Tuesday, January 31, 2012

Gemersik Kalbu



Assalamualaikum ...


Sekarang dekat TV3, slot Akasia "Gemersik Kalbu" tengah ditayangkan. Ada la yang bertenggek depan tv waktu maghrib cam gitu. Tak lupa juga Pelangi, sanggup kau mandi lepas cerita tu ditayangkan.Hehe ..



Drama tu memang adaptasi dari novel kan. Novel keluaran alaf21, tajuk Gemersik Kalbu. Memang dah baca novel tu dari zaman sekolah dulu. Tu pun pinjam dari kawan sekolah. Jalan cerita pun, ingat-ingat lupa. Dah banyak episod terlepas tengok, duk kolej malas nak turun kat ruang tv untuk layan drama semata-mata.


Dah balik rumah, semestinya kerja nak layan cerita jer. Syiok yang amat. Tak payah fikir pasal assignment, quiz, projek dan sebagainya. Memang syiok. Senyum sampai lenguh pipi   :)



Sapa sapa nak baca novel tu secara online, boleh klik sini. Rasanya tak berapa nak syiok sangat  baca novel secara online, cam sakit mata je kan. Tu yang Pelangi beli novel tu untuk simpanan  :)


Bajet simpanan untuk anak cucu nanti. Hiew Hiew Hiew  -.-


Comel jer lagu "Obsesiku", ost Gemersik Kalbu. Part yang ..

"Inginku gigit gigit cuping telinga kecilmu, luahkan perasaanku, membisikkan aku cinta kamu"..


Tak ke comel gitu ? Hihihi. *Berangan je lebih
Ni lirik lagu "Obsesiku" by Aqasha   :)



Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

*
Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu







Layan jer ost kat atas. Comel jer lagu ni. Ngew Ngew Ngew.. 
*Senyum manis manis...
Terima kasih daun keladi sudi singgah dan komen sini.
Nanti Pelangi terjah kembali.  ^___^
 
Entry ni versi jiwang bunga bunga. 



xoxo
kiss and big hug

Monday, January 30, 2012

Hidup Itu Warna Warni



Assalamualaikum ...



Senyum semua. Nak ambik gambar ni. *Click !!   -.-
Hihi :)

Mood kalau kat rumah, jadi happy 24hours. Peliks. Ajaib. Kan ?


Selera makan pun asyik bertambah. Itu lagi dasyat dan ajaib. Macam ada makhluk kerdil dalam perut suruh makan dan makan. Entah bila rasa kenyang tak tau. Kejab kejab buat milo ais, kejab kejab goreng nasi. Ni jari rasa nak buat puding lagi. 


Makan dan makan je kerja kau ye Pelangi. 
Makan untuk hidup la Pelangi. Bukan hidup untuk Pelangi. Hihihi   -.-


Saja jer up entry ni, kasi pendek jer. Tak nak berjela sangat. Kan? Macam la ada orang baca. Nano nano menang semalam. Terbaik la Hafiz, pakai seluar trek pun boleh menang. Cayalah. Semalam pun tak lupa dengar ceramah UAI streaming live. Bestnya kalau boleh pergi dengar live kat sana. Huk Huk Huk .


Nah, memang kipas sakti ni takleh lari dari Pelangi sekarang. Ada je nak bersama. Ni ada je tepi katil. Nasib tak leh bawak tidur. Kalau tak, dah lama peluk peluk. Mesti mimpi indah. Mimpi indah sampai ke pelangi  :)





Rindunya.
Rindu adalah perasaan. Tetapi jika orang yang kita rindukan itu tidak merindukan kita, itu bukan lagi perasaan tetapi adalah penderitaan.



xoxo
kiss and big hug

Saturday, January 28, 2012

Transformasi



Assalamualaikum    ....



Terkedek-kedek nak up entry baru untuk hari ni. Cuti banyak habiskan masa dengan kerja kat rumah. Kena manfaatkan dengan sebaiknya kan. Time cam gini la mood nak masak itu ini terserlah. Dah namanya tahun baru, umur pun makin bertambah, kena lah expert bab masak masak kan. Nanti suami sayang, tak gitu ?


Kelmarin ada majlis pertunangan cousin kat kampung. Alhamdulillah berjalan dengan baiknya. Tunang cousin tu kampung sama. Senang la kan bila part nak raya. Pagi raya sana, petang raya sini. Hihi  :)


Comel lah pelamin tunang, simple but nice. Pinkkkkk! 


Kalau dah pink mesti Pelangi kata cantik. Ishhh! Mama pun kata cantik. Mama, kakak bila lagi ? Eheeeee


Kena pulas telinga woh kalau mama baca entry ni. Mama dah pesan kelmarin "Anak-anak mama kalau nak kahwin sekarang ke bila ke, mama tak kisah, tapi kena kerja dulu. Biar boleh berdikari sendiri". Ingat tu kakak! Hihi  


Dicekau dari abang google.


Ada wife cousin tu duk kata kot-kot adik kahwin dulu. Tak pasal pasal langkah bendul dulu. Ngeeiwww jeles tau kalau adik kahwin dulu. Sobs Sobs Sobs  -.-


Udah-udah pasal perasaan ni. Nanti merebak sampai cecah lantai duk gatal nak kahwin ..


Pelangi Chenta dah transform kan ? Takde lah 100%. Tapi, ada la tukar sikit-sikit. Nampak blog makin matang. Dah namanya umur makin tambah satu. No more pink ?


Pink tetap nombor 1 la. Nak kasi kelainan plak tanpa pink. Yang ni not bad lah kan. Simple jer. Tak nak sarat sangat. Header pun cikai gila. Macam facebook pulak tu. Ngeeeee  :)


Sampai sini dulu kisah suka duka buat masa ni. Ada rasa nak up entry, akan ku singgah sini lagi. Jaga diri. Jaga tingkah laku. ..  -.-



Dicekau dari abang google.



Aishiteru, cinta itu memang misteri. Tiada yang tahu akhirnya. Seperti yang ku rasakan. Selalu ingin di dekatmu dan buat engkau tersenyum. Seksa menanggung rindu.  *Hihi jiwang sikit  :)



xoxo
kiss and big hug


Wednesday, January 25, 2012

Daging Masak Suka Hati



Assalamualaikum ...


Entry edisi suri rumah tangga. Hik Hik Hik   :)


Arini rajin mencuba resepi ikut rasa hati nak letak apa. Hehehehe.. Hari ahad lepas plak telah cuba resepi Ayam Paprik. Bukan susah pun, pakai lempar je bahan-bahan. Tadaaa...terus tambah nasi.  -.-


Hari ni kepala duk fikir nak makan nasi kakwok je untuk lunch. Lepas tu, mood rajin datang melanda. Buka peti ais, keluarkan daging. Terus mulakan sesi goreng sana sini. Kejab je dah siap. Meh nak share resepi menu "Daging Masak Suka Hati". Nama resepi punyalah ikut suka hati. Heeee ..






Bahan-bahan  :

Daging *Tak pandai nak ikut gram. Ikut suka hati la nak banyak ke sikit.
Kacang panjang
1/2 biji lada cameron
2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3 biji cili padi
4 biji cili kering
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
Garam & gula secukupnya


Cara cara   :


  1. Bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili padi diblender. Hiris daging secara nipis dan rebuskan daging dalam 15 minit untuk mendapatkan daging yang empuk. *Masukkan sudu untuk daging cepat empuk.
  2. Tumiskan bahan yang diblender tadi sehingga pecah minyak. Masukkan daging bersama sedikit air rebusan tadi. Kalau inginkan kuah lebih, tambahkan air sedikit.
  3. Masukkan sos cili, kicap, sos tiram, garam dan gula secukupnya.
  4. Masukkan kacang panjang. Kacau dan kacau.
  5. Akhirnya masukkan lada cameron dan bawang besar. Dalam 1 minit boleh masukkan dalam mangkuk. Dan terus boleh makan. Senang bukan :)


Ada masa, cuba la resepi ni. Senang je. Mudah jer. Ala-ala daging masak merah kot. Yummy :)





Selamat mencuba   :)



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, January 24, 2012

Kupu Kupu Malam



Assalamualaikum ..


Hop hop horrey. Lompat katak kejab. Exercise sebelum terjah blog. Ceria semacam nampaknya. Hidup kena ceria, walau berjuta masalah. Rilek la, semua orang ada masalah, takde manusia yang takde masalah. Tak gitu?


Tepuk pengakap sekali. Lagi sempoi  -.-


Kupu kupu malam ? Tu nak publish yang tuan blog tengah diserang dengan lagu yang sama. Memang bila dah ter-jatuh cinta kat sesuatu lagu. Akan repeat lagu tu sampai orang yang dengar, naik jemu. Nasib penyanyi tu maintain lagi. Hihi :)


Lagu tu dari Monoloque. Memang Pelangi suka sangat layan lagu beliau. Lirik lagu lagu beliau superb perfect. Ayat macam tahap dewa punya tersirat. Terbaik woo!


Kalau lagu "Batu Belah Batu Konkrit" pun best. Macam klasik gitu. Ce try search dekat youtube, lepas tu tunggu buffer kejab. Dengar jangan tak dengar. Syiok! Hoho horlick   :)



Okey kelmarin sesi ber-BBQ. Sangat syiok bersama keluarga. Tak cukup sorang. Adik yang keempat kan baru masuk UTP. Tak cukup lah jugak. Walau ber-enam pun, pergi dengan 2 buah kenderaan gak, satu myvi satu pajero. 


Biasalah anak anak mama abah dah besar. Tak nak berkepit-kepit lagi dalam satu kereta. Hihi  :)




Memang kalau nak ber-BBQ, selalu buat dekat Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Pelangi selaku driver myvi, sempat lagi terjah Pengkalan Kubor sebelum ber-BBQ. Hihi

Kan dah cakap, Pelangi spesis suka ambik gambar kaki. Hehe -.-
Memang saya simple. Selipar jepun pun pakai bedal je masuk Mall. -.-


Sapa suruh Pelangi selaku co-pilot sangat. Kan dah merayap sana sini. Dapat beli bantal angry bird. Ngeew ngeew. Best peluk, selembut baldu. Ramai teramat kat sana. Biasalah cuti raya cina kan. Baru nak terjah baju yang berkenan, semua tak berkenan di hati. Campur ramai orang, terus blah cam gitu. 


Senyum tak terperi bila bersama keluarga. Semestinya, Pelangi akan sentiasa senyum dan gelak. Sampai terduduk duduk bila dah gelak. Hek Hek Hek  -.-


Bila dah cuti raya cina, ramai yang buat trip melancong sana sini kan. Seronok tu. Dulu memang keluarga Pelangi pun camtu. Bila dah anak anak masuk U, cuti dah tak sama. Trip nak melancong tak leh nak buat selalu la. Sedihnya. Huuuu ^^


Header macam cikai gile jer. Idea takde lagi. Idea tengah bercuti mungkin. Kan cuti raya cina. Haha. Ada idea nanti, header akan bertukar. Tunggu idea ada la jawabnya. 



xoxo
kiss and big hug

Saturday, January 21, 2012

Home Sweet Home



Assalamualaikum  :)


Senyum semanis puding. *Mentang-mentang dah balik rumah, terus senyum semanis boleh.


Alhamdulillah, dengan selamatnya Pelangi sampai rumah, perjalanan dari Bangi ke Kota Bharu. Rindu sungguh 10 minggu tak balik. Rindu keluarga, rindu sang meoww, rindu katil, rindu makanan kat negeri sendiri. Makanan dan rumah tak dapat dipisahkan bila kita berjauhan. Mesti rindu kan ^__^


Exam habis 18Jan, bertolak balik 19Jan. Penat perjalanan memang tak akan jadi isu bila drive jauh-jauh. Dah namanya drive, sangatlah penat, nak fokus dekat jalan raya lagi, otak tengah fikir indahnya nak sampai rumah dah, macam-macam tengah berangan nak buat itu ini bila dah sampai. Perantau memang cam gini. Berangan lebih sikit. Hehe   -.-


 Perjalanan balik dalam hati tak sabar nak sampai rumah :)

Semestinya barang banyak. Hik Hik Hik :)

Comel bebear ni. Ni bebear dari bunga yang mama kasi dulu -.-


20Jan cam biasalah melepak kat rumah. Sesi peluk memeluk sang meow. Kacau dia tidur. Lepas tu cubit hidung dia. Kalau dia tak merengek, kacau lagi dengan tarik misai. Sapa suruh kucing ni comel sangat. Comel secomelnya. Walau tak secantik setampan macam kucing baka Amerika, baka China, kucing biasa pun comel tau. Dah la manje, kalau kita sentiasa manjekan depa. Ngeeeewww :)

Tengok! DBK dah merayau di kelate :)


Detik manis bersama awak, dapat minum air carrot bersama. Awak jus carrot susu, saya carrot je. Hihi. Terima kasih sayang rindu cinta. Ececece.. Ngeee -.- memalu :)


Memang spesis suka amik gambar kaki. Hehe ^_^


Hari ni rasa gatal tangan plak nak buat puding kastard berkuah. Yummy. Makin temok la jawabnya. Asyik makan yang syiok syiok kan. Hari ni plak ter-beli 3 novel. Haiyoooo!


Ter-beli fulak. Opssss -.-


Memang la novel tu dalam list. Tup-tup novel dalam list takde, jadi tersyiok ambik novel lain pulak. Mangkuk meggi betul. Novel dulu pun ada lagi yang tak habis baca, still nak beli lagi. Nafsu betul kalau tengok novel best sikit. Hehehe :)


Sekarang tengah layan mata baca novel Gemersik Kalbu. Kan ada drama sekarang, adaptasi novel tu. Memang dah baca novel tu zaman sekolah dulu, jalan cerita dah lupa. Banyak sangat kisah cinta dari novel, dah bercampur semua. ^^


Ramai betul orang kat Popular dekat KBMall tadi. Beratur panjang lebih 20 orang. Tak sanggup kot nak tunggu. Akhirnya beli novel dekat Syarikat Muda Osman je. Memang kereta pun park kat luar je. Memang ramai sesangat orang kat KBMall. Dah macam MidValley, orang macam semut je kalau tengok dari atas. 


Ngeee. Senyum je bibir ni. Walau DBK punya bumper dah terpeleot. Asal dah ada kat home sweet home kan. Perut pun tengah senyum gamaknya. Sebab boleh makan makanan best best kat rumah selama sebulan. Aiyoyoyo, pipi makin temtem la jawabnya ...


Suka pulak dengan pepatah cinta ni "Impianku bukan untuk memilikimu, tetapi membahagiakanmu". Jiwang la pulak. Hihi    =)


Okeylah, ada masa terluang nak terjah semua yang singgah sini. Kan dah lama tak terjah sana sini. Otak pun fikir nak tukar header baru. Kan tahun baru, nak tukar yang baru. Kasi aura baru la katakan   :)



xoxo
kiss and big hug 
 

Thursday, January 19, 2012

Makan Makan Kawasan Bangi



Assalamualaikum .. ^____^

Senyum semekar bunga matahari *ayat nak puitis je, bajet ambik jurusan sastera. Tak yah nak sedih sedih sebab DBK kena kiss tu kan. Kalau difikirkan sejenak, dua jenak dan berjenak jenak, memang la sedih tahap kronik tau. Nak ikutkan hati camtu, sampai bila pun tak happy. Biasalah dunia, takde dugaan, tak meriah kan. Dugaan tu bagaikan warna yang menghiasi kehidupan. Baru lah putaran dunia orang kata.


Perenggan satu dah macam ayat kaunselor sekolah jer. Maaf, saya bukan pelajar jurusan kaunseling. Saya budak kaca mata. Tetiba. *Panggggg !


Okey, serius ni. Mencuba untuk serius , *tengok la muka serius ni, ada macam pembaca berita tak ? Hik Hik Hik ^___^


Senyum manis manis, macam gula gula. Kan manis gitu, kalau semut hinggap kat bibir, tu senyum terlebih manis pulak.   (:


Oh yeah, sememangnya Pelangi selaku orang kuat makan, yang kalau dah ajar makan malam, akan berlarutan setiap hari. Jadi dah rutin nak makan je kerja. Makan lah selagi boleh makan. Tak gitu ? Dah sakit nanti tak boleh nak makan sedap-sedap. Merana tau tengok makanan sedap.


Kat Bangi ni, takdelah terror sangat nak open table pasal kedai makan ter-perfect yang boleh di terjah. Masih dalam pencarian. Jeng Jeng Jeng ^^


Restoran Sup Urat Ketin (UK). Ni bukan dekat UK, Bangi sudah. Tak payah nak merantau cari sup sana sini. Kat sini macam macam jenis sup. Bagi Pelangi, satay kat sini sangat sedap. Dah la satay dia besar sikit dari kedai lain. Syiok tu. Tu yang bila terasa nak ngap satay, mesti terjah sini. Seksyen 9 kalau tak silap. Kalau nak tanya peta nak ke sana, kena google eah. Senang jer nak cari. Mesti jumpa punya. Fighting !

Dicekau dari google. Terima kasih tuan gambar. Hihi :)

Dicekau dari google. Terima kasih tuan gambar. Hihi :)


Restoran yang memang tak tau nama kedai. Pakai redah jer. Hik Hik Hik. Ni member yang duk buka cerita pasal kerang bakar. Try lah usha seround, not bad la jugak. Restoran ni dekat dengan traffic light kilang SONY kawasan Bangi, kalau corner kanan pada traffic light tu menuju ke Alamanda. Selepas kilang SONY sikit jer. Ramai jugak orang kat situ. Kerang dia maveles. Pergi lagi malam tadi. Yummy -.-


Dicekau dari google. Terima kasih tuan gambar. Hihi :)


Harap awak dan awak tak marah la tengok gambar yang mengiurkan. Sila telan airliur masing masing ye. Kalau terasa nak makan, sila buka peti ais cepat. Kot-kot ada KFC ke, Mcd ke. Heee -.-


Next !

Restoran ayam penyek wong solo. Memang saya tak solo! HAHA.Gatal kau nyah. Baca dek abah, merana kau sebab abah tau ada ehem ehem sekarang. Back to topic please.. Restoran ni area dengan Old Town Bangi, belakang tu aja. Serius aritu 1st try, rasa nak termuntah balik jer. Bukan tak sedap. Tapi PEDAS ! Memang saya anak manje. Eh, silap. Memang saya tak suka PEDAS. Jadi 1st time makan tu, rasa berasap kejab telinga. Tapi, jangan risau, tak keluar asap pun. Teguk air banyak kali la jawabnya. Sapa suruh nak rasa makan makanan peliks. Maybe, tu yang terakhir. Sebab memang tak suka PEDAS. Kat sana, ada air peliks tau, air poligami. HAHAHA. Mana suami gedik gedik nak try tambah sorang wife lagi, bawak la wife kat sana, lepas tu order la air tu. Mesti wife anda akan bulatkan mata dan rasa tak nak datang kedai situ dah. Nakal gitu ^__^


Dicekau dari google. Terima kasih tuan gambar. Hihi :)


Ni baru sebahagian kedai yang diterjah Pelangi. Tunggu lain kali pulak nak share pasal kedai makan area Bangi ni. Dah namanya setudeng, mesti makan kat kedai, tak gitu ? Mana ada dapur kat kolej, jadi tak leh masak. Alasan bernas bukan ? Hihi  :)


Okey. Hari ni dugaan ke dua part DBK, bateri stuck! Memang DBK berlagak manje sekarang. Sikit sikit nak suruh tukar baru. Tak main dah nak jumper bateri. Terus nak yang baru punya, bagus kan? Mau RM150 terbang. Terima kasih dan sayang untuk awak jadi hero malaya saya. Nasib ada hero malaya. Kalau saya sorang, camne? Tak ke menangis tepi kedai sambil kesat airmata dengan lengan baju. Dugaan mendewasakan kita. Allah jadikan semuanya ada hikmah, dont worry. Jika kita sentiasa bersama dugaan, kita lebih bertuah daripada orang lain. Sebab kita sentiasa mendapat perhatian Ya Tuhan. Allah sayangkan kita. Tu yang DIA bagi kita dugaan sebelum munculnya kegembiraan. 



Alhamdulillah. 



Alhamdulillah sekali lagi sebab DBK buat hal sehari sebelum balik. Kalau dalam perjalanan, tak ke susah. Ni entry terakhir sebelum saya pulang ke rumah manis rumah (home sweet home). Penatnya kemas sana sini. Bilik kena kosongkan. ByeBye sem 1 2nd year. Jumpa sem depan. Tak nak rindu UKM pun, sebab sebulan je cuti. Hihi. Jahatnya Pelangiiii. Rindu nak blogwalking. Tunggu kat rumah tau. Akan ku terjah satu persatu. -.-




xoxo
kiss and big hug


Monday, January 16, 2012

Malang Tak Berbau.



Assalamualaikum ^____^


Hoho horlick! 
Rasa sebak, rasa nak sepak orang, rasa nak pelempang orang, rasa nak cubit orang, rasa nak tumbuk je dekat muka kasi pecah beribu-ribu. Sedihnya alahai. Redha dan sabar tu yang termampu ku lakukan. Ingat je kat kepala otak ni yang Allah dah suratkan benda tu dah berlaku, manusia hanya insan lemah yang tak mampu nak halang. 


Nak kata putus asa. 


Mungkin lah -.-


Rasa berkecai je dekat sanubari ni. Sabar dan sabar. Tu pesanan orang di sekeliling. Memang berkata-kata itu perkara yang sangat senang. Bila anda dan anda melaluinya sendiri, pasti akan jadi macam saya jugak. Serius. Sapa yang tak sayang kekasih kan ?


Walau ianya bukan kekasih akhir lagi. Secara konklusinya, saya hargai pemberian abah yang teristimewa tu. Banyak tempat dah saya jejak dengan si dia. Sedih gembira kami bersama. Part menangis sorang-sorang masa drive tu memang selalu ada. Pasang plak lagu dengan volume yang kasi tekanan di jiwa hilang. Seronok. 


13Jan, dimana tarikh yang dah memang telah dicatatkan dalam kalendar. Tarikh dimana DBK di-kiss tanpa rela. Malang tak berbau sungguh ..


Dah memang tarikh tu, tak keluar pergi mana-mana. DBK dengan baiknya parking dekat tepi kolej. Dapat inform dari kawan sekolej, dimana DBK di-kiss kiss. Dah tuan empunya yang kiss tu bukan nak bagi notes or tinggalkan nom phone dia. Dasyat !


**dicekau dari abang google.


Dugaan sungguh. Memang saya tak halal sampai mati. Nak kata takde otak. Orang tua dah. Mana sikap prihatin dia kalau dia ada perasaan belas kasihan. Dah rosakkan kereta orang, terus cabut lari. Memang pakcik makcik ada otak, sikap tanggungjawab tu takde. Fail !  -.-


Tak sangka pakcik makcik ada perangai camtu. Ada anak dekat UKM je, tapi pakcik makcik tak berapa nak cerdik lagi. Tak kesian ke saya ni, saya parking kat kolej, means saya ni student sini. Bukan pekerja. Jadi, saya takde money nak settlekan benda ni. Saya sebak lagi sambil taip warkah berlagu pilu ni -.-


Kalau saya ada kat tempat kejadian, mesti saya mintak duit walau seciput. Dah namanya saya student, tak mampu nak repair. Saya tak sanggup nak susahkan mama abah. Nak buat cam mana, semua tu hanyalah angan kosong.

Tergamam lagi tengok gambar ni walau dah 100kali tengok.


Pakcik makcik, saya bukan nak berlaku kejam. Saya juga punyai hati dan perasaan. Bila saya drive DBK tu, dengan automatiknya hati saya sebak. Hati saya merasakan pakcik makcik bangang. Memang saya susah nak marahkan orang. Dah tak boleh sabar. Maafkan saya berlaku tidak rasional. 


Macam pakcik makcik bangang tu baca entry ni. Hehe T_______T


Ni sekadar meluahkan perasaan yang terlekat dalam hati ni. Dah banyak hari saya tahan, disebabkan exam yang melanda. Alhamdulillah dah lepas 5 paper, ada 1 paper lagi 18hb nanti. Pakcik makcik, saya benci Honda Accord. Boleh camtu ?


Pakcik makcik yang guna Honda Accord BF* 9922. Saya akan ingat sampai bila-bila. Bukan nak berdendam, saya juga punyai rasa nak meluah kan. Lagi pun, abah tak bagi buat report polis & claim insuran. Pakcik makcik terlepas. Lagi pun abah cakap takde prove pakcik makcik bangang tu langgar. Lain lah snap gambar or record video. Okey fine abah baik sangat.


Kalau saya buat keputusan. Mesti saya nak tau dan nak bersemuka dengan pakcik makcik bangang. Bangau betul. Eiiii geram ! -.-


Panjangnya sesi meluahkan perasaan. Korang tak baca pun takpe, tak pakse. Blog ni memang tempat meluahkan perasaan. Maaf la entry panjang cecah lantai, dah la emo emo bagai. Yeah tak sabar nak packing barang ,kemas barang-barang, namun hatiku berkecai tak kala DBK luka. ^^


Sampai sini dulu entry berbau emo plak bila difikirkan pasal pakcik makcik bangau tu. Eh.. Sorry. Geram sangat. Bila pakcik makcik mengalami ujian camni, baru tau cam mana perasaan saya. Saya tak halal sampai bila-bila. Kejamnya saya. Biarlah, dah memang tak leh sabar. Tahap sabar saya ada limit jugak. Terima kasih ^_____^


Hari ni mama, abah, adik nombor 4 dan adik bongsu otw ke Perak. Esok adik register dekat UTP. Tahniah Mie. Tak sempat nak jumpa. Jumpa next time. Alhamdulillah anak mama dah 4 orang masuk Universiti. UKM, UTM, UITM & UTP ^___^


xoxo
kiss and big hug

Saturday, January 7, 2012

Nasi Goreng Upin Ipin


Assalamualaikum ... (~.~)



Senyum semanis teh ais. Bahasa kelantan orang panggil, Teh Beng! Feveret tau. Slurpppp. **Ingat mamee slurrpp mawi la sangat.


Curi sedikit masa lagi. Jari gatal meroyan nak menaip. Time suruh menaip buat laporan kelab, buat sikit dah ngantuk mata. Bila part nak mengarut kat blog, jari menaip panjang-panjang, tak rasa ngantuk pulak. Aneh! 


Memang lumrah gamaknya. No wonder lah, kalau pergi dengar band Hujan perform, tak ngantuk pun. Tapi, bila dalam kelas, Dr mengajar tak sampai sejam. Dah menguap-nguap. Mangkuk meggi betul.


Comel tak tajuk entry saya kali ni. Ada secomel teletubies? Ala, comelnya teletubies 4 orang tu. Orang ke ekor ek ? Ada purple, ada hijau, ada kuning, ada merah. Eiii comelnya mereka. Siap ada tv kat perut.^^


Nasi goreng upin ipin ?? Ni bukan main-main. Realiti !


Ada menu tu kat cafe kolej tau. Dah lebih 3 kali kot saya pernah order. Mula-mula nak try, rasa takut jugak. Kot-kot pelik kemain depa letak patung upin ipin ke apa. Ingat mainan ke. 


Tengok-tengok comel pulak. Dah la rasa enjoy je makan. Ada dua ketul nasi. Maybe tu upin, satu lagi ipin. Siap ada smiley lagi. Mata pulak diganti dengan kacang hijau. Hidung diganti dengan jagung, tak lupa smiley dengan cili sos. Ada lagi, benda wajib upin ipin, semestinya ayam. Paha ayam dimasak masam manis. Yummy. Menjilat sudu jugak lah makan menu ni. Nak try, datanglah kolej kita. Kolej burhanuddin helmi, UKM Bangi. Hik Hik Hik   -.-



Comel kan? -.-


Cau cin cau dulu. Isnin ni ada paper weh. Subjek statistical process control. Good luck for me. Start 2nd paper ni, serius tak nak up entry lagi. Tunggu lepas exam pulak, sebab exam dah tak banyak gap, kena study smart lah. Takleh nak mengada up entry. Habis exam 18hb. Insya Allah :)


Alhamdulillah, kat kolej dah ada air. Tak yah nak kata Pelangi busuk tak mandi pulak. Kelmarin takde air pun, pergi merantau cari air. Tak selesa hidup kalau air takde. Lambat lagi tak mandi. Usaha tu penting. Ye dok ? ^^



xoxo
kiss and big hug

Friday, January 6, 2012

Masalah Air Di UKM


Assalamualaikum ...

Sempat lagi up entry walau depan laptop ada buku. Tak off laptop, memang cam gini la jadinya. Baca buku 10 minit, baca mukabuku 20 minit. Bila nak sedar ni  -.-


Kolej tengah mengalami masalah air sekarang ni. Dah la musim exam. Boleh pulak masalah ni berlaku. Susah kot. Haish  T______________________T


Nak minum air pun susah. Kan nak refill jer air pakai mesin tu. Mesin tu nak proses cam mana, air pun takde. Nak mandi pun susah. Nak buang segala ehem-ehem pun susah. Semua susah. Even nak basuh tangan lepas makan nasi pun susah okey ... ^^


Kelmarin rilek jer, cool gitu sebab pagi memang takde air. Tapi, bila tengah hari.. Air dekat sinki ada pulak. Pasang wayar, tadah air sampai penuh baldi. Lepas tu kena angkut pulak naik tingkat 2. Tandas tingkat 2. Singki pulak duduk tingkat 1. Ngew Ngew Ngewwww..

 Dicekau dari abang google.

Sangat penat lengan nak angkut naik. Kalau hari-hari camni, badan makin tegap la weii. Tak yah pergi gim la kan. Sebab tu dah mendorong ke arah badan yang tegap. HAHAHA ..


Positif kot! *biar dalam hati tengah membara seperti bara.


Arini dengan semangat waja wira myvi viva honda. Drive la pergi masjid UKM. Ingat nak pergi mandi kat sana. Dengan senyum manis sambil goyang goyang baldi kat tangan. Pangggg!! Ada notis kat dinding *AIR TIADA*.. Terkesima seketika ..


Masa jalan nak pergi kat kereta, dengan penuh rasa malu bawak baldi pink tu, kepala otak duk fikir nak mandi kat mana ni. Takkan dekat Petronas kot. Hampa hatiku!


Rilek lagi. Pergi plak kolej Ungku Omar. Sebelah kolej saya. Dengan muka rilek dan cool gitu. Baru jer nak keluarkan baldi pink. Tegur geng awek tu, nampak dia cam bawak botol botol jerk. Tanya dia kolej ni ada air ke tak. Dia cakap hampeh jugak. Patut la nampak dia macam baru lepas mandi. Panas jer muka ni haaaa.. Rilek la. Dugaan la kakak !!


Geng awek tu kata la pergi la mandi kat kolej Za'ba. Kat atas bukit sana. Mulalah riverse kereta, pastu blah ke sana. Ngew Ngew Ngewwww.. 


Perasaan bawak baldi pink sambil goyang-goyang tu, tak seceria macam awal-awal pergi masjid tu. Ni muka ketat jer. Berdoa supaya ada air. HAHAHA.


Alhamdulillah dapat mandi jugak. Berhijrah punya lah sana sini semata-mata nak mandi. Nasib ada kereta. Sekali takde kereta. Mana nak cekau air ? Tadi nampak budak kolej saya berduyun duyun ke Pusat Kesihatan. Pusat Kesihatan tu memang depan kolej saya. Dah la mereka bawak baldi, towel kat leher, dengan bekas sabun segala. Sempoi habis..


Dengar khabar ni kes takde air sebab loji air kat Semenyih tu kenapa ntah. Tak tau dengan selanjutnya. Kesian UKM kena tempias. Mama, nak balik!! Eiiii. Nak study pun jadi rasa malas. *ALASAN :)


Dicekau dari abang google.
"Syiok jugak naik buai kat pantai, pastu ada suami kat tepi.Sambil baca novel lagi.Suami pulak duk cubit-cubit pipi & suap snek.Sweetnya...."

Berangan pulak! Pangggggggg........



Panjang plak dah entry kali ni. Ingat nak taip seciput jer. Jadi terover plak. Sorry semua. Terlebih nak meluah perasaan katakan. Awak, kita rindu awak. ^__^


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, January 4, 2012

Comelnya Suami Isteri


Assalamualaikum ..

Comelnya pasangan suami isteri. Kelip-kelip mata pun dah halal. Dah la sweet-sweet bagai. Semua nak bahagiakan. Ke ada yang nak lari dari kebahagiaan? Nak cari keseksaan plak. Sebab dah bosan dengan kebahagiaan. Ada ke cam gitu?  -.-




Nak share ayat comel ni. Aiii terasa diri nak cam gini bila plak eh. Rilekkkk dulu. Belajar kasi habis dulu. Dah kerja stabil, ada orang masuk minang. Insya-Allah. Kan? 


Ehehehe.. Jiwang campur miang. Jangan mama baca sudah. Ngeeee ^__^


*****************************************************************************

Antara cabaran & kegembiraan bila da kawen...hikhikhik :)

"Isteri : Ape yang abang fikirkan tentang saya erk?
Suami : Awak abcdefghijk..
Isteri : Ape dia tu??
Suami : Adorable, beautiful, cute, delightful, elegant, foxy, gorgeous & hot..
Isteri : IJK?
Suami : I'm just kidding.. Hahaha
Isteri : Abang ni kan.. Hish.. Lmn..
Suami : LMN? Eh, apa tuh?
Isteri : Lempang muka nak?? -.-''
Suami : hahahah.. Tak nak , nanti sayang berdosa. Abg nak AnSkAs.
Isteri: Nak AnSkAs? Awat pelik sgt bunyinye.
Suami : Abang nak sayang kiss abang sekarang. Sayang dapat pahala.."



*****************************************************************************


Comel kan? Eii Eiii bulan 6 ni ada pulak member sekolah rendah nak kahwin. Dah la dekat 12 tahun tak jumpa. Harap sangat dapat jumpa dia , di hari bahagia tuan badan. Asyik-asyik kita jer pergi majlis orang. Saya bila lagi. Nak jugakkkkk... ('',)



Mintak kaki nampaknya. Tak kena dengan mama, kena dengan 4 hero kat rumah. Lalalala.. Kan kakak dah umur 23 tahun ni. Boleh laaaa mama. Ek ek ek ek ...  -.-


Gurau jela mama. Yes! I still remember my aim.. Sayang mama. Sayang Abah. Sayang Fiq. Sayang Rif. Sayang Mie, Sayang Adik. Sayang meow-meow. Lebiu sangat..  :)



p/s : Alhamdulillah dah lepas 1 paper. 5 paper coming soon. Fighting ^__^

-.- Gambar tu semua dicekup dari abang google. Harap maklum. Senyum manis-manis :) 



xoxo
kiss and big hug

Monday, January 2, 2012

Awak Yang Pertama ♥


Assalamualaikum ......


Siapa yang pertama? Entry ni la yang pertama untuk tahun 2012. Orang lain dah berbelas entry dalam masa 2 hari. Saya baru nak rasmi entry pertama kan. Biasalah, masa mencemburui diriku. Chewah!


Sempat tu curi masa up entry kejab. Bosan yang amat mengadap nota subjek Software Engineering. Semua FAKTA. Bukan AUTA, tapi FAKTA. Yes, subjek ni proses untuk bina software. Dari specification, design & implementation, validation & testing and evolution.


Setiap proses tu ada anak-anak dia lagi. Memang dah serabut dah banyak sangat proses. Nak ingat segala proses. Kecut urat kejab. Ni baru ngadap topic 7, under design concept. ^^


Ok. Stop it....


Anyway, nak wish Selamat Tahun Baru makhluk alam maya. Terima kasih sudi jejak kasih kat sini. Ada masa datang lagi. Pada yang wish good luck tu, terima kasih awak dan awak. ^__^


Semoga tahun baru ni lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Tahun baru dah muncul, umur pun dah makin menambah. Syukurilah kita semua masih bernafas di bumi yang sementara ini. Makin bertambahnya umur, makin banyak dosa kita. Memang setiap manusia ada dosa, tapi cuba untuk perbaiki mana part buruk tu jadi part yang baik, dari yang dah baik kepada yang lebih lebih baik. Insya-Allah dipermudahkan segalanya :)


Okey fineeee.. Sampai sini dulu celoteh Pelangi. Nak story panjang, lepas final exam ek. Bagi yang nak kahwin tahun 2012 ni, semoga bahagia. Nak tahun ni ceria ceria selalu, seceria pelangi di awan biru. Tak nak nangis nangis dah. Tahun ni kan dah 23 tahun. Dah boleh kahwin kan ? Ngeee^^




Jaga diri. Jaga tingkah laku. Rindu nak terjah blog korang. Sekarang masa untuk terjah nota dulu. Rilex okey. Senyum sokmo ^___^



xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails