petang, mana nak masak untuk adik lagi, nak kemas dapur lagi. Haiyooo. Itu semua kerana game !


Nasib tak install game tu kat laptop sendiri. Main kat laptop adik je. Kalau install kat laptop sendiri, semestinya kat kolej, leka sangat duk main dari pagi sampai awal pagi. Tak gitu. Hihihi  -.-


Dalam kepala ni, nak review novel satu lagi. Baru je lepas baca 2 hari lepas. Tengok lah esok esok pulak eh. Sekarang tengah baca novel lain pulak, novel "Akhirnya aku kahwin", keluaran alaf21. Not bad lah. Tinggal suku lagi, lepas tu habis. Yeppi  :)


Yummy. Arini mama buat puding gula hangus. Memang tu permintaan Pelangi. Ngeww Ngeww Ngeww


Dicekau dari abang google.


Bestnya makan sejuk sejuk. Semestinya banyak lah perut ni nak ngap kejab lagi. Tu makin temtem bila dah cuti. Cukup kasih sayang orang cakap. Heeee  -.-


Minggu ni pulak habiskan hari hari layan movie. Semalam layan Sumpahan KumKum. Boleh tahan cerita tu. Ni nak mengadap Bujang Terlajak pulak.


Sampai sini dulu. Nanti Pelangi terjah semua. Jaga diri. Senyum manis manis tau :)



xoxo
kiss and big hug

Sunday, February 5, 2012

Install Windows Pakai USB


Assalamualaikum ..


Salam Maulidur Rasul :)
Alhamdulillah, diberikan nikmat masih bernafas. Bersyukurlah kita. 


Fuh tajuk entry, kemain lagi kan. Kelmarin, memang pengalaman paling mendebarkan. Bukan sesi lafaz akad nikah lagi tau. Tapi, mencuba benda baru. Means, install Windows pakai USB pendrive jerk. Selalunya pakai CD kan.


Fuh, try & errors jer. DVD player laptop ni dah rosak, kalau DVD detect pulak, tapi kalau CD tak detect. Tu cuba cara lain. Lain lah ada external DVD player. Ni bukan kedai komputer, nak semua ada.


Dicekau dari abang google.


Cuak gak sebenarnya nak try benda yang tak pernah buat. Sebenarnya laptop jadi sengal, masuk virus. Habis data dalam user jadi hidden, program files pun habis jadi empty. Wuwuwuwuuu  -.-


Alhamdulillah berjaya format laptop ni  (:
Di kesempatan ini, nak ucap terima kasih pada semua yang sudi jejak di sini. Yang sudi luahkan komen, lagi lah terharu maru. ^__^


Pagi ni dapat sms dari ex dulu, zaman cinta monyet. Beliau jemput datang untuk kendurinya 18hb ni. Kalau dekat, memang tak pergi gak, segan dew. Lagi pun, dah kenal semua family dia, lagi la segan kan. Rumah dia dekat Puchong sana. Memang jenis tak benci membenci walau dah tak berkasih sayang. Hihi. Selamat Pengantin Baru untuk si dia. Semoga dirahmati olehNya dan bahagia hingga ke syurga  :)


xoxo
kiss and big hug

Thursday, February 2, 2012

Suami Yang Ku Benci


Assalamualaikum ^,^

Entry kali ni, nak review novel "Suami Yang Ku Benci", karya E-man Sufi. Novel ni keluaran karya seni. Nak beli online, boleh tempah kat sini. Terima kasih. :)




Sinopsis novel "Suami Yang Ku Benci" :)

******

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?


*****
Cuba tengok :)


Cam mana ? Ada rasa tak sabar nak serbu Popular ataupun kedai buku berhampiran? Serius tak tipu. Memang tiptop novel ni. Asyik gelak jer baca novel ni. Best sangat -.-




Pandangan Pelangi pasal novel ni    ^__^

^^ Tak bosan langsung. Kiranya tak bazir duit la beli novel the best ni. Memang dari MPH kat Alamanda lagi Pelangi cari novel ni. Tak dapat-dapat. Sebab asyik habis jer. Akhirnya beli dekat KBMall.
^^ Novel ni memang dalam carta bestseller tau. Makna nya mendapat sambutan hangat dari pembaca la kan? :)
^^ Sampaikan Pelangi pergi beli burger dua hari lepas, terliur dengan muka depan novel ni. Lawak betol..

^^ Cinta tak mengenal si dia kaya atau miskin. Cinta hadir dengan kurniaan Tuhan :)
^^ Menitis airmata , part Hannah kehilangan baby pertamanya. Akhirnya dapat baby kembar. Terbayang baby comel tu duk lari lari. Comelnya :)


Sampai sini dulu review novel terbest, tervogue ni. Peminat novel, cepat cepat terjah kedai buku berhampiran. Tak rugi punyaaaaaaa =)



xoxo
kiss and big hug

Wednesday, February 1, 2012

Februari Datang Lagi


Assalamualaikum   ^,^


Wink wink wink *macam sesi nak terbang pulak.
Kalau boleh terbang, dah lama nak cuba terbang. Cari dimana pelangi. Hari-hari nak jumpa pelangi. Indahnya ciptaanNya  :)


Alhamdulillah, diberikan nikmat mata. Walhal, nak dapatkan penglihatan yang sempurna, kena pakai cermin mata. Serius, tak selesa bila 24hours kena pakai objek tu. Memang la nak tidur, mandi dan solat, objek tu diletakkan dengan sebaiknya diatas almari.


*Gambar dicekau dari abang google.  :)


Bersyukurlah kepada Yang Esa apabila korang nak tengok dunia ni, tak perlukan objek yang dipanggil cermin mata. Dah rabun, tak kan tak nak pakai cermin mata. Nanti jatuh tergolek, padam muka  -.-


Kadang-kadang, merasakan diri begitu sedih, sebak, segalanya jenis perasaan menempah pada airmata, rabun ni bukan dipinta, bukan diminta. Ianya sekelip mata dah jadi manusia yang berkaca mata. Dah ada mata empat, patut lagi power. Tak gitu ?


*Gambar dicekau dari abang google.  :)


Power la sangat. Cuba buang objek tu. Pasti nak berjalan pun, dari 20km/j terus jadi 5km/j. Kan? Setuju tak? Hihihi  ^__^


Bulan Februari muncul tiba. Alhamdulillah sekali lagi diberi nikmat masih bernafas dibumi yang sementara ni. Cepat betul masa berlalu pergi. Baru jer masuk tahun baru, sekarang dah masuk ke bulan ke dua untuk tahun baru.


Bulan Februari ?

^^ Besday DBK. Alhamdulillah, awak dah 3 tahun. Sayang awak :)
^^ Bulan dimana kena register masuk untuk sem baru.  -.-
^^ Mama punya besday. Ngew Ngew Ngeww 

Sampai sini dulu entry versi malas ni. Ada masa Pelangi hurai lagi panjang entry eh. Hihi. Bajet karang entry panjang-panjang, prof kasi extra marks untuk result nanti. 

Ketar kepala lutut fikir berapa sen la result sem ni. Huk Huk Huk  -.-



xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails