Thursday, June 30, 2011

Spontaneous Thursday # 1 - KEGEMARAN

Assalamualaikum ...




" Terliur nak puding gula hangus ..."




xoxo
kiss and big hug

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday # 2 - SAHABAT

.... Assalamualaikum ....




Gambar di zaman baik punya dulu lah. Zaman kegemilangan belasan tahun. Masa sem 1 diploma. Merindui :)


Dah klik belum kat KFC tu, jom klik sini. Mekasih...


xoxo
kiss and big hug

Tuesday, June 28, 2011

Ole Pocketful KFC

Assalamualaikum ..



Pelangi dah dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Terima kasih kawan kawan semua. Korang dah try belum Ole! Pocketful KFC ? Bukan Ole Ole bola la. Yang sedap tu la. Nak tau , pergi serbu KFC eak. Baru je makan 2 hari lepas. Boleh tahan lah. Tapi pedas sikit. Pelangi kan kurang sikit bila pedas pedas ni. Dah pedas , asyik la sedut air. Hampeh betul lidah. Memang tak leh nak makan pedas sikit.


Memang kenyang lorh makan OP tu. OP tu singkatan dari Ole! Pocketful. Jimat space kan? Hehe :)


Kalau yang dah try OP , cam mana bagi korang? Ce komen sikit perasaan anda. Chewah!!


Jom layan gambar yang sempat Pelangi cekau sebelum OP habis dimamah Pelangi yang makin gebu gebu ni. Aiseh! Gebu gebuan duk rumah. Banyaklah lelemak yang kian bertambah. Semua tu rezeki kan? HAHA





Abaikan jari gebu tu , jari ada kesan inai lagi. Heeee :)


Selepas digigit manja oleh ku. Heeee =)


Dalam proses Pelangi memang nak promote yang dimakan. Ada pulak keluar iklan nuffnang pasal OP nie. Auwww! Syok syok! Meh klik ye kengkawan semua kat sini. Like reramai. Yawwww :)

Tak like maka tak cinta. 




Ada KFC Ole Wave Contest kan? Meh sertai. Good luck :)


xoxo
kiss and big hug 

Monday, June 27, 2011

Hati saya selembut MERAH JAMBU

Assalamualaikum ......




Alahai , dekat 2 hari camtu kan Pelangi tak tunjuk muka kat chatbox korang. Rindu sesangat. Rindu serindu rindunya tau. Walau korang cam nak tak nak jer layan saya. Huuuuu .. Kebanyakkan yang tak habis duk singgah balas. Dekat 6767 kali pun asyik duk balas benda tu. Bukannya nak maki hamun , tapi sampai bila nak duk bebalas cam gitu. Dah la ada yang datang PAKSA follow. Kekadang jadi mood nak ber-BW tu hilang dah ada manusia cam gitu. Nak kutip follower kot.



Diculik dari abang google



Kalau follower meletop sampai 400k pun , tapi takde siapa pandang entry dan takde pun yang gatal jari nak komen , takde guna jugak kan?


Ke korang okey camtu? Follow tapi , just nak penuhkkan kotak follower tu.


Hai kawan kawan yang kacak lagi bergaya dan cantik molek tu , saya nak demam. Tu yang lama menyepi dari BW. Doakan Pelangi cepat baik. Merindui nak kacau kat chatbox korang.


Moga happy happy selalu. Hati saya selembut merah jambu. Tu sensitif sikit bila nak demam. Makan pun tak selera. Menci betul selera makan asyik lari. Nak kejar tak larat. Huuuu~

Jaga diri. Jaga tutur kata. Moga kita semua sentiasa dirahmati olehNya. Babai :)



Nak bercuti ? ke Bali ? Jom tekan SINI


xoxo
kiss and big hug

Sunday, June 26, 2011

Lesen L macam Lembu Jer

Assalamualaikum & Salam Ceria ....



Tetiba nak persoalkan isu "LESEN". Bukan lesen nak masuk minang tau. Lesen kereta la dewwww.. Bab minang cepat je duk fikir kan? Gatal bebenar nak pikat anak gadis orang , ilmu tak berapa cukup lagi kat dada. Aiseh! Tuntut dulu ilmu pasal kekeluargaan okey. Jangan fikir nak kahwin jer.


Pasti yang dah umur 18 tahun ke atas , yang perasan dah besar kan? Perasan dah cukup syarat nak kahwin. Tapi tak pun sebenarnya. Mangkuk maggi betul.


Disini nak imbau kembali kisah ambik lesen kereta. Firstly , korang kena pergi kelas pasal lesen kan? Ke cam mana sekarang , tak tau. Sebab dulu amik lesen time tunggu result SPM. Dekat 4 tahun dah (korang boleh campur tolak untuk kira umur tuan belog ni haa).


Bila dah masuk kelas pasal undang undang lah. Memang sangat bosan. Kan? Kalau ada geng tak lah bosan. Dulu Pelangi alone, tu yang bosan. Dah pergi dengar cikgu kat situ membebel pasal undang-undang jalan raya dan papan tanda lagi. Korang plak dibekalkan dengan 2 buah buku. Satu buku untuk undang-undang jalan raya dan segala jenis akta. Satu buku lagi tu pasal contoh soalan yang bakal korang jawab nanti. Kalau yang rerajin , mesti study habis habisan.



Pinjam dari abang google. 



Pelangi belek mana yang tak tau jer. Nak study & nak hafal segalanya macam tak mungkin jer. Nasib baik ujian berkomputer tu lulus dengan cemerlangnya. Takde ter-sangkut pun. Dengar khabar yang ramai asyik duk repeat banyak kali pasal ujian tu. Pelik.

Fikir logik dah okey kan. Tak perlu nak hafal satu buku. Kalah SPM korang duk study. Hehehe :)

Bila dah lulus cemerlang ujian tu , korang dah boleh lesen L kan? Mesti happy campur tidur lena. Sebab otak duk fikir tak lama lagi dah boleh drive kereta sendiri. Wah , seronoknya.

Dah lulus ujian tu , kena masuk bengkel kereta plak kan. Tau la jugak part mana yang patut. Tapi semua dah lupa segala jenis part dalam enjin. Kat mana part minyak hitam. Semua dah lupa.

Bila dah dapat lesen L. Oh Tuhan , cikgu Pelangi tu suruh duduk kat seat driver. Mana lah boleh bawak Pelangi cakap. Mula lah muka seram sejuk. Dah la tak pernah drive , disuruhnya bawak. Sangatlah skema masa tu , step by step sampai step bawak kereta dihafalnya dengan baik.

Dengan step betulkan kerusi , betulkan cermin sisi , betulkan seat belt. Haish! Rasa cam lawak pun ada. Dengan kena check signal okey ke tak , check lampu , check memacam. Bagus sangat. Sekarang takde pun buat macam tu before nak memandu. Hahaha ..


Dah dapat lesen L , boleh drive kat luar litar kan. Dengan bangga weh drive , walau tertampal besar gedebak huruf L. Hahaha.. Lesen L kena drive bersama cikgu je kan. Pelangi pernah kena tegur dek cikgu , sebab bawak lebih speed time kat jalan raya. Seronok sangat drive , sampai tak tengok speed. Hehehe :)

Dulu Pelangi memang cari cikgu perempuan lah yang mengajar. Lebih suka kaum perempuan. Tak minat nak belajar dari lelaki. Perempuan lebih lemah dan lembut sikit. Hehehe :)

Nak grap lesen P , kena penuhkan masa dalam 8 jam kot untuk test dengan JPJ. Masak lah petang petang duk terjah bukit , bahagian parking. Sampai sebelum tidur , duk  bayang step step nak masuk parking. Putar stearing belah kanan kiri.

Pengalaman yang tak boleh lupa time kat litar belajar memandu tu , Pelangi ternampak ada someone tu bawak kereta sampai naik atas divider. Fuh ! Terkejut gilews time tu. Time tu tak dapat lesen L lagi. Dah rasa cam tu dah kasi hati gua cuak sangat. Rasa tak nak amik lesen pun ada.


Apa plak pengalaman paling ngeri atau paling lucu korang time nak amik lesen. Kalau tak kisah , meh la share sedikit sebanyak. Nak tau jugak , buat sesama tergelak baca pengalaman korang. Nanti ada sambungan kisah mengenai lesen ni. Nantikan. Terima kasih ye daun keladi. Jaga diri.


Bagi sesapa blogger yang belum daftar kat nuffnang , jom lah join. Tak rugi korang register , boleh dapat duit baik punye kan. Yang dah join , jom login kat nuffnang untuk usha berapa views kita dapat untuk hari ni atau hari sebelumnya.

Nak dapatkan CASH sebanyak RM 50 000 , klik sini. Temkiu :)



xoxo
kiss and big hug

Saturday, June 25, 2011

Litar terputus

.... Assalamualaikum ....



Moshi-moshi semua. Doakan korang sihat , jangan ada yang litar putus sudah. Kalau litar dah putus , patut masuk hospital bahagia. Baru bahagia selalu kan? Hehe


Topik hari ni , tak la sehangat Hot FM. Tapi hangat jugak la kot , atau pun suam suam kuku jer. Apa korang fikir pada manusia yang berhasad dengki pada seseorang yang berjaya , sampai sanggup mulakan aktiviti bodoh. Aktiviti bodoh disini bukannya pergi Mall tak pakai selipar. Tapi sanggup bomohkan someone yang dia tak puas hati. Sanggup ketepikan hal agama demi perkara bodoh camtu.


Nak senang cepat , atau nak tengok orang tu menderita. Sanggup dia habiskan wang demi perkara kolot camtu. Memang akal cetek ke apa manusia camtu. Tengok orang berjaya sikit , tengok orang cantik sikit , tengok orang bahagia sikit , mula lah nak bomohkan orang tu.


Gambar asal dari Pelangi. Litar untuk projek dahulu kala. Litar motor.


Ada yang bomohkan sampaikan meninggal. Ada yang jadi kurus tinggal tulang. Kenapa manusia boleh ada perasaan hasad dengki seteruk demikian. Hilangkan iman di dada , sampaikan fikir nak buat benda terkutuk camtu.


Mungkin ada manusia yang terpercaya mengenai aktiviti bomoh bomoh ni. Bagi Pelangi plak , memang percaya gilews dengan aktiviti bodoh camni. Benci gilews dengar bab camtu. Kerana tak puas hati , sanggup abaikan hal agama. Sanggup pergi jumpa bomoh yang mengarut duk bela syaitan ataupun jin kafir. Kadang kala , kawan baik sendiri yang bomohkan orang tu. Dengki sebab naik pangkat punya pasal.


Manusia Oh Manusia..


Apa pendapat korang mengenai manusia akal cetek cam gini ataupun litar terputus dalam otak dia ni? Menyesal kemudia tak berguna kan. Bahagiakah kita selepas melihat penderitaan orang lain? Zalimnya manusia sekarang.


xoxo
kiss and big hug

Friday, June 24, 2011

Warna warni kehidupan

Assalamualaikum & Salam Jumaat ..



Jumaat penghulu segala hari. Semoga kita semua diredhai & diberkati olehNya. Amin.. Hari ni tetiba plak nak persoalkan pasal "warna". Semasa kita masih baby lagi , kita bak kain putih , yang tiada dosa kan? Ibu bapa kita akan mencorakkan warna pada hidup kita. Kalau baik lah warna yang dicoretkan , baik lah. Kalau sebaliknya , maka sebalik lah kita.



Bila kita dah cukup umur & baligh. Pandai pandailah kita corakkan warna pada dunia kita. Kalau gelap dan suram warna yang kita corakkan. Bakal anak anak atau bakal zuriat kita akan mengikuti jejak warna kita. Dengan itu , doakan generasi kita semuanya dalam golongan baik baik belaka. Amin..


Nak tau pasal pelangi dan susunan warna pelangi. Klik sini. Terima kasih ye.


Bagi korang si jejaka hensem dan gadis manis semua , suka warna apa eh? Warna kegemaran lah kan. Mesti ada warna yang korang paling suka. Sampaikan baju atau suatu benda tu penuh dengan warna yang korang minat. Contohnya saya suka Pink sesangat. Heeeee :)


Korang plak. Jom share warna kesukaan korang. Saja nak tau. Tak salah pun kan. Kadang-kadang warna blog korang tu dipengaruhi oleh warna kegemaran. Kan?

Jom layan lagu shahila ni. Lagu yang disukai sejak zaman sekolah. Shahila comel. Dah la suara best. Lunak lunak merdu gitu kan?









Jaga diri. Jaga tutur kata. Indahnya dunia kita , bermacam macam warna dapat kita lihat. Bersyukurlah wahai manusia , kita sempurna dikurniakan sepasang mata yang dapat merasai nikmat pelbagai warna. Bagi orang yang buta , tak dapat nak melihat warna. So, bersyukurlah kita. Allah Maha Kuasa kan , kurniakan kita dengan mata.


xoxo
kiss and big hug
 

Thursday, June 23, 2011

spaghetti cinta

Assalamualaikum ....



Moga semuanya baik baik jer. Kalau tak baik , cepat jumpa doktor yea. Alhamdulillah warna warnaku dah genap 2020. Mekasih semua. Tak sangka. Semalam baru 2011 , klik kat sini untuk usha jejaka hot yang ke 2000.. Sekarang dah 2020 , walau takde lah naik sampai beratus-ratus dalam satu malam. Syukur lah. Mekasih sekali lagi :)


Hari ni , makan spaghetti. Auwww ! Sangat sedap okey. Bukan beli mana - mana tau. Mama masak. Tu yang di panggil spaghetti cinta. Dah namanya seorang mama masak untuk anak anaknya. Mesti ikhlas dari hati yang suci kan?

Sila terliur okey. Hehe


Gambar asal dari Pelangi. Malas nak edit.


Pelangi memang suka spaghetti yang mama buat dari spaghetti kat Pizza Hut. Kat sana, spaghetti dia kureng kot bagi Pelangi. Sebab kering sangat. Cam takde kuah langsung. Rasa tercekik je bila makan.


Mama rajin masak hari ni bukannya pe , sebab adik nombor 4 yang kat hostel suruh hantar spaghetti. Nak jamu VIP katanya. Pastu Pelangi lah yang bangun awal pagi lagi , pergi hantar kat sekolah dia. Balik dari sekolah adik. Terus melencong ke Mcdonald okey. Kan ada niat hati dah semalam nak belanja diri sendiri sebab follower dah capai 2000+.



Gambar asal dari Pelangi. Malas nak edit..


Tak best kalau makan sorang kat sana. Pelangi take away je. Makan kat rumah lagi seronok. Daripada terkulat kulat makan sorang kat sana. Yeeeeaaaa. Mekasih sekali lagi follower dan kawan kawan lain :)


Babai.


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, June 22, 2011

So what ? 2000 !

Assalamualaikum...


Yeppi yeay yeayyy :)

Mood happy sampai nak tidur mimpi blog. Boleh ? Anyway , bukan nak berlagak hebat ke atau berlagak sombong atau sewaktu dengannya. Tapi syukur alhamdulillah PELANGI CHENTA punya follower dah capai 2000+.. Walau tak sebanyak korang. Pelangi syukur. Blog yang tak seberapa ni ada jugak yang sudi datang dan sudi komen. Terima kasih daun keladi. Sayang korang. Grrrr !




Jom tengok sapa yang bertuah jadi follower ke 2000. Jeng Jeng Jeng. Pewit ! Milik seorang jejaka. Bukan gadis. Chewah. Jejaka bernama AFZAL. Atau korang nak panggil dia RAIN (perasan punya orang). Haha. Maaf ye, gurau gurau tuan punya nama.


Haaa.. Lagi satu , dia ni jenis manusia tak pakai kasut. Dia jenis pakai terompah merah. Tak caya pergi tanya cepat. Hambekkkk kau Rain. Kan dah kena. Jangan marah , nanti tak hensem lagi.


Korang mesti nak tau sapa si mamat bajet Rain tu kan. Boleh klik sini. Dah klik tu, follow terus. Tak rugi seposen pun kan. Trimas :)


Terima kasih ye mamat terompah merah & follower semua. Yang terkini dah cecah 2011 dah. Cheh ! Tahun ni kan 2011. Molek la tu. Molek Molek. Chek Mek Molek (tetibeeee jerrrr).

Esok nak belanja diri sendiri makan MCD sebab dah capai 2000+. Horeyyy. Babai

p/s : Rasa nak buat review blog yang digemari jer. Tengok lah esok lusa cam mana. Ngeee..


xoxo
kiss and big hug

Wordless Wednesday # 1 - KESAYANGAN

.. Assalamualaikum ..





Jaga diri. Jaga tutur kata. Babai :)



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, June 21, 2011

papa bear, mama bear, baby bear.

Assalamualaikum ...



Senyum manis-manis pada pembaca setia (konon ada pembaca kan). Kepada siapa yang selalu & baru nak kenal kenal dengan PELANGI CHENTA. Pelangi ucapkan trimas ye. Harap korang sentiasa kacak kacak ye. Lagi kacak pakai kemeja untuk si jejaka. Bagi sang gadis plak , pakai baju kurung , ayu gitu. Kan manis tu :)


Bukan nak cerita pasal teddy bear atau isu bear ke apa. Tapi sesaja nak cakap keluarga bahagia. Comel plak kalau bear. Comel sangat. Kan?


Petang tadi , dengan baik hati Pelangi teman mama pergi pasar. Anak gadis tunggal memang tu adalah aktiviti yang selalu dilakukan bersama mama tersayang. Bila berdua , isu kaum wanita habis keluar. Aritu isu suami. Isu kahwin. Aigoooo ! Pelangi terkesima mama duk tanya pasal boy. Tak sabar nak ada menantu ke apa. Pelik.


Arini kami tak berdua , tapi bertiga. Bersama abah. Oh yeah ! Dengan rasminya , tadi pun jadi driver mama abah. Mama saja jer kata nak manja manja dengan anak gadis dia. Kan bila Pelangi dah balik kolej , mama kena pergi pasar sorang-sorang. Kesian gak bila fikir. Tu baru anak dia pergi belajar. Kalau anak dia ni dah stay dengan suami. Mana boleh nak bertempek selalu kan? Sedihnya .. Tak sanggup nak fikir lagi.


Pergi pasar , macam pelik plak. Ada mata mata memandang kami. Salah ke datang pasar bersama mama abah dan anak. Ada lah mata mata pakcik dan anak remaja , macam nak tercabut biji mata. Pelik sangat ke hah? Rasanya dia orang JELES kot. Sebab family dia orang takde pergi pasar sesama. Pastu pilih sayur apa , kuih apa, ikan apa, ayam mana, rugi betol mereka tak pernah pergi bersama mak ayah. Aktiviti tu boleh merapatkan hubungan kekeluargaan tau. Tak caya try la.


Ke mata mata yang tak puas hati asyik pandang disebabkan , mereka merasakan Pelangi anak manja? Tak mungkin. Sebab antara mama abah. Pelangi yang banyak bawak barang tau. Bawak bawang la, kuih la, sayur la. Pergi pasar , boleh je pilih nak makan kuih apa. Tu yang best. Tadi pun beli air tebu. Minum dalam kereta. Kalau tak pergi pasar, mesti tak dapat air tebu kan? Hehe :)


Comel kan? Feveret drama korea tau. Drama Full House :)


So korang jangan segan , jangan malas nak teman family pergi pasar. Kat sana korang dapat kenal macam macam ragam manusia. Tak semestinya asyik pergi mall je kan. Kat pasar dapat tengok makcik pakcik yang semangat berniaga walau umur dah patut duk rumah , goyang kaki je. Tak payah nak alahan pada bau pasar lah. Biasalah pasar. Bau tak la sewangi dalam kedai perfume bodyshop kan?


Babai :)

xoxo
kiss and big hug

Monday, June 20, 2011

UKM. Oh result.

Assalamualaikum & Salam Ceria :)



Semoga pelawat PELANGI CHENTA sentiasa ceria. Walau masalah datang melanda , tu semua hanyalah warna yang mencorakkan hidup korang. So, chill okey. Jangan bersedih kerana masalah. Masalah tu boleh diertikan sebagai garam dalam gulai. Walau garam itu masin , ianya ditambah untuk penyedap kepada gulai tu. Bukannya hanya letak gula. Kan?


Result bagi bebudak UKM dah keluar lama dah kan. Awal Jun aritu lagi kan. Tapi , punyalah terkejut bila result dipos. Tengok kat peti surat , mula mula terkejut tengok lambang UKM. Oh Tuhan , apa ni. Mula cuak dah. Tanpa lengah , terus buka. Dah agak dah , mesti result punya. Pheh ! Walau tak sehebat orang lain. Syukur dengan seadanya. Syukur takde yang kena repeat. Tu yang penting.


Dulu zaman diploma , boleh lah nak capai semua nak A / 4.00 kan. Tapi , degree macam agak sukar untuk mencapai setakat tu. InsyaAllah akan cuba untuk sem akan datang. Amin :)



Ni lah result. Glurppp ! 

Berbalik kepada isu result tu. Bikin hati rindu nak balik UKM dah. Bila kat sana , asyik nak balik rumah. Pelik sungguh. Senang senang , bina UKM cawangan Kota Bharu lagi syok kan? Boleh balik hari hari. Heaven weh cam tu. Leh lepak bawah ketiak mama setiap malam. Awwwww Best !



p/s : Pelangi memang sejak zaman sekolah lagi suka menulis dengan pen dari papermate. Korang pernah usha tak web papermate? Kalau tak pernah boleh klik kat sini. Memang tahan lama pen brand ni lah. Tulisan pun jadi cantik. Yeyew oii je tulisan terus jadi cantik. Dah memang tulisan cantik kan? (ter-perasan) Hehe :)


Sampai sini dulu. Jaga diri. Jaga kata kata. Warnailah diri anda dengan warna yang baik. Babai...


xoxo
kiss and big hug

ber-BBQ. sangat heaven okey.

..... Assalamualaikum dan Salam Kerinduan .....



Moshi moshi. Diharap semuanya sihat walafiat yea. Alhamdulillah Pelangi sihat. Syukur dengan nikmat yang diberikan olehNya.


Dekat 3 4 hari jugak lah Pelangi tak tunjuk muka kat chatbox korang kan. Dalam jangka masa tu jugak , tak update entry , tak komen entry korang. Rasa rindu nak baca entry entry korang. Yehaaaa.. Macam biasalah , hari Jumaat & Sabtu ada pergi kursus. Dah namanya kursus dari pagi sampai petang. So, malam tidur awal. Ngantuk punya pasal :)


Hari Jumaat lepas (17Jun2011) , kursus tu sampai tengah hari je. Petang free. Balik je rumah , abah plak duk suruh pergi hostel adik untuk hantar duit. Dah la penat berkursus. Terasa sikit malas disitu. Hehe.. Mama plak ada kerja kat Tumpat. Mama pun ajak pergi kat dia. Lagi lah jauh. So sangat malas disitu.


Tetiba abah ajak pergi Tumpat lepas pergi hostel adik. Nak bakar ayam kat pantai. OhMaiiii , terus setuju dewww. Takde fikir panjang. Bab makan memang semua suka kan. Tapi , tak cukup group. 2 orang adik takde tak best lah. Dah la plan nak ber-BBQ ni masih dirahsiakan pada mama. Nak buat surprise la kononnya. Shopping ayam dan segala jenis makanan kat parkson. Sampai jer sana, call mama tak dapat. Ades ! Bateri fon dah habis la tu. Nak surprise, tapi cam mana contact dengan mama. Mama ada buka booth kat MRSM Tumpat. So, kita orang pergi nak buat wakenabeb.


Alahai , mama takde kat booth. Orang sebelah booth mama , dia cakap mama pergi makan. Adui , cam mana nak cari satu Tumpat. Nak buat surprise sangat kan? Dengan terasa macam mama ada kat area pantai. Kita orang mulakan sesi mencari kereta mama. He He He..


Pelangi lah selaku driver yang bertauliah , abah sebagai penolong kepada driver. Dan 2 orang adik kat belakang sebagai mata mata gelap. Hehe ;)


Akhirnya jumpa jugak mama kat pantai. Nasib baik mama makan kat sana. Kalau mama pergi Pengkalan Kubor , jenuh oii nak cari. Mama mesti lah terkejut. Yela kan , sebab tengah hari mama call abah , abah cakap tak larat nak pergi. Tuptup dah ada depan mata. Dah la semua datang. Heee :)


Kita orang pergi Pantai Sri Tujuh kat Tumpat. Lepas tu , kita orang pergi cari port baik punya untuk sesi ber-BBQ. Yummy. Pelangi selaku tukang bakar ayam. Bab bakar semangat je kan. Walau asap masuk mata , tetap suka. Jom tengok gambar di bawah. Kasi korang jeles tengok ayam bakar. Fuh sedap ! Hotdog lagi. Yumyum :)





Amacam ? Terliur tak ? Aummmmmmmm ! Sedap :)





Hotdog (bukan anjing panas) diperap dengan sos black pepper. Fuhhhhh ! Tak terkata sedapnya..



Tukang bakar , kejab bakar ayam. Kejab ngappp. Mana tak cepat naik 2kilo dekat pipi. Hehe :)




Maaf gambar tukang bakar yang sambil sambil asyik makan sangat kabur. Tukang amik gambar tu nak cepat. Sebab dia nak makan jugak. Kesian saya asyik suruh semua orang amik gambar. Sampaikan mama pun ada port kena amik gambar. Dah nama anak suka gambar. Auwwwww :)


Sampai sini entry makan dan makan. Jaga diri. Jaga tutur kata. Andai ada salah silap , Pelangi mohon ampun & maaf. Yang baik tu datangnya dari Allah , yang buruk itu datang dari diri Pelangi sendiri. Babai ..


xoxo
kiss and big hug

Thursday, June 16, 2011

1st Anniversary giveaway Dunia sebenar Shida

.. Assalamualaikum ..



Phewit ! Hari ni merajinkan diri dengan GA. Jom jejakkan diri kat Blog Shida dengan klik pada banner kat bawah. Trimas.  :)



Nak tau syarat - syarat penyertaan boleh lihat terus ke sini . Bukannya susah pun. So easy. Kan?


Pendapat pasal blog Shida ?

Bagi Pelangi sangat menarik , dengan warna kebiruan laut seperti itu. Dah la Shida baik sangat. Sanggup tolong pasal nuffnang. Thanks a lot dear :)

Shida tak penat melayan Pelangi yang banyak soal bila asyik diaju soalan yang kadang kadang Pelangi pun pening. Hehe :)

Suka tengok header Shida. Menarik sangat. Di balik gadis yang pegang payung dan ditemani sang burung yang rancak di awan biru. 

Shida sangat peramah. Mekasih sekali lagi tolong Pelangi. Terima kasih daun keladi :)




Kena tag 3 orang ? Siapa yang bertuah , jom usha :)

http://shalinasamsudin.blogspot.com

http://syuxermelankolia.blogspot.com/

http://bintangkita080808.blogspot.com/



xoxo
kiss and big hug

Oreo Daddy Dunk

Assalamualaikum & Selamat Hari Khamis


Semoga penduduk alam maya semua sihat sejahtera. Jom tekan like pada oreo di facebook. Apa susah kan. Tak kena bayar pun. Free je. Nak tekan pun tak ambik masa dalam 1 minit pun. Kan?

Like jangan tak like :)

Pelangi klik dekat Oreo T-Card. Jom tengok dan lakukan bersama. Ayuh ! 


Langkah 1

Klik pada Oreo T-Card seperti gambar kat atas tu . Ok , DONE :)

Langkah 2



Keluar paparan seperti gambar-rajah , klik pada "Start Now!". Ok , DONE :)


Langkah 3


Di paparan seperti di atas , diberitahu ada 3 step. Step 1 (Pick a template) , Step 2 (Customize it) , Step 3 (Email or save). 


Langkah 4


Boleh mana-mana design yang berkenan di hati ye. Ada 6 jenis semuanya. Lepas tu boleh pilih warna mana yang menarik perhatian anda. So easy right ?


Langkah 5


Bila dah siap pilih design mana yang berkenan. Boleh plak ubah text dan warna pada design baju. 


Langkah 6


Nak serikan lagi design baju , boleh tambah icons yang sangat cute. Ada icons gambar muka dan aiskrim. Sangat comel.


Langkah 7


Bila dah siap , boleh pilih nak send via facebook / email . Senang kan ?



Pelangi memang suka makan oreo. Makan sambil tengok drama korea. Putar , jilat dan celup ! Selalu makan dan celup dengan hot milo. Sungguh sedap :)

xoxo
kiss and big hug

Wednesday, June 15, 2011

Dikau yang Pink lagi berbunga.

Assalamualaikum ...



Tengah menaip dengan muka happy kuasa tiga tau. Heeee (=


Semalam kan , Pelangi ada cakap dalam entry ni , yang nak pergi kbmall kejab kan. Pelangi pergi ber-tiga. Abah , mama & Pelangi. Biasalah , kalau dah Pelangi punya plan , so kenalah drive sendiri. Malas betul sebenarnya. Dah bosan dah asyik kena drive , dulu time budak budak , asyik nak merasa drive sendiri. Tapi , bila dah selalu drive , naik bosan gak.


Niat hati nak beli selipar je. Pilih punya pilih kat Vincci. Semua tak berkenan. Stock tak banyak plak tu.Adess! First time terpandang pada si pinky yang berbunga bunga tu. Rasa macam nak grap je. Bila fikir pasal niat tu. Nak beli selipar. Nak beli selipar.


Last last memang ter-beli jugak si pinky yang berbunga tu jugak. Sapa suruh warna pink sangat. Dah la comel macam tu. Kan dah kena beli. Memang akan cepat terpengaruh bila ianya warna "PINK". Tak tau kenapa. Mama pun duk kata asyik PINK je. Mama suruh amik warna putih. Dengan cepat Pelangi jawab " Alahai , putih cepat kotor la mama... ".



Amacam ? Comel tak ?


Dah la Pelangi & Abah asyik duk ber-ayat kat Mama untuk handphone baru. Hek Hek Hek. Kita orang duk cakap memacam cakap pasal handphone samsung galaxy yang besar tu. Slow slow mama duk fikir. Jahat tol kita orang gunakan jalan pintas bila handphone mama rosak. Lalalalala... Memang Pelangi & Abah satu kepala bab kenakan mama. Heee :)


Lepas jejalan kat kbmall. Kbmall pun dah nak tutup. Kita orang sampai pun dah lewat , dalam 9.30 malam sampai. Mana sempat nak paww burger mcd seketul pun.


Dengan bijaksana , Pelangi slow slow cakap mama yang nak lepak sambil minum.  Ades ! Akhirnya Pelangi punya plan , Pelangi gak kena set kan nak pergi mana. Dua dua orang tu memang sesaje je. Btw , I love both of them. Mereka buah hati saya sampai syurga.


Pelangi dengan baiknya , pilih kedai dekat dengan rumah. Malas nak drive pergi jauh jauh plak. Pergi kopitiam je. Kedai hayaki. Pelangi order air bandung cincau. Best bro ! Mama makan abc , Abah pun tiru Pelangi dengan minum air bandung cincau. Yummy :)


Lepas makan rojak buah dan keropok. Beransur pulang dengan sopannya. Sopan la sangat. Sampai sini dulu warkah berlagu riang dari Pelangi. Warnai diri anda dengan kegembiraan bersama ibu bapa. Sayangi lah mereka dengan sebanyak mungkin , sampai infiniti :)


xoxo
kiss and big hug

Tuesday, June 14, 2011

korea ? mamat jambu ?

Assalamualaikum ....


Korea ? Drama korea ? Ades! Kebanyakkan para gadis sukakannya kan. Para ibu , para isteri pun tidak kurangnya. Dah melayan drama korea / movie korea , memang buat terus angau dengan hero. Itu sememangnya kan. Dah tak leh lari bab camtu. Hik Hik Hik


Sekarang pun , kat Malaysia dah kena wabak K-Pop kan. Memacam band dah serang warga negara kita dengan muzik ala-ala nak menari kan. Kebanyakkan semua radio selalu jugak putarkan lagu K-Pop. 

Apa pendapat korang dengan K-Pop ? Best ke tak? Pelangi suka :) 

Dah la hensem. Part menari , memang nak menari sekali. Heeee

Entry pendek je ni. Nak pergi kbmall dulu , nak shopping sikit. Jom layan video si sepet comel ni yang terbaru pasal K-Pop. Comel je dak matluthfi ni :)





Comel kan ? Rasa nak buat menantu je. Hek Hek Hek :)

Take care. Jaga diri. Jaga tutur kata.

xoxo
kiss and big hug

Monday, June 13, 2011

dari hati ke hati

Assalamualaikum dan Salam Ceria :)



Alhamdulillah arini sihat walafiat , walau badan ontheway nak demam. InsyaAllah tak demam. Mencegah lebih baik dari mengubatikan. Kesihatan itu adalah nikmat. Segala puji Yang Maha Kuasa , kita perlu bersyukur di atas kesihatan yang diberikan.


Bicara tentang cinta? Sungguh merumitkan untuk dipersoalkan. Semua manusia memang inginkan kesempurnaan dalam kisah cinta mereka. Mana mungkin ada manusia yang inginkan penderitaan melalui kisah cinta kan? Mustahil itu semua.


Diculik dari abang google.


Bak kata pepatah  " tak kenal maka tak cinta ". Betul kah pepatah itu mengatakan sedemikian? Kalau lah anda berkahwin dengan seseorang yang anda sendiri tidak kenal. Tidak kenal hati budi , tidak kenal perangai , tidak kenal segalanya. Mungkin raup wajah pun anda masih ragu ragu. Itu orang kata perkahwinan ditentukan oleh ibu bapa. Tapi kalau dah jodoh , Allah akan tetapkan hati.

Mungkin di zaman sekarang , ada yang mengatakan kita perlu bercinta sebelum kahwin. Betul ke pernyataan itu bagi pendapat anda? Perlu ke bercinta 8 hingga 10 tahun , bercinta macam nak rak. Tengok akhir sekali putus di tengah jalan. Perlu ke seperti itu?

Saya selaku ketua rumah di PELANGI CHENTA , bukannya pakar cinta , malah bukan pakar hati untuk merungkai segalanya. Tapi hanya bertanyakan pendapat anda semua. Bagi saya , cinta lepas kahwin lagi indah dari sebelum kahwin. Bila dah kahwin , walau kita tidak pernah bercinta dengannya. Tapi kita mencuba menyintainya. Boleh share segalanya. Boleh share makanan , share tempat tidur , share mimpi indah , share makanan kegemaran , share berus gigi , share tuala , semuanya dah halal kan. Sangat manis bila difikirkan.


Bila dah lepas kahwin , dah menjadi tanggungjawab suami isteri membina keluarga yang bahagia. Dengan apa cara sekalipun , dia telah sah menjadi suami/isteri. Dengan itu , wajib patuh dan cuba menyintainya secara slow slow. Pasti akhirnya membuahkan bunga. Seronok kan.

Sangat suka dengan ayat ni :

" Cintailah seseorang itu pada kekurangannya. Kerana suatu saat nanti kita akan bahagia dengan kelebihannya. Dan jangan pernah mencintai seseorang itu pada kelebihannya. Kerana pada suatu saat nanti kita akan kecewa ketika mengetahui kelemahannya ".




Lagu peveret :)

xoxo
kiss and big hug

Sunday, June 12, 2011

seronok makan nasi kenduri. tapi lagi best kalau ....

Assalamualaikum dan Salam Pinky :)


Horay ! Ni entry baru lepas lelah dari semua penat. Dalam 4 5 hari memang busy sangat. Tidur pun awal siot. Pukul 10 malam dah terlena dibuai mimpi. Abah mama pun terkejut burung hantu tidur awal semalam. Hek Hek Hek.


Kan selalunya Pelangi tidur di awal pagi. Tu yang dikatakan burung hantu. Dah penat , semua benda tak hirau dah. Hari khamis yang lalu (9Jun2011) , Pelangi attend wedding kawan. Kawan zaman sekolah. Kita orang sekelas form 4 dan form 5. Dalam hati punyalah jeles sebab dia dah kahwin. Pelangi jugak yang mem-bujang. Nak kahwin jugak. Nak jugak. Nak jugak. (miang tahap dewa).


Tu mulut je cakap nak kahwin. Tapi hati. Banyak lagi kena belajar okey untuk memikul tanggungjawab seorang ibu dan bakal menjadi seorang ibu. Kahwin bukan untuk suka-suka. Namun suatu kehidupan yang baru bukan dibawah tanggungan ibu bapa tapi seorang suami. Memang rasa tak layak lagi untuk menjadi seorang isteri. InsyaAllah dalam masa dari sekarang mencuba terbaik. Kita tak tau seru kahwin tu datang bila kan. Jodoh tak kemana , walau ke negara China sekali pun. Kalau dah berjodoh , pasti Allah akan temukan kamu.


Pelangi pergi kenduri tu dengan 2 orang kawan baik. Biasanya kami ber-empat. Yang sorang lagi tu ada kat KL. So , kami ber-tiga jelah. Pelangi selaku driver , dan 2 lagi tu penumpang yang tak henti berpot pet. Biasalah girls , dah jumpa kan. Semua nak share. Share is caring right ?


Cantik je pengantin dengan warna purple. Naik seri je tengok si pengantin duk bersanding. Aura kahwin tu harap harap cepat datang plak untuk Pelangi. Heee.. Yang menjadi masalah sekarang , Pelangi MALU nak bersanding. Aiseh! Malu weh. Semua mesti tengok kita kan. Memang malu lah. Cam mana lah Pelangi nanti ye.. (ish ish ish berangan lagi.. )

Lepas pergi kenduri , Pelangi dengan excited-nya mengajak si gadis 2 orang tu pergi pantai. Dengan berbaju kurung lagi tau pergi Pantai Cahaya Bulan. Wowooo.. Walaupun mata asyik duk tengok para manusia bawak boyfriend memasing. Memang kita orang lepak sebelah pasangan duk layan jiwa. Nak amik gambar pun naik segan dibuatnya tau. :)

Sampai sini dulu luahan hati Pelangi buat kali ni. Jom usha gambar.





Ni plak gambar masa kat pantai. Sangat ayu disitu dengan berbaju kurung kan.



Trimas sudi singgah ke PELANGI CHENTA. Walau kat hati sangat sedih , bagai ditusuk sembilu. InsyaAllah akan baik. Entry ni Pelangi pura pura senyum. Huuu. Take care. Babai :)




Sambil baca sambil layan lagu pengantin ni haaa. Baru MERIAH !!! Hehe =)

xoxo
kiss and big hug

Saturday, June 11, 2011

secret garden

Assalamualaikum


Hari ni , dengan baik hati nak review drama korea "Secret Garden" Mungkin orang lain dah lama review kan. Tapi Pelangi baru habis mengadap drama tu petang tadi. Bila part nak akhir , sangat sweet macam gula gula. Rasa nak cepat kahwin pun ada. Hehehe :)


******



Kisah yang berkaitan antara lelaki kaya dan gadis ganas. Si hero adalah Kim Joo Won (Hyeon Bin)  manakala heroinnya Gil Ra Im (Ha Ji Won). Berkisarkan si Kim Joo Won sebagai anak orang kaya dan CEO di sebuah syarikat dan Gil Ra Im anak kepada ahli bomba. Ayah Gil Ra Im sudah beberapa tahun telah meninggal dunia , dan Gil Ra Im bekerja sebagai stuntwoman di action school. Mereka berdua asyik berdua , Kim Joo Won memang mengetahui bahawa Gil Ra Im amat menyukai sepupunya , Oska (Yoon Sang Hyun). Iaitu artis. Sampaikan Gil Ra Im memakai stoking bercorak muka Oska. Memang peminat fanatik.


Pada suatu hari , Kim Joo Won dan Gil Ra Im sesat dalam hutan , dan seorang pakcik telah memberikan minuman yang menyebabkan mereka berdua bertukar jiwa. Jiwa Kim Joo Won dalam badan Gil Ra Im dan sebaliknya. Terdapat part yang sangat kompleks di mana mereka bertukar jiwa. Mereka dapat menukarkan balik kembali pada jasad masing masing apabila hujan turun.

Akhirnya cinta timbul antara mereka. Mendapat tentangan hebat daripada mak Kim Joo Won. Saksikan babak babak yang akan mengalirkan airmata.

*****

Pelangi ada jugak lah ter-menangis dalam siri tengok drama ni. Walau boleh dikatakan banyak minggu jugak lah baru habis tengok. Tak sempat nak tengok. Tu yang lama baru habiskan. Alhamdulillah. Boleh tahan lah drama ni. Walau pada mulanya , bagi Pelangi , drama ni boring sangat. Tapi bila dah banyak episod. Rasa teruja. Mereka comel :)

Part akhir , dapat 3 orang anak. Comel gilews. Sumpah comel :)



Sekian sudah kata kata manis dari drama ini. Jom habiskan masa korang mengadap gambar plak. Memang entry review drama korea akan cecah ke lantai. Maaf di pinta.


















semua gambar diculik dari abang google



Terima kasih daun keladi. Lain kali datang lagi. Luff you :)


xoxo
kiss and big hug
Related Posts with Thumbnails