Monday, November 28, 2011

Masih Belajar dan Pertunangan



Assalamualaikum ... Manusia yang menuntut di UKM dan semua agensi kerajaan di KL dan sewaktunya, hari ni cuti kan. Kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kalau tak silap Pelangi la.. Mana yang cuti tu, beronok-ronok kat rumah itu suatu yang paling best. Memang semua orang suka bila cuti. Takyah fikir pasal stress kerja, stress mengadap assignment, dan segalanya.


Ada yang plan nak pergi bercuti sana sini. Tak lupa juga yang save the date dengan pakwe makwe. Memang kalau pergi Midvalley hari ni, pasti penuh dan padat. Dalam KTM pun mesti padat juga. Cuti biasalah, semua nak habiskan masa dengan yang tersayang.


Dicekau dari abang google .



Pelangi je melepak kat bilik. Uruskan bilik yang tunggang terbalik. Bila hari cuti lah baru boleh uruskan pasal bilik. Kemas sana, kemas sini. Dah bila hari ada kuliah, habis kuliah pun dah pukul 6petang la. Malam plak sibuk nak buat kerja itu ini. Dugaan sebagai student camni lah.


Pertunangan ? Ataupun dengan kata lain. Mengikat perhubungan dengan lebih serius sebelum melangsungkan urusan perkahwinan. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum haram halal seperti mana hubungan bukan muhrim. Ikatan pertunangan juga bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa yang ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. 


 Dicekau dari abang google .


Apa pandangan korang mengenai pertunangan di alam masih belajar. Memang pandangan bagi setiap orang berbeza-bezakan. Ada yang setuju, ada yang kurang setuju, ada yang tidak setuju langsung. Bila bertunang lama - lama, dugaan plak macam macam yang kena lalui. Kan kan kan ?


Bila lelaki menampakkan hubungan mereka lebih serius, memang si dia akan cuba untuk yang terbaik dalam hubungan. Berjumpa dengan keluarga si gadis dan inginkan pertunangan. Lelaki yang sudah merasakan kerjayanya sudah stabil dan ingin jadikan si gadis sebagai teman hidupnya yang halal. Tapi, si gadis masih di alam belajar. Kebiasaannya, ibu bapa si gadis kurang bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dikala usia anak gadis yang masih suam suam kuku untuk menjadi isteri, dengan kata lain juga, masih dalam proses menuntut ilmu. 


Memang, dah si gadis di alam menuntut ilmu, lelaki sentiasa risau / takut gadisnya disambar kumbang lain. Tu yang lelaki tu nak " to be serius " dengan ikat hubungan dengan pertunangan dulu. Adakah releven macam tu? Bagi Pelangi kan " Jodoh tak kemana kan ." Hehe :)


Dicekau dari abang google .

Pandangan Pelangi plak camni, belajar sampai habis, kerja dan kerjaya pun dah stabil, baru boleh langsungkan perkahwinan. Tapi, kita hanya merancang, Allah yang akan menentukan perjalanan rancangan kita tu cam mana. Berdoa dan berusahalah kan :)


Kat UKM ni pun, ramai je yang duk sebut " Haaa.. dia tu pun dah jadi tunang orang, patut lah muka berseri-seri, tunggu masa lepas belajar nak kahwin lewww tu ..."


Kat sini pun ramai jugak yang dah kahwin. Baru masuk semester dua untuk tahun 1, terus kahwin, umur pun baru 21 tahun. Dah jodoh dia awal nak buat cam mana kan. Semakin dewasa diri kita, semakin kita merasakan diri kita kurang ilmu dan kurang sempurna. Memang semua tak sempurna, tapi mencuba yang terbaik untuk menjadi sempurna. Insya-Allah :)


Cinta itu sesuatu yang suci. Datangnya Islam demi memelihara kesuciannya. Cinta itu ibarat pelangi. Yang memberi warna kepada kehidupan ini. Cinta itu ibarat pelangi. Menenangkan mata, pendamai jiwa. Cinta itu ibarat pelangi. Siapa melihat pasti terinspirasi. Ya, cinta itu ibarat pelangi. Hanya cinta Ilahi itu, cinta yang hakiki.


" Saya belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai. Akan tetapi, saya akan mencintai orang yang saya nikahi... " [ suka sangat ayat ayat kasih sayang ni. Heeee~ ]


Ada info terbaik punya pasal Windows kat SINI. Thanks :)


xoxo
kiss and big hug

Saturday, November 26, 2011

Seni Batik | Kokurikulum Berkredit



Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H... Alhamdulillah diberi nikmat kesihatan yang baik. Semoga awak dan awak sihat juga. Tak sihat cepat cepat makan ubat. Sekarang memang musim hujan kan. Jangan leka nak main hujan pastu berangan duk berlari lari anak, nak tiru adegan dalam hindustan. Hik Hik Hikk..


Hari ni juga, bersamaan 26 November 2011 [Sabtu], berakhirnya kelas Seni Batik untuk sesi semester 1 2011/2012. Kejab je pejam celik, celik pejam dah hari terakhir. Maka, bila dah hari terakhir, segala karya wajib dihantar untuk pameran nanti. Memang tu selaku projek kepada kelab tu. 

Pelangi dan sebahagian ahli dan penyelia :)


Bagi pengetahuan awak dan awak sekalian, di UKM kan, mahasiswa / mahasiswi WAJIB ambik kokurikulum sebanyak 8 jam kredit. Kalau tak habiskan jam kredit tu, tak dapat konvo. Tau ? Memang sangat penting. Nampak leceh bukan sampai ke 8 jam kredit. Banyak tu. Universiti lain semua takde lah macam tu sekali kan? 


Gambar1 - Sesi Penyelia tunjuk ajar teknik canting atas kain.
Gambar2 - Candid ! HikHik. Tak ingat nama dia ni sapa. Ramai sangat sapa suruh ^_^



Untuk memenuhi 8 hasil pembelajaran. Antaranya adalah :
  1. Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.
  2. Kemahiran komunikasi.
  3. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.
  4. Kemahiran menunjukkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme.
  5. Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik.
  6. Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
  7. Kemahiran pengurusan dan keusahawanan.
  8. Kemahiran kreatif & inovatif.

Kokurikulum di UKM juga sekarang bermula dengan teknik kontrak pembelajaran atau learning contract. Semua mahasiswa / mahasiswi kena settle kan sendiri. Nak pupuk 8 hasil pembelajaran tu. Bila dah jadi learning contract, untuk penilaian setiap mahasiswa / mahasiswa dengan menyiapkan projek. Projek bagi ahli Seni Batik adalah untuk Pameran Seni Batik UKM 2011. 


Untuk sem kali ni, seramai 43 ahli. Sem lepas dalam 10 orang macam tu. Sangat berbeza kot sem ni. Ramai yang amat. Nak handle satu satu susah gila. Kepala mahasiswi sorang-sorang lain kan. Jadi susah lah nak handle. Dalam 43 orang tu, semuanya gadis gadis. Takde jejaka. 


Hanya penyelia je jejaka. Best la kan dikelilingi gadis gadis. Sem lepas memang Pelangi join Seni Batik juga. Sem lepas juga jadi Pengerusi. Sem ni pun still lagi Pengerusi. Susah tau nak handle ramai ramai. Bila diberi tanggungjawab sedemikian, fuh.. Naik turun pejabat untuk itu ini. Settlekan kertas kerja la. Hantar learning contract kat pegawai di JPpel lagi. Mau tak muak pegawai kat Pejabat Kebudayaan nak tengok muka Pelangi setiap masa. Rasa dah turun 0.1 kg sebab naik turun tangga. HAHAHA (tipu..nak sedapkan hati la konon..)



Gambar1- Tu kaki Pelangi. Ngeee.. Time nak suruh Penyelia check karya ni diterima ke direject.
Gambar2 - Tu dah siap dikemaskan dengan mounting board.



Minggu depan dah start pameran untuk projek tu. 2 Disember hingga 4 Disember 2011. Dapat full marks bagi dua dua karya. Yeyeah. Alhamdulillah. =)


Tengok ! Sampaikan karya pun nama " PELANGI CHENTA ". ^^


Hari ni serius penat. Kelas dari pukul 9.00 pagi sampai 3.30 petang. Mabuk warna dah tengok segala jenis karya ahli semua. Tapi, warna pelangi tetap comel di hati ku. Chewah.. 


Ni dua karya Pelangi. ^_^


Sorry entry kali ni panjang macam surat cinta plak. Thanks pada korang yang sudi sudian yang baca. Tahniah pada cousin lelaki kita yang kahwin arini. Tak dapat nak pergi plak. Sadisnya. Dapat plak cousin baru dari Terengganu. Ruginya 28 November tak leh nak tolong sesi majlis hantar menantu. Selamat Pengantin Baru kepada mereka dan awak awak yang nak kahwin musim banjir ni. HEHE :)


xoxo
kiss and big hug

Tuesday, November 22, 2011

Happy Birthday For Me




Assalamualaikum .... Moga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi olehNya. InsyaAllah.. Entry ni memang saja nak titipkan kasi tarikh 22.11.11 ada sedikit kisah suka duka. Kasi anak cucu cicik dan seterusnya boleh baca. Boleh baca kisah mama dia bila umur 22. Hahaha ..


Alhamdulillah. Hari ni Pelangi dah dikurniakan dalam kehidupan ni selama 22 tahun iaitu pada 22.11.11. Indah kan nomboh double double macam ni. 6767 pun double jugak. Tetiba plak 6767 terkena sekali..


Kek dari akak tersayang. Comel kan ?


Fuh.. Kemain penat nak balas satu satu wish kawan kawan dekat facebook. Terharu pun ada dengan segala apa yang kawan-kawan doakan. Hanya Allah je dapat balas jasa korang tu. Tak lupa juga pada rakan taulan yang rapat tak jemu send sms panjang-panjang duk wish happy birthday kat Pelangi. Terharu sungguh.


Yang paling terharu mama dan abah call sendiri. Both of them call me for wish. Terharu sampai rasa nak menitis airmata. Walau abah ada meeting kat Kuantan, masih tak lupakan hari lahir anak perempuan sorang dia ni. Terima kasih abah. Terima kasih mama. Terima kasih juga pada adik-adik hensem ku yang sudi wish. Doakan kakak cepat kawen tau. Hihi :)


Walau adik yang sedang busy mengadap buku untuk menghadapi SPM. Sanggup sms kat kakak dia, untuk wish happy birthday. Sangat-sangat terharu. Tiada yang lebih berharga selain cinta dan kasih sayang diantara ahli keluarga.


Sangatlah busy sekarang. Takde masa nak serbu shoutbox korang macam biasa. Sekadar usha entry macam tu jer yang termampu. Maaflah kalau tak balas jejak kasih korang. Ada masa free, memang akan dibalas. Harap bersabar ye kamu semua. Jaga diri. 23hb 11 plak hari jadi mak saudara saya. Eheee:)


Selamat Malam semua :)


xoxo
kiss and big hug

Friday, November 18, 2011

Memandu Dalam Perjalanan Jauh



Assalamualaikum .... dan salam ceria kepada manusia manusia alam maya. Moga semuanya baik-baik saja. Walau tuan yang menaip ni tengah dalam keadaan separa sihat, selsema dan batuk menjelma dalam diri. Sangat membuatkan hari-hari tidak seceria pelangi. Mana nak ceria kalau setiap masa nak batuk, lepas tu selsema. Dalam kelas sibuk nak pegang sapu tangan je. Kalau lah ada hero datang kasi sapu tangan dia. Tak ke terus sihat kan? Hehe .. Berangan je kerja si Pelangi ni... Dah pergi Pusat Kesihatan, doktor kata demam. Memang makan ubat lah kerja ku setiap malam dimana sebelum tidur.


Back to the topic pleaseeeee...


Okey. Stop pasal sapu tangan, hero dan sebagainya. Intro panjang yang amat. Hohoho horlick ..



Ni gambar hari ni. Area UKM. Memang bila petang je. Mesti jem. Haish !


Nak share apa benda yang patut korang buat bila korang nak drive jauh jauh. Jauh tu bukanlah dalam jangka masa sejam je. Tapi berjam-jam. Lebih kurang 4 hingga berjam - jam. Macam tu. Faham tak murid-murid comel sekalian? *senyum sikit, kan manis tu*.. Antaranya adalah ... (Ni edisi Pelangi punya pengalaman)


Baca doa. Tu semestinya bagi umat Islam. Memang selalu ingat pesan mama tu. Baca doa supaya kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. InsyaAllah segalanya berjalan dengan lancar.


Pastikan kenderaan anda dalam keadaan bersih. Itu sangat perlu okey. Takkan nak teruskan perjalanan yang jauh dalam keadaan kereta yang sampah yang bersepah sana sini. Bikin tak selesa je. Bila dah bersih, tenang je nak drive kan?


Minyak kereta kena full tank. Kata nak teruskan perjalanan yang jauh. Takkan nak biar kereta mati tepi jalan, lepas tu mintak tolong abang kacak belikan minyak. Jadi, kena lah isi minyak kasi penuh terus. Senang. Tak payah menyusahkan manusia lain bila kereta dah terlantar tepi jalan. Hehe ..


Check bahagian kereta dengan sebaiknya. Check la tayar okey ke tak. Paras air kat enjin tu dah cukup ke ataupun kurang. Persiapan ni semua penting untuk memastikan perjalanan kita nanti dalam keadaan baik dan selamat.


Stok air nescafe yang mencukupi. Ni bagi pemandu pemandu semua yang rasa diri dia akan ngantuk. Beli lah yang dalam tin punya. Ni wajib bagi Pelangi bila nak drive jauh. Memang sebelum memulakan perjalanan, akan singgah di seven eleven. Habiskan duit sikit untuk 2 tin nescafe original / mocha. Minum tu kasi lebih stamina. Kalau laki biasanya suka redbull. Oh yeah. Tu pun Pelangi pernah try. Memang lagi superb segar ! Haha ..


Lagu-lagu peveret dah siap sedia masuk dalam pendrive. Ni pun salah satu benda wajib bagi Pelangi bila nak drive jauh. Segala jenis lagu yang best dimasukkan dalam pendrive. Biarlah penumpang kat sebelah tak minat pun lagu yang kita minat. Kan kita selaku pemandu. So, kena ikut la kan? Haha. Gila kejam.. Bukan apa letak lagu ni. Dah masuk zon radio takde siaran, takkan nak sunyi sepi jer dalam kereta tu. Serius bosan. Dah la syiok drive, lepas tu sunyi sepi. Memang kasi ngantuk. Tu fungsinya kereta ada port USB, boleh cucuk pendrive bila perlu. Memang Pelangi bila dah drive sorang, akan pasang lagu kuat. Tu akan mengurangkan stress tau. Lepas tu, leh karok sorang-sorang. Tu lagi syiok ..


Kak G perlu ada. Kak G ? Tak tau yea. Kak GPS. Bukan GPRS tau. Ni untuk sesiapa yang tak berapa nak sure jalan. Ataupun dengan kata lain, tak tau jalan. Memang jantung berdegup kencang bila tak tau jalan. Mata pun dah kelip-kelip dengan cepat sebab duk baca signboard. Susah nak bergantung 100% pada signboard kalau tidak tau jalan dengan sepenuhnya. Kemungkinan jalan yang nak kita masuk tu ada banyak cabang, tetiba signboard plak takde. Takke cuak macam tu. So, habiskan duit sikit dengan membeli kak G. Sekarang takde lah mahal sangat kan? Nak guna peta pun boleh. Hahaha. Jakun plak duk tilik peta. Ngee..

****************

Itu je lah tips sempoi dari Pelangi. Mungkin awak-awak boleh tambah lagi. Buat masa kini, Pelangi pernah drive dari Kuantan ke Kota Bharu sorang-sorang. Sekarang, dari Bangi ke Kota Bharu plak, tapi ni berteman. Alhamdulillah disetiap perjalanan jauh tu, takde berlaku apa apa yang tidak baik. Walaupun memang setiap perjalanan Pelangi tu, ada jer nampak kes kemalangan. Nak pecut laju pecut la jugak. Tapi, papan tanda tu jangan buat tak endah. Sat lagi masuk rekod saman sebab speedtrek. Padam muka ! Hehe.. Padam muka sendiri la jugak sebab dah kena 2 speedtrek kot. Tapi tu naik nama nama abah.. Hik Hik Hik..



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, November 15, 2011

SPM Oh SPM




Assalamualaikum .... Entry sebelum ni dengan seronoknya senyum tak lekang dari bibir. Mana tak seronok up entry atas katil kesayangan kat rumah. Sekarang tengah up entry kat atas kerusi di kolej. Suasana sangat berbeza kat situ. Tak seseronok macam kat rumah. Tu main point kat sini. 


Pelangi dah bertapa kembali di UKM. Dan sesi sedih menyedih itu wajib bagi ku, dengan status facebook yang asyik sedih rindu rumah. Sedih bukan bermakna anak manja ye awak-awak sekalian. Tapi .. tapi.. dah tak boleh nak merengek manja manja dengan mama. Mintak nak makan itu ini. Memang Pelangi kuat makan. 


Peduli apa. Perot masing-masing. Hehehe :)


Hari ni pergi melencong ke pasar malam kat Bandar Baru Bangi. Memang itu wajib setiap hari Selasa. Beli bebola cinta. Eh, bebola ikan la. Lepas tu mee goreng. Yumyum.. Sedap mee goreng mama masak lagi ;(



SPM ? SPM ? SPM ?? 



Bila korang dah cecah 18 tahun ke atas, dengar SPM, mesti buat muka seposen. Yelakan, SPM tu dah lepas bagi korang. Ada yang " Elehhhh.. SPM je pun. Kacang je tu.. ". Ingat ni part jual kacang tanah kat pasar malam ke apa kan? Berlagak bangga la korang sebab dah lepas. Time korang duk pening kepala nak hadapi SPM, siang malam duk telan kismis. Nak cepat ingat punya pasal. Siang malam duk buat latihan addmath la, fizik la, kimia la. Kan kan?


Bagi budak-budak yang menghadapi SPM, semoga berjaya dengan cemerlang. Good luck ! Tak lupa kepada hero Pelangi yang ke 3 yang sedang bertungkus lumus menghadapi SPM. InsyaAllah Mie dapat genggam semua A1. Dengan izinNya, InsyaAllah. Kakak sentiasa doakan Mie berjaya dan capai cita-cita dan sambung belajar kat luarnegara. InsyaAllah :)


Pasti bolehnya. Lagi pun dia budak asrama penuh. Boleh punya. Budak rajin kan. InsyaAllah :)





 Ni jadual SPM tahun 2006. Masih tertampal rapi kat dinding bilik Pelangi :)



Ingat plak zaman dulu, SPM tahun 2006. Paling suka masa tu bila exam Math Mod (Matematik Moden). Sebab tarikh exam dia 22 / 11 / 2006. Tu hari kelahiran ku tau. Dah la aku memang suka sangat Math. Eles, tengah jawab Math, duk senyum senyum. Soalan baik punya senang. Alhamdulillah dapat A1. Tapi, Add Math plak dapat B. Okey la tu kan ? Hehe :)


Ni puding yang berjaya dibuat oleh Pelangi. Dalam masa sehari dah habis okey. Slurpp..


Rindu waktu sekolah dulu. Ada orang kata saya nerd time sekolah. Takpe takpe. Its okey. Memang Pelangi sedikit nerd kot. Mana layan couple couple ni. Fokus jer. Biar lah result SPM tak gempak pun. Akhirnya dapat jejak kaki kat U jugak tau. Alhamdulillah ...




xoxo
kiss and big hug

Thursday, November 10, 2011

Kehidupan Kini dan Teknologi



Assalamualaikum ..... Banyak hari daripada masuk blog peveret. Banyak entry mereka yang tak sempat nak dikomen. Harus cover balik nanti. Oh yeahhh. Bila dah ada plan dengan geng sekolah. Memang tak menyempat nak blogwalking segala. Maaf jika tak balas jejak kasih korang. Ada masa akan ku balas dan siap komen entry korang. InsyaAllah bila masa tidak mencemburui ku.


Tinggal berapa hari lagi masa untuk bermanja manja dengan katil kesayangan. Lepas tu kena say byebye dah.. Sedih tau ! Bulan 1 nanti baru balik semula. Maknanya, dalam masa terdekat ni jela Pelangi berada di rumah untuk tahun 2011. Bulan 1 dah masuk tahun baru kan. 2012 makin dekat. Umur pun makin bertambah. Ya, akan makin matang.


Teknologi ? Semua benda nak berasaskan teknologi sekarang ni. Nak tempah cupcakes, nak tempah cakes sekalipun, dah pakai isi order form okey. Mantapkan teknologi sekarang. Tak perlu susah susah nak belek buku kuning tu. Buku yang tebal macam kamus dewan tu, dalam tu ada segala jenis nombor telefon. Sekarang sangat easy, just sediakan laptop / dekstop dan broadband / wifi. Cuma search. Akhirnya, tadaaaaaa.. Dapat nombor telefon dengan segera. Tak sampai 1 minit pun. Kan ?


Senang bukan ?


Sambil dodoikan anak pun boleh tempah cupcakes. Semudah makan kacang kan? Hehehe ... Tapi.. Dalam kemajuan teknologi pun, ada kesan buruk jugak. Tanpa kita kaji selidik dengan betul, memang ada kesan yang tak berapa nak baik. Semestinya kan, setiap sesuatu tu, mesti ada baik dan buruk :)


 Ish ish. Leka sangat dengan teknologi. Sampaikan anak diabaikan. Electronic marriage?



Glass phone. Awesome!!- Dicekau dari abang google.



Jom cuci mata tengok gambar kat atas. Jangan jadi camtu sudah. Sedang mama papa duk leka mengadap facebook dan twitter. Ataupun tengah syiok up entry untuk blog, anak plak duk main dekat printer. Sekali jari budak kecil tu masuk dalam printer. Tak ke susah. Nak ber-alam maya sekali pun, tanggungjawab pada anak-anak jangan dilupakan. *bajet dah kawen duk takzirah kekeluargaan* Hehehe ...



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, November 8, 2011

Musim Menu Daging



Assalamualaikum .... " Selamat Hari Raya Aidil-Adha ".. Masih boleh wish kan? Hari ni kiranya raya ke tiga dah. Maybe ada yang dah mula kerja. Ada yang baru nak bertolak balik ke rumah masing masing dari kampung halaman. Hati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Pandu laju asal sampai dengan selamat..


Dah namanya Hari Raya Korban, mestilah menu yang selalu dimasukkan dalam perut adalah daging. Naik muak tengok daging kan ? Bersyukurlah, sedangkan ada orang yang tak diberi nikmat untuk makan daging pun lagi..




Hari Raya Korban dimana 2 hari yang lepas, semestinya Pelangi sekeluarga beraya di kampung. Tak syiok sambut kat rumah sendiri. Raya Aidilfitri pun sama. Memang sambut dekat kampung. Baru syiokk.. Balik kampung pun, dapat merasa makan ketupat dan tapai. Tak kira raya korban pun, nenek pun still buat hidangan wajib hari raya tu. Makan ketupat 3 4 biji, terus kenyang. Sedap kan :)


Di pagi raya, makan plak nasi minyak. Selalunya pagi raya, kita orang masak nasi dagang. Nak tukar selera plak kan. Buat nasi minyak. Tambah nasi tau. Dalam 2 3 hari kat rumah ni pun asyik nak tambah nasi jer. Baru 8 minggu dekat kolej, macam kelaparan plak. Walhal, kat kolej sentiasa makan dan makan jugak. Dah air tangan seorang ibu sentiasa sedap di mata anak anaknya kan..


Sememangnya setiap Hari Raya Korban, mesti mama dan abah akan gilir-gilir untuk sesi korban. Untuk kali ni, giliran abah.. Abah plak suruh Pelangi korban. Adios.. Dengan tak biasa lagi dengan sesi niat nak korban. Bersyukur dah ada pengalaman sedemikian, walau masih bergelar seorang mahasiswi. Kan tak kerja lagi. Mana nak cekau duit kalau abah tak kasi. Heeee..


Dah la niat tu nak versi bahasa kelate punya. Nak terbelit lidah jugak, dah la tak biasa sangat nak lafaz niat tu. Pastu tambah plak guna versi kelate baik punya. Bukan nak kata tak biasa cakap kelate. Tapi bab lafaz niat ni, rasa cam kureng biasa. Hik Hik Hik :)


Siap abah dan mama duk training Pelangi pasal lafaz niat. Mula mula dah confident. Tuptup, depan tuan punya lembu. Dah gemuruh semacam.. Macam sesi akad nikah plak? Hahaha .. Macam ni lafaz niat yang Pelangi luahkan dengan muka geram seribu. Sebab asyik kena bahan dengan adik-adik. Damn!


" Ambo beli sow bahagie daripado tujoh bahagie kerano Allah Taala .."


Tak faham ? Meh nak translate ..


" Saya beli satu bahagian daripada tujuh bahagian kerana Allah Taala .. "


Korang ada pengalaman mengenai raya korban yang lucu or menarik? Jom share share. Bila perkatakan raya korban, memang Kelantan adalah negeri yang paling meriah kot. Semua anak anak yang diperantauan sanggup balik walau cuti tak panjang macam raya aidilfitri. Dah la jalan jem. Memang semua nak balik. Serius meriah. Dah la boleh makan sedap sedap. Biasanya bila raya korban, ada menu daging goreng, daging singgang (daging kukok), perut air asam, dan macam macam.


 Yummy - Dicekau dari abang google :)

Maybe di kalangan orang KL, tak biasa makan menu perut air asam. Perghhhhh! Sedap woooo.. Memang akan ada yang tambah nasi. Heeee:)



xoxo
kiss and big hug

Saturday, November 5, 2011

10 Jam Drive. Terbaiklah !




Assalamualaikum ....
Golek - golek depan tv. Syioknya uollssss sekalian. Mana tak seronoknya, sedut udara negeri sendiri. Maka, boleh dibuat konklusi, " Pelangi dah selamat sampai rumah manis rumah" ( home sweet home)..


Alhamdulillah selamat sampai :)


*Senyum manis manis. Taip entry pun tengah senyum*



*Kalau bebudak ni tengok, cakap apa plak kan? Duk senyum sorang depan lappy. Damn!*


Untuk pengetahuan adik manis, abang kacak, kakak cantik, pakcik hensem, makcik menawan & semua lah.. Memang tak terdaya dan tahan jari dari up entry buat beberapa hari. Paksa rela kot. =,=


3November2011 (Khamis) - Fuiiiii. Ada midterm, dua paper lagi. Malas fikir pasal paper Java. Susah nak gila kot. Rasa nak jadi pembunuh !


*Bunuh nyamuk je yang mampu .. Hehehe ..*


4November2011 (Jumaat) - Hari yang ditunggu-tunggu untuk pulang ke syurga tersayang lagi tercinta. Chewah! Setiap hari duk pangkah tarikh tau tak ? Semangat nak balik sangat. Ni lah bila universiti jauh dari rumah. 8 minggu tak balik. Semestinya, dirindui sangat sangat. Walau happy bersama si kawan, lepak kat rumah lagi heaven tau !


Balik bertemankan abah & si atia. Pelangi selaku tukang drive. Dari UKM sampai Kota Bharu tau. Dibuat hitung tambah tolak darab bahagi puncakuasadua, dekat 10 JAM okey. Fuuuuuhhhhh ! Semput bila dapat jumlah jam tu. Mahu tak lama. Sampai radio hilang siaran, lepas tu cucuk pendrive. Layan lagu dekat 50 lagu. Siap lagu tu leh repeat kali ke dua dah. Bayangkan ......


Nasib baik abah ada meeting dekat KL. Boleh teman dan jadi co-pilot untuk Pelangi yang masih tak ingat jalan area KL. Jakun kan ? *angguk angguk manje*


Nanti dah biasa tu. Ingatlah segala jenis jalan KL tu. Insya-Allah :)


Semputttttt ...... Korang semua. Jalan punyalah jem. Lupa nak beli roti. Hehehe ... Dah la bertolak pun dekat pukul 9.00 pagi. Jalan kat KL pun dah padat cam sardin. Nak lepas jem kat KL pun dah ambik banyak masa. Kasi gua panas jer, walau dah pasang aircond..



 Harus ada tayang Pelangi a.k.a tuanbelog. Walau tak tayang muka. Heee:)


Bila dah lepas lebuhraya semua. Tuptup, jalan kat Bentong, Raub pun kasi gua geram. *penggunaan perkataan gua - menunjukkan diri ni sangat geram dan semput*.. Dah lepas segala jenis jalan yang kasi gua panas hati. Jalan biasa plak ada problema masing-masing. Kereta sana sini. Dah macam buat rombongan meminang. Panjanggggggg jer..Nak memotong pun dah kasi gua rasa penat nak tekan minyak, lepas tu buat muka ketat sambil rasa jadi Raja jalan. Hahaha =D


Ni area Raub kalau tak salah. Dah jem. Semput jer. Terus capture sana sini..


Bila lagi kan korang fikir nak jadi Raja jalan. Asyik kasi kat mat rempit jer jadi Raja. Kasi diri lu jadi Raja jugak la kekadang, lu kan bayar roadtax jugak. Hik Hik Hik ....


Ni pun kat Raub. Jalan otw ke Gua Musang asyik tak henti dengan kereta. Huh!! STRESS!


Macam dah semua stesen minyak, semua penuh dengan kereta. Nak kata yang ramai giles balik kampung la. Memang Kelantan bila raya Aidil-Adha sangat seronok dan sangat meriah dari negeri lain. Itu terbukti disebabkan ramai kawan-kawan negeri lain yang perkatakan isu itu. Anda bagaimana ? *macam iklan produk kecantikan. Choiii..*


Dekat pukul 7.45 malam baru sampai kat rumah tersayang. Alhamdulillah takde berlaku perkara yang tak diingini. Dah la 2 3 kali jumpa kes kemalangan masa dalam perjalanan. Fuhhh. Setiap port kebiasaannya jadi tempat accident pun abah bagitau satu-satu tau. Gerun mendengarnya wei..


Sampai jer kat Gua Musang, fulamak! dapat makan nasi kukus. Pergghhhhhh ! Sangat best. Part lagi best, tengah drive tu kan. Bangga jadi rakyat Kelantan, disebabkan ramai orang luar kahwin dengan orang sini. Pandang sana , pandang sini. Laki cakap kelate, isteri cakap bahasa baku. Plat kereta Kelate. Ramai eh orang luar minat orang Kelate ?


Yippi. Seminggu tidur atas katil hak milik kekal. Syiok habis. I lebiu lah katil , lebiu bantal pooh, lebiu bebear semua & semualah benda benda comel yang lain. Lebiu banyak banyak :)


" SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA."



xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails