Tuesday, May 31, 2011

bila gadis pink macam nak pengsan.



.... Assalamualaikum dan Selamat Malam ....



Bila mentari sudah kecundang , diganti dengan tugas sang bulan menerangi awan malam. Indah sungguh ciptaan Yang Esa. Tiada siapa dapat ubah kejadian alam yang sungguh nikmat. Bersyukur lah kita.


Hari ni , Pelangi dah set date nak hang out dengan kawan sekolah menengah dulu. Geng Pakatan Korea (GPK). Cheh ! Memang kaki layan korea lah kita orang. Tu yang dak kelas duk cakap kita orang (GPK). Rindu pulak zaman sekolah. Rindu nak buat nota sejarah (seriyes tipu.. HAHAHA)


Tapi , geng kami tak cukup sorang. Just bertiga jer tadi. Sorang lagi stay KL. Dia kerja. So, terpaksalah bertiga jela. Memang tadi dengan slumber rock pergi kedai buku Popular. Kononnya dalam hati "tak mahu dah tersangkut mana - mana novel dah. novel baru ni tak terbaca lagi..". Namun , semua itu tipu dusta belaka. Last - last , terbang gak duit dek sebuah novel "7 hari mencintaiku" by Siti Rosmizah.


Memang Pelangi tak leh nak kawal dah pasal novel sekarang. Rasa nak lempang je novel baru yang keluar. Adessss !


Nak cerita ni , fuh ! nak pengsan campur lempang sampai pengsan lah. Tadi dekat Popular kan , ada mamat tu. Asyik sangat lalu dan lalang depan mata Pelangi. Dah macam lalang dah bagi mata Pelangi
duk tengok dia lalu lalang. Pelangi buat cool je. Ala , biasalah kan. Takkan nak buat kedai tu macam bapak I punya kan. HAHAHA


Memang lama jugak la lepak Popular. Sambil tunggu kawan cari novel best. Pelangi pun dah naik jemu asyik baca sinopsis novel yang ada kat situ. So apa lagi , Pelangi saja pusing satu kedai. Pergi tengok buku ibu hamil la , usha pen warna warni la , tapi Pelangi tak plak usha boy hensem tahap dewa dewi. Takde masa nak usha lah. Semua boy hensem dikepit awekkan. Nahas lah Pelangi kalau gatal. Pelangi tak gatal. Sebab Pelangi mandi. HAHAHA


Dah namanya seharian duk jalan satu KBMALL , perut pun dah berdondang sayang lagi. Kita orang punya 'peveret' , semesti MCD. Walau dah tau benda tu banyak kolestrol. Sengal tol Pelangi kan. Makan punya lah lama. Biasalah semua cerita nak 'bukak' time makan tu. Dah lama tak jumpa. Mesti nak bergosip liar. Makan je ambik gambar. Makan je ambik gambar. Habis posing dah. HEHE :)



Dah siap isi perut , so jalan lah kat kedai cendarahati. Punyalah terkejut Pelangi ni haaaa bila disapa oleh mamat yang dah jadi lalang depan mata Pelangi kat kedai buku tadi. Dalam hati punya dialog "Eh ! Awat mamat lalang duk belakang !!". Dialog tu just dalam hati. Dia mintak nak berkenalan. Cheh ! Tektik lama la bro! Dah la siap nak bagi kertas kat tangan dia. Katanya nombor fon dia. Dia punya dialog camni "Awak amik la nombor saya , nak ke tak nak tepon tu lain cerita". Dialog hati Pelangi lak "Mamat ni kenapa. Kena sampuk hantu ke apa. Dah la tadi dah jadi lalang depan mata. Ni nak kenal bagai."..


Pelangi pun cakap kat dia yang Pelangi tak berminat. Takut la , manusia sekarangkan macam -macam. Bukan nak tuduh dia bukan - bukan. Tapi. Tu lumrah hidup sekarang kan. Kawan Pelangi pun cuak tadi. Kita orang cepat - cepat blah dari sana..


Tapi... Hari ni Pelangi ada terjumpa someone yang macam pernah tengok je time Form3 dulu. Memang tak silap. Jantung berdenyut kencang kot tadi. Siyes. Pelik betul. Macam dalam novel plak. Sebab Pelangi pernah ter-suka dekat dia kot time dulu. Time tu sekelas kat kursus untuk PMR anjuran Mara. Arini jumpa kembali. Adessss!

Pelangi pun terperasan dia pun ada terpandang pandang jugak. Haiyo! Tak nak ...


Pelangi dah malu ni. Sorok sorok belakang bantal. Nak akhiri kat sini dulu. Jaga diri. Babai :)



xoxo
kiss and big hug

Monday, May 30, 2011

doaku untuk mu sayang - wali band.

... Assalamualaikum dan GoodMorning ...




Emmmuahhhhhhh! Flying kiss pada sang gadis. Untuk sang kumbang , Pelangi kasi flying kick boleh? Heee . Gurau jer. Semoga ceria - ceria selalu. Jangan ditangisi masalah , sesungguhnya masalah itu penguat semangat kita untuk lebih maju ke depan , bukannya untuk menjadikan ianya sebagai titik noktah kepada segala pengorbanan kita selama ini untuk lebih berjaya.


Dah macam pakar motivasi plak pagi ni.


Jom dengar dan download terus mp3 lagu "Doaku Untuk Mu Sayang" oleh Wali Band. Peveret band Pelangi tau. Lagu - lagu mereka memang tiptop bagi Pelangi. Sapa minat Wali Band jugak? Meh la dengar lagu ni. Pagi - pagi dah layan perasaan dak Pelangi ni :)

Meh nyanyi sekali. Pelangi siap kasi lirik tu. Meh la. Hilangkan stress di pagi hari. Semoga ceria!




Doaku Untuk Mu Sayang - Wali Band

Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Reff :
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)




Untuk download mp3 , click kat sini. Terima kasih. Nak dengar cepat , meh dengar kat youtube ni :)





Terima kasih sudi singgah dan komen. Take care. Babai :)



xoxo
kiss and big hug

Saturday, May 28, 2011

inai di jari manismu.

..... Assalamualaikum ......



Ini bukan entry sebab Pelangi di gerbang perkahwinan. Adessss ! Bab khayal nak kahwin tu memang ada. Tapi belajar pun tak habis lagi. Kejar cita - cita dulu baru kejar cinta kan. Chewah!


Semua orang yang masih membujang mesti ada jugak yang fikir masa depan nak kahwin kan. Tipu lah kalau tak pernah fikir. Tak normal kot sapa yang tak pernah terfikir. Kan?

Bagi pasangan yang baru berkahwin dan akan berkahwin (sekarang musim cuti sekolah dah bermula , so banyak lah kenduri kan) , Selamat Pengantin Baru yea. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin..


Pelangi pun ada dapat tau kawan satu kelas dulu akan kahwin awal bulan Julai ni. Tak sangka kan. Cepat masa berlalu. Pelangi jugak masih membujang. Hik Hik Hik


Semalam , entah la Pelangi ni datang angin monsun barat daya kot. Pelangi ada terjumpa sepaket inai dari Mekah. Teringin plak nak pakai. Kahwin lambat lagi. So , terasa gak nak merasa pakai inai kan. Apa lagi , before tidur tu , pakai lah. Cheh ! Bukan main lagi kan.




Tau tak , zaman kecik dulu. Pelangi ANTI inai. Suka tengok orang nak kahwin pakai je. Tapi nak pakai kat jari sendiri hampessss. Suka inai yang tinggal kat kuku je. Tak suka inai yang masih baru tu. Heheee

Macam - macam lah Pelangi ni kan. Semalam siap jari tangan belah kiri semua berinai. Mula - mula kononnya nak pakai jari kelingking je. HAHAHA. Akhirnya kelima - lima pakai. Sengal tol. Tak tetap pendirian kan. Nampak comel plak. Tu yang pakai kelima - lima. Heeee..

Pelangi ada baca dari wall page Ustaz Azhar Idrus pasal inai yang berukir tu dilaknat Allah. Kan sekarang pengantin semua macam dah style suka inai ukir bunga lah kat jari tu haaa , kaki pun sama. Cantik memang cantik. Tapi macam dah betul betul ikut orang india punya dah.



Contoh inai berukir. Dua gambar di atas dipinjam dengan abang google :)


Jom kita merenung hadis kat bawah :


Dari Ibnu Umar ra katanya:Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.



Sama - samalah kita semua saling ingat - mengingati apa yang salah , apa yang betul. Sememangnya kita sebagai hamba tidak sempurna. Tapi kita mencuba menjadikan ianya sempurna. InsyaAllah :)


xoxo
kiss and big hug

Friday, May 27, 2011

geli geleman versi pelangi.

.. Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang Penuh Berkat ..



Rajin tahap Cinderella bila Pelangi asyik goyang kaki mengadap blog korang. Choi !! "Saya Memang Peng-Rajin Macam Gini ..." (buruk perangai puji diri sendiri)

Nak melalut sekali sekala dalam entry kali ni. Korang sihat sihat ke nie beb? Kalau tak sihat , makan ubat ek. Nak tunggu Pelangi suap lambat lagi. So , pandai - pandai lah nganger sendiri. Eh! Betul ke eja nganger cam gitu. Ntah! Lupa dah cam mana nak eja. Dulu time sekolah darjah enam , banyak gak karangan guna perkataan tu. Sekarang dah lembap otak nak eja cam mana. Heee ..




Hari ni jadual kat rumah macam biasa lah. Tak keluar pergi mana pun. Jadi anak dara yang terbaik sekali. Tak habiskan duit untuk mcd. Tak habiskan duit untuk minyak kereta. Tak habiskan duit untuk novel. Dan macam - macam jenis pembaziran lagi.

Jom layan jiwang nak malam ni. Pelangi kasi korang tangkap leleh la malam ni. Dah asyik sangat dengan hiphop , jazz , r&b , indie , dangdut dan bla bla bla. So , malam ni kita berjiwang !


Yeah ! (tepuk tangan sambil menari - nari ala ala chicken little , cute gitu...)




Amacam. Ingat kisah cinta dulu -dulu ke? Chewah ! Bukan main lagi korang ye. Nak kata rindu zaman cinta monyet zaman sekolah menengah lah tu kan. Usha awek pakai surat bagai. Romantik gitu. Lepas tu ingat makan sesama kat kantin. Dua - dua tersipu malu. Kan? Malam plak pasang radio , dengar lagu jiwang cam gini. Lagi lah sama sama makin rindu kan. Adessss ! Pelangi jugak takde kenangan bab cinta monyet masa zaman sekolah. Dulu tak gatal. Sekarang miang sikit jer. Sikit jer okey ..


Tak perlu lah Pelangi nak tulis lirik kat sini. Memang comfirm korang dah ingat lagu ni kan. Siap nyanyi time mandi lagi kan. Time rindu makwe makwe jambu korang tu , duk plak tepi tingkap. Cheh ! Jiwang gilewsss! Mavelesss lah macam tu. Sekarang tak pakai dah layan jiwang tepi tingkap , dah boleh webcam kan. Skype la , YM la. Dah maju kan sekarang. Rindu sikit , terus webcam kan. Kalau tak sempat nak online , 3G terus. Aduhai , teknologi kan. Dah hapuskan detik manis jiwang zaman dulu. Hehehe :)


Cau dulu yup. Peace !


xoxo
kiss and big hug

Thursday, May 26, 2011

terlanjur mencintaimu.

... Assalamualaikum dan Selamat Penuh Cinta ...



Chewah! Ni entry kedua untuk review novel. Novel yang pertama "Juara Carta Cinta" , boleh pergi baca kat sini. Terima kasih kepada yang baca. Yang hanya intai gambar je , takpe gak. Terima kasih jua ku ucapkan. Senyum selalu :)

Novel ke 2 adalah "Terlanjur Mencintaimu" dari Syamnuriezmil. Keluaran dari karya seni.


********


Novel ini yang terdiri daripada heronya adalah , Johan Iskandar (abang Jo yang dibahasakan kepada si kambingnya) dan Tengku Hanis Zulaikha (anak tunggal yang bersedih dengan kekasih hatinya dulu , Asyraff mencintai kawannya sendiri). Johan berada di ceruk kampung manakala Hanis pula berada di kota raya , Kuala Lumpur. Keluarga mereka mempunyai talian persahabatan yang erat. Kerana konflik dalam syarikat yang terdahulu , nenda Tengku Hanis telah wasiatkan banyak perkara sebelum meninggal. Nenda begitu rapat dengan cucu tersayangnya , si Tengku Hanis.

Dengan berita nendanya meninggal dunia pun sudah menyedihkan Tengku Hanis. Bila mendapat tau semua wasiat nendanya. Tengku Hanis makin tidak dapat menerima kenyataan , merasakan nendanya bersifat kejam kerana memaksanya berkahwin dengan orang yang dia tidak kenali. Entah hensem ke tak lah. Dalam wasiat tu , Tengku Hanis perlu berkahwin dengan Johan. Johan merupakan cucu kepada kawan baik nendanya. Jika wasiat itu tidak disempurnakan dalam masa yang ditetapkan , semua harta akan didermakan kepada anak yatim. Tengku Hanis tidak sampai hati mahu melihat kedua ibu bapanya merempat disebabkan kedegilannya mengikut wasiat nendanya.

Walaupun sudah berkahwin , Tengku Hanis tidak dapat menerima sepenuhnya suaminya itu. Johan tetap bersabar dengan ketentuanNya. Berbagai part yang penuh dengan romantis. Memang sungguh romantis. Walau Johan bersifat romantis untuk isterinya , namun tidak dapat mendapat tindak balas positif. Walau luaran Tengku Hanis seperti tidak menyukai suaminya. Namun dalam hati , Tengku Hanis suka dengan perangai Johan. Salah satu part yang best , bila Johan sentiasa menyambut ulang tahun perkahwinan setiap bulan. Bukannya setahun sekali , tapi sebulan sekali.

Dalam wasiat tu jugak menyatakan bahawa mereka perlu mendapatkan zuriat dalam masa ditetapkan. Macam mana nak dapatkan zuriat jika mereka berdua berkeras hati tidur dalam bilik yang berlainan.



Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha , tak ada ... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!".

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindui dan cemburu!".



Adakah mereka berdua akan berpisah disebabkan banyak masalah , lebih lagi memikirkan mengenai wasiat untuk mendapatkan zuriat ... ???

******

Memang best novel ni. Tak rugi nak baca. Buku ni terbaru dari Karya Seni. Cetakan pertama adalah Mac 2011. Harga tak mahal pun RM18.00. Dapatkan di pasaran untuk mengetahui babak romantis antara Johan dengan Tengku Hanis.


xoxo
kiss and big hug

setiap detik menemaniku.

... Assalamualaikum ...



Yang sentiasa menemaniku sekarang , bukan ada suami lagi pun nak bermanje setiap masa. Sadisnya. Novel jela yang dapat teman Pelangi.. Heeee. Banyak masa duk habiskan masa dengan baca novel. Dalam seminggu ni dah 2 novel dah khatam. Perghhh !

Mavelesssss !



Nanti esok lusa adalah entry review pasal novel tu. Malam ni tak menyempat nak membebel pasal novel tu. 2 hari lepas pun Pelangi kuar bersama si kawan baik. Pergi round satu Kbmall sampai penat kaki. Dah habis banyak duit , baru ingat jalan balik rumah.

Dah la time nak amik kawan dekat rumah dia. Siap duk syak wasangka dengan abang polis. Pelik binti ajaib tau tak. Abang polis (berkereta waja) macam duk cucuk cucuk bontot kereta6767 Pelangi tu. Pelangi siap bagi jalan lagi , tak nak pun potong. Tak tau lah abang polis tu nak mengorat ke apa. Haha (Perasan !!)



Habiskan masa dengan si kawan sampai petang. Memang mavelesss bila bab habiskan duit. Cekau plak 3 buah novel dekat popular. Ngeeee ..




Dah memang tak kisah bila kena bersila bagai atas lantai. Heeee.. Duk nak habiskan masa baca sinopsis novel novel kan. Nak pilih yang mana terbaik. Nasib baik tak baring je kat lantai tu. Dah la time tu ramai je yang lalu lalang duk senyum kat kita orang. Pelangi buat muka 50 sen jer. Buat pe nak malu. Bukan kita orang mencuri pun. Heeee :)


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, May 25, 2011

C I N T A.

.. Assalamualaikum ..


Bila bosan mula lah nak mengarut atau dengan kata lain. Nak bina minat baru. Nak jadi perunding rumahtangga. Bukan main lagi ye sekarang. Nak kata dah berkahwin , belum lagi. Tapi dengan rela dan suka nak jadi perunding rumahtangga. Diri sendiri takde rumah dan tangga pun lagi , tapi membina angan setinggi bintang di langit hitam.

Sudah sudah dengan imiginasi lapuk itu. Bertapak pada dunia nyata dan dunia sebenar. Bukannya menjadikan dunia maya sebagai dunia eksperimen hidup.

Cinta adakah perasaan kasih bersayang antara manusia. Tidak semestinya cinta itu wujud antara lelaki dan perempuan. Biasalah , bila dipersoalkan mengenai perkataan "cinta". Ia dianggap semangat berkasih kasihan antara remaja muda. Persepsi itu salah sama sekali.

Mungkin terjadi .

Cinta kan Allah.
Cinta kan Nabi.
Cinta kan Malaikat.
Cinta kan Al - Quran.
Cinta kan negara.
Cinta kan kucing / haiwan secomel - comel makhluk.
Cinta kan ayah ibu / abah mama / abi umi
Cinta kan pokok / pepohon menghijau
Cinta kan kereta / benda yang boleh membuatkan manusia habiskan wang ke arahnya.

Ala.. Sweet sweetnya bila boleh minum sesama. Boleh pulak share. Share is caring kan? (sebenarnya nak share sebab leh save bajet. Kan? Heeee)


Itu semua adalah CINTA. Bukannya CINTA itu hanyalah perasaan kasih daripada gadis cantik yang cun lagi comel dalam dunia bersama si jejaka hensem dan tidak berhingus serta telah baligh. Kalau benda itu semua masuk dalam exam SPM , pasti ramai yang salah jika hanya menjawab berdasarkan pemikiran otak tidak kreatif seperti itu. Kan?

Entry ini bukan untuk mengutuk remaja atau manusia yang sedang dilamun / jatuh cinta / sedang berkasih. Tapi hanyalah ringkasan kasar mengenai perkataan cinta , yang boleh membawa banyak maksud.

Bila sudah TER-jatuh hati atau menggerakkan saraf jantung menjadi lebih romantik. Kita akan merasakan semua benda amat manis.Ye bukan. Kalau ditelannya peria pun , pasti mengatakan ia nya sangat manis lagi sedap bukan. Tak mungkin bila kita sedang berada dalam zon romantik. Kita sentiasa sedih. Takkan lah. Mungkin bagi yang seperti itu , saraf otak sudah jem. Perlu dibaiki dan diskrukan dengan seketat mungkin.

Kenapa bila perkataan isu cinta dan kasih bersayang antara dua insan, perasaan rindu tidak pernah pudar. Chewah! Betul ke cinta itu membutakan manusia yang mana sememangnya manusia itu tidak buta. Atau pun hatinya menjadi buta bila berkasih? Menjadikan semua kerja / aktiviti tidak berjalan dengan lancar. Tidak selancar darah yang mengalir di dalam tubuh.

Dan menyebabkan manusia itu tidak dapat tidur lena (boleh teman burung hantu malam-malam kan) , makan pun tidak selera (dapat jimat duit , badan pun dapat diet) , mandi pun tak berapa nak basah (lagi lah untung , dapat jimat air , bil pun berapa ringgit je nanti). Ada faedah juga rupanya. Tapi semua tu mungkin ke berlaku dalam jangkamasa yang panjang seperti 10 tahun. Kalau lah perkara sedemikian berlaku berturut-turut berlaku dalam masa 10 tahun. Pasti duit dari makan , bil air , bla bla bla .. Dapat kumpul duit banyak kan. Lepas tu boleh kahwin cepat. Dapat anak cepat. Bangga pergi hantar anak pergi tadika , sebab dah ada suami / isteri yang hensem / cantik. Anak pun ikut papa mama dia. Cun punya perancangan.

Perancangan itu penting kan. Walau satu kerja pun tak jalan. Damn! Bila dipersoalkan mengenai kasih kekasih. Kenapakah bila cinta bersama kita , kita berasa muak / jemu yang amat sangat. Rasa dah penat nak melalui masalah dan dugaan yang menjadikan kita sentiasa murung. Nak study pun malas kan. Namun , bila cinta itu pergi , kita akan merinduinya. Kita akan tercari - cari ruang untuk itu. Memang manusia tidak sempurna kan. Pelik bila dikatakan mengenai hati dan perasaan. Susah nak memahami setiap situasi.

Betul kan manusia , bila sudah capai sesuatu. Semestinya tidak pernah mensyukurinya. Anggap ianya adalah suatu benda yang biasa. Tapi bila ianya hilang atau lesap , kita akan menyesal. Bak kata pepatah : Menyesal kemudian tidak berguna. Memang manusia cepat leka. Bila dah rasa ditinggalkan , baru rasa apa yang selama ini dikecapi itu adalah yang penting. Manusia tetap manusia.

Sentiasa dengan sikap dan sifat yang seperti sama dengan semua orang. Walau rambut sama hitam kan. Tapi , berkasih itu berpada - pada lah. Bila adanya jodoh , InsyaAllah dengan izin Tuhan. Pastinya kita akan bersama dengan yang tersayang. Walau jodoh itu kita serahkan pada Yang Maha Kuasa , tapi tidak semestinya kita duduk diam diam dan hanya menunggunya seperti bulan jatuh ke riba. Kena juga berusaha kan. Sebelum berjaya , usaha itu penting !

Bagi yang bakal berkahwin , selamat pengantin baru. Yang masih dalam tahap percintaan , terimalah seada lah perangai baik buruk pasangan mu. Yang buruk boleh diubah , bukan menjadikan perangai buruk itu sebagai titik noktah dalam berkasih. Yang buruk itu datangnya dari kita. Yang baik itu datangnya daripadaNYA.



Persoalan : Kenapa kah bila diperkatakan tentang cinta , mesti nak ada unsur berbentuk love. Hati / jantung kita tu berbentuk love ke? 


xoxo
kiss and big hug

Monday, May 23, 2011

jiwang karat besi paku.

.. Assalamualaikum dan Selamat Malam ..


Kali ni entry tahap maksima jiwang. Sampai paku boleh berkarat. Terlampau punya jiwang kata kan. Chewah ! Nak kata penulis novel tak jugak , nak cakap penulis lirik pun tak jugak , hanya manusia biasa , yang hanya mendapat Bahasa Malaysia dalam SPM A1 kot. Ngeee .


Saja duk gatal jari asyik nak tekan printscreen. Tu lah akibatnya , habis semua status berunsur jiwang sejak akhir - akhir ni copy. Hik Hik Hik .. Memang dasar takde kerja.



Meh sakitkan mata anda sambil baca status unsur miang keladi tahap maksima punya. Heeee ..













Heee... Selamat sakitkan mata korang dengan status jiwang. Sebelum tidur , pakai dulu losyen vaseline. Wangi semerbak. Pelangi suka pakai losyen tu. Sukakan jenis healthy white. Mimpi lena dengan bau yang wangi. Selamat malam semua. Mimpi indah yea semua. Take Care. Babai.


xoxo
kiss and big hug

Sunday, May 22, 2011

indahnya cinta by Nidji.

.. Assalamualaikum dan Salam Ceria bak Pelangi ..



Nak share video klip " Indahnya Cinta " by Nidji. The best ! Lagu yang penuh dengan kata - kata manis macam gula gula seposen dua. He He He ..

Vid ni memang colourful habis. I like sangat - sangat. Tapi kan , rambut kembang dah takde. Tak macam dalam vid lagu " Laskar Pelangi ". Heeee.. Korang tau tak Nidji tu maksud dia apa ? Nidji tu maknanya Pelangi dalam bahasa Jepun. Pelangi tau sebab pernah tanya student Jepun masa ada bengkel hari tu. Suka sangat dengan band Nidji. Meh layan lagu ni. Sambil nyanyi nyanyi. Kan Pelangi dah share lirik sekali. Leh la nyanyi sesama. Walau suara hancus pun , takpe , asal leh hilangkan stress. Jom !



Lirik Indahnya Cinta by Nidji

Oh jiwa muda
Mudah bercinta
Mudah putus juga

Hidup di dunia sementara
Pencarian di hati jangan lah berhenti
Hai jiwa muda cepat kejar cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua

Cinta masa muda
Cinta paling indah

Oh jiwa muda
Jangan sampai mudah menyerah
Semua demi cinta
Hai jiwa muda pertahankan cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua

Cinta masa muda
Cinta paling indah

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua

Cinta masa muda
 Cinta paling indah

Menghiasi jiwa untuk selamanya
Cinta masa muda 










Kalau nak download mp3 Indahnya Cinta boleh klik kat sini . Selamat berhujung minggu bagi yang belah KL ke mana-mana negeri yang off hari ni. Bagi Kelate plak , hari ni dah kerja kan. Selamat bekerja.

Walau happy semacam ke apa. Kena ingat peristiwa tanah runtuh tu, ada hikmah jadikan itu semua. Tahniah jugak pada rakyat Malaysia yang prihatin tentang berita yang terjadi pada anak-anak yatim. Dunia kita semakin tua. Seronok beronok pun , ingat akhirat kelak ye semua. Take care. Babai :)



xoxo
kiss and big hug

Saturday, May 21, 2011

sayang macam cucur sayangkan badak.

.. Assalamualaikum dan Salam Kasih lagi Cinta ..



Sweet tak title entry kali ni. He He He .. Meh nak baca sinopsis novel tu kat entry ni. Tu salah satu dialog dalam novel Juara Carta Cinta (JCC). Sungguh sweet bagi Pelangi. Nak cakap sayang sangat - sangat kan. Kan tak masuk kalau takde badak bila nak buat cucur. Heee.. Letak perkataan badak baru best ! Heee~


Mana yang tak pergi beli lagi. Cepat - cepat pergi cari. Nanti stok habis baru menyesal tak sudah. Tak rugi korang beli , nanti buat simpanan. Kasi cucu cicik boleh baca novel cinta. Heeee ..

koleksi novel kat rumah. sikit je kan.


Ni nak tunjuk Pelangi dapat feedback yang baik punya dari penulis novel JCC tu. Jangan jeles eak :)





Yang kat atas ni pelangi post dekat wall facebook penulis tu. Ingat tak terbalas. Rupanya beliau tak sombong. Siap layan Pelangi punya miang keladi mimpikan si Haiqal. Heeee :)

Gambar kat atas ni plak , Pelangi post kat wall page alaf21. Kalau tak percaya , pergi usha sendiri. Penulis JCC pun balas wall yang Pelangi send ni. Memang beliau baik hati dengan peminat. Terima Kasih Kak :)



Blog terbengkalai kejab bila asyik melayan novel , tak sempat nak blogwalking selalu. Maaf ye kawan - kawan. Tapi , bila Pelangi dah rindu nak blogwalking , memang Pelangi akan jejak korang. Meh bagi link kat komen ni , siapa yang nak duduk manis - manis dalam bloglist Warna Putera dan Warna Puteri. Babai :)




xoxo
kiss and big hug

Thursday, May 19, 2011

juara carta cinta.

.. Assalamualaikum dan Selamat Malam ..



Entry kali ni tak nak merepek walau tengah makan kerepek ubi perisa bbq. Nak review sikit pasal novel cinta cintun. Pelangi baru habis baca petang tadi. Nama novel tu , " Juara Carta Cinta " (JCC). Jom ! Pelangi nak review sikit kisah dia :)



*******

Berkisarkan kehidupan seorang anak gadis (Maya Harun) yang merupakan tuan kedai / big boss sebuah kedai cenderahati , yang mempunyai 2 orang pekerja. Kiranya Maya ni merupakan wanita berkerjaya la. Maya juga merupakan seorang penulis novel. Dia duduk seorang diri kat pangsapurinya. Lebih sukakan suasana sorang , daripada kalau bersama si rakan. Susah nak melayan kerenah manusia yang berlainan hati dan perasaan walau rambut sama hitam. Tak disangka yang jiran baru tu adalah bekas kekasihnya , si Haqiem. Tetapi sudah lama tidak mendapat khabar berita daripada lelaki itu. Mimi plak sepupu kepada Haqiem , perangai jenis yang tergedik - gedik , campur dengan seksi. Mimi memang ada hati dekat sepupunya itu dan sentiasa warning Maya tentang cintanya pada si Haqiem , disebabkan dia takut Maya merampas Haqiem daripadanya. Haqiem memang menyesal di atas perbuatan dia meninggalkan Maya dulu selepas mengetahui Maya sudah bertunang.



Suatu hari muncul plak jiran baru sebelah rumah dia lagi. Gadis sopan santun lagi ayu yang bernama Intan. Maya suka bersembang dengan Intan. Intan baru je berumah tangga , tapi suaminya ditugaskan di Australia beberapa bulan. Muncul plak babak dimana setiap pagi mesti ada budak penghantar bunga yang sentiasa menghantar bunga di kedai Maya. Maya sentiasa menerimanya , dan menganggapkan ianya daripada peminat novelnya. Akhirnya dapat tau bahawa jejaka hensem bernama Haiqal yang hanya perkenalkan dirinya sebagai pengawal keselamatan. Banyak detik di mana Maya dan Haiqal ni asyik bergaduh. Pergaduhan itu membawa kepada kasih dan rindu.



Maya terkejut apabila melihat Intan bersama Adnan. Adnan sebagai bekas tunangnya. Dulu mereka putuskan pertunangan disebabkan Adnan mendapat tahu bahawa Maya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain , iaitu dengan Haqiem. Akhirnya , kedua - dua jejaka meninggalkannya. Adnan yang sentiasa ingin bersemuka dengan Maya tapi dia sentiasa menjauhkan diri. Intan sudah tidah menjadi lemah lembut dan bersifat kasar dengan Maya apabila mendapat tahu yang Maya adalah bekas tunang Adnan. Suatu masa Intan memberikan karipap ber-inti kan julap menyebabkan pekerja Maya asyik berulang ke tandas , masa tu Maya berpuasa , tu yang dia tak merasa pun keenakkan karipap.



Maya pening dengan kehidupannya sekarang. Kedua - dua jirannya di sebelah kanan kiri iaitu Haqiem dan Adnan sentiasa mula menganggu kehidupannya. Dia buntu kenapa muncul kedua-duanya dalam masa yang sama. Banyak hari juga dia terpaksa menetap di rumah rakannya , disebabkan mahu menyembunyikan diri daripada dua jejaka tu.



Bila macam - macam telah berlaku. Maya sekarang terperangkap dengan 3 jejaka , Adnan , Haqiem dan Haiqal. Ada satu masa tu , Haiqal bawak Maya berpiknik. Bila nak balik , hujan turun dan kilat memancar - mancar. Haiqal terkejut bila tengok Maya jatuh rebah ke bumi disebabkan terkena panahan petir. Cepat - cepat dia bawa Maya ke hospital dan menelefon kakak Maya iaitu Zana yang sarat mengandung anak pertama. Dengan ketentuan Tuhan , Maya tidak mengalami kesan yang teruk. Sejak peristiwa itu , Haiqal dan Maya sentiasa keluar bersama walaupun mereka sentiasa bergaduh , biasalah dua-dua nak menang , dah la perangai Maya yang degil. Sejak itu jugak , Maya asyik bermimpi ngeri dan asyik pengsan. Mimpi pasal darah , anak kecil , pembunuhan , kedinginan , selendang merah dan macam-macam. Sampaikan Haiqal risau dengan Maya. Maya pun plak dipaksa berkahwin oleh mak ayahnya , walaupun dia masih tidak bersedia. Siapakah suami Maya ....?

 *******



Tu baru separuh daripada kisah  / babak dalam JCC. Nak tau dengan lebih lanjut pasal Adnan yang semakin dingin dengan Intan bila mengetahui Intan mandul dan siapakah pilihan hati Maya. Jangan lupa beli novel tu ye. Tak rugi punya...

Cover depan novel pun comel. Ada teddy bear lagi :)

xoxo
kiss and big hug

Wednesday, May 18, 2011

ke-pelangi-an ku terserlah.

.. Assalamualaikum dan Salam Kasih Rindu ..


Hari ni Pelangi nak jadi cikgu. Cita - cita zaman sekolah rendah dulu rasanya. Sekolah menengah pun ada jugak bercita - cita nak jadi cikgu. Kononnya lah kan. Dulu kan , otak tak ada jobs lain. Cikgu, doktor, polis, bomba , tu jela jobs yang bergelumang dalam minda bila cikgu asyik tanya bila dah besar kan. Biasalah tak matang lagi.


Hari ni , tetiba nak menyuara bab " P E L AN G I ". Korang duk sebut perkataan tu , ada ke yang tak tau amende tu wei. Tu kuih ke? Ke mangkuk tingkap ? Ke mangkuk meggi ? Ke tu mangkuk tandas?

Kalau ada yang tanya soalan berani mati macam tu dekat Pelangi. Memang rasa nak bagi siku tau tak. HAHA

Kejam tak Pelangi? Heee. Bagi siku dan percuma sebiji ciku. Haaa.. Amik kau !

Jom masa untuk belajar ! Kelas cikgu Pelangi. Semua duduk sopan-sopan. Bagi boys , jangan jeling girls. Yang girls plak, jangan duk kenyit - kenyit mata dekat boys. :)



Gambar ni Pelangi cekau dengan abang google. Heeee :)


Sememangnya pelangi itu muncul lepas hujan kan. Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Ianya adalah spektrum cahaya yang terukir di langit biru yang terhasil selepas hujan turun atau sedang hujan. Allah memberikan nikmat pelangi selepas hujan. Sungguh cantik ciptaanNya pada makhluknya.  Alhamdulillah kita semua yang sempurna dari segi penglihatan , dapat tengok pelangi. Bagi yang buta , ruginya kan tak dapat melihat macam mana pelangi. So, bersyukur kita sempurna :)


Duk sebut pelangi tu la , pelangi ni la. (macam ada banyak pelangi dalam dunia ni).. Tau ke susunan warna pelangi? Zaman sekolah dulu ada belajar kan , dalam sains. Ni korang otak ligat time belajar sains form 3 je. Dasyat - dasyat !


Meh nak bagitau susunan warna pelangi. Mulanya dari warna merah , jingga , kuning , hijau , biru , indigo dan violet. Mana nak suruh ingat dalam kepala otak susunan warna. Amik kertas dan salin , jangan tunggu lama-lama. Heeee ..


Pelangi ni ada banyak variasi. Antaranya adalah double rainbow , supernumerary rainbow , reflection rainbow , monochrome rainbow , circumhorizontol arc dan rainbows of titan. Korang boleh tengok variasi ni semua kat sini.

 

Ni plak gambar original punya. Pelangi just edit tulis pelangiphoto. Ni kat rumah sewa dulu kat Dungun. Time nak pergi kelas. Boleh plak ternampak ada pelangi. Snap terus. Memang time tu baru lepas hujan. Kalau nak tengok lebih dekat. Kasi lah tumbesaran pada gambar tu ye. Thanks :)



Yang ni pun sama. Hari yang sama seperti gambar di atas. Memang pagi tu ada bengkel power electronic. Tengah tunggu lecturer masuk, snap gambar dulu. Bukan senang nampak pelangi sejelas macam tu. Memang cantik anugerah Allah. Subhanallah :)



Setakat tu dulu kisah pelangi di awan biru. Nanti ada masa lagi, cikgu buat kelas lagi. Hek Hek Hek ..


xoxo
kiss and big hug

Monday, May 16, 2011

senyum manis manis macam gula batu.

... Assalamualaikum ...



Bukannya Pelangi ngigau hari ni tetiba nak update entry petang macam ni. Hati tengah berbunga - bunga macam musim bunga dekat korea. (sekarang Pelangi tak tau musim apa kat korea sana tu). Warna warni plak bunganya. Cantik kan. Pastu daun plak menghijau. Sungguh indah ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Syukur ..


Korang sihat tak hari ni. Pelangi riang ria raya plak hari ni. Senyum manis - manis sampai ke telinga (serius tipu). Alahai, kenapa manisnya gula eak. Kenapa gula tak masam macam mangga. Heeee ~


Yang ni entry geli - geliman jugak kan. Mesti korang geli kan. Please ketatkan muka anda. Pasang tali pinggang keledar. Bukan di kepala. Tapi di pinggang. (nada serius). Ingat naik kapal terbang firefly konon.


Korang korang.. Pelangi ada cakap dalam entry ni , yang nak jauhkan perasaan rindu tu. Pelangi dah habiskan money dengan beli 2 buah novel baru kan. Ni dah bahagian tengah dah novel tu. Esok memang habis lah tu. Baru jer mula baca semalam =)


Hari ni Pelangi happy dan happy lagi. Rindu terubat. Kalau lah si PM tu baca. Mesti lagi malu. Dah la habis status kat wall dia stalk. Pastu duk gelak manje. Chewah. Perasan la tu .. Memang malu habis. Tak leh cover dah ketermaluan ku. (ayat baru tu = ketermaluan) . HAHA. Macam malu sesangat lah. Camtu lah. Tak tau nak guna perkataan apa dah.



Cantikkan bokeh bentuk love kat atas tu. Ni Pelangi cekau dari abang google :)


Anyway, nak wish "Selamat Hari Guru" kepada guru-guru dan bakal guru. Jasa mu sungguh mulia dan murni. Dari tadika sampai ke peringkat universiti. Daripada tak tau satu huruf sampai ke peringkat nak capai degree dah. Terima kasih Cikgu. Walau kadang - kadang ku merungut , banyak sangat kerja sekolah. Banyak sangat aktiviti sukan , kokurikulum waktu dulu. Namun , diri ini sungguh merindui zaman itu. Semoga guru-guru semua sentiasa berjaya mendidik anak bangsa kita ke arah mencapai satu target yang membanggakan negara. InsyaAllah kita semua akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Bagi guru-guru yang telah meninggal dunia. Kita sedekahkan al-fatihah ..



Mesti minggu ni bebudak sekolah sibuk duk praktis nyanyi , nasyid , pantun , sajak dan sebagainya untuk sambutan hari guru kan. Rindunya nak zaman tu. Bila ada sambutan hari guru. Mesti best. Sebab sehari tu memang tak belajar kan. Lepas tu boleh balik awal. Memang nakal lah zaman sekolah dulu. Sekarang nakal lagi bertambah. Heeee ...


Sampai disitu dahulu bicara kata dari Pelangi yang duk tersenyum-senyum manis sampai duk drive pun duk senyum sesorang. Heeee :)

xoxo
kiss and big hug

Sunday, May 15, 2011

mahkota dewa

... Assalamualaikum dan Salam Ke-pelangian ...


Hai manusia makhluk alam maya yang duk habiskan masa berjam - jam depan laptop / pc / ipad. Yang pasti semua yang baca entry ni ada blog masing - masing kan .. Macam lah ada yang baca sangat entry kau wahai Pelangi. Ter-perasaan sorang - sorang lagi. DAMN !


Ni nak habak mai berita baik. Berita bagus punya buat masa ni.. Sila alert ! Heeee~


Entry ni nak kongsi satu produk minuman. Kopi Mahkota Dewa, yang terbaik dari ladang. Meh cuba yup :)


Belum cuba belum tau. Dah cuba mesti nak lagi dan lagi :) InsyaAllah ..

Kopi yang 14 dalam 1. Bukan 3 dalam 1. Bukan 6 dalam 1. TAPI ......

>> 14 DALAM 1 <<


Mana lah nak cari kan. Kandungan yang ada khasiat :

Krimer Bukan Tenusu, Kopi, Gula, Ekstrak Herba Mahkota Dewa, Ginseng, Lempoyang, Temulawak, Goji, Kayu Manis, Halia, Buah Pala, Kulit Manggis, Mengkudu & Jerangau...


Kopi ni pun mempunyai banyak khasiat. Antaranya adalah :

Mencegah kanser, penyakit jantung, hepatitis, kolestrol tinggi  melancarkan perjalanan darah, lenguh sendi, penyakit hati , mengurangkan berat badan, mengurangkan kadar gula dan menambahkan tenaga kelakian..

Kalau mahu keterangan lanjut, sila ke klik sini .. Atau boleh tanya pada Pelangi sendiri :)

xoxo
kiss and big hug

bila berperang dengan zina hati .

.. Assalamualaikum dan Salam Peluk Cium ..


Tengah taip entry dalam muka masam memcuka dan masam bak asam masin. Bibir pun jadi malas nak senyum. Kalau korang belanja aiskrim , mungkin jadi senyum kot :)


Bab menggemukkan badan tu adalah hobi terbaru bila berada kat home sweet home. Baru sweet kan bila jadi macam belon kan (sentap!! Heeeee~)


Tajuk entry bukan main macam alim gitu. Chewah chewah ! Zina hati .. Apa korang fikir haaa.. Ingat Pelangi ber-zina kah. Eiuwwwwww .. Sorry sikit ! Pelangi sangat senonoh okey. Haha ..


Bila rindu kan someone yang lain jantina, yang bukan adik beradik,orang jauh dari saudara mara.. Tu namanya zina hati kan. Tak elok merindui sebenarnya. Eiuwwww ...


Nak buat macam mana eakk tak nak bagi duk rindu rindu. Susah betul nak berperang dengan perasaan rindu tu. Tapi tak sweet cam gula batu ke kalau duk merindui .. Oh My Gosh !


Anyway, RINDU tu membawa ke arah perasaan SAYANG ke haaa .. Pelangi tanya pendapat korang ni..


Susah - susah bila berbicara pasal jantung dan hati ni. Hanya Tuhan yang tahu isi hati ni. Macam - macam yang sedap bergolak - galik. Rindu serindunya. Everytime duk stalk your profile .. Kejam tak ..




Lagu kat atas macam dalam hati Pelangi dah. Miang keladi kan Pelangi sekarang. Bukan selalu nak miang. Tapi, Pelangi masih ber-solo sekarang . Tak macam korang semua, dah ada bf. Dah ada gf . Meh la dengar lagu tu. Best sangat. Boys dari Brunei nie suara dia sangat kacak !   Love it :)


Walau hanya Pelangi sorang yang ter-perasaan sesorang. Biasalah pendam dalam jiwa je. Biar masa menentukan. Chewah ! Geli - geliman kan. Syok sendiri pun ada bila fikir. Tapi, lantak lah. Kenang beliau dalam doa. Senyum gatal nie .. Comel tak . Heeee ..


Awak, saya rindu awak. Walau kita baru kenal - kenal. Tak tahu kenapa saya jadi sesengal ni. DAMN !


Heeee.. Mentang - mentang dia tak tau Pelangi ada blog. Kalau dia usha. Mamposssssss ! Heeee..


Mesti dia senyum manis manis kan. Lagi Pelangi suka tau. Suka banyak - banyak macam bintang kat awan malam. Alahai. Jiwang la pulak. Eiuwwwwwww ... Mimpi indah kejab malam ni ..


Rindu plak kat Pangkor.. OMG ! Gatal lagi di situ.. Biar Pelangi duk buat muka gatal sorang - sorang. Tak nak goda anak teruna orang.. Fikir masa depan dulu, fikir cita - cita :)


Sampai ter-beli 2 buah novel plak hari ni. Kes tak nak fikir pasal zina hati tu. Kena mencuba yang terbaik untuk hindarinya kan. Semoga Allah tetapkan hati ku. Amin :)


Kejab lagi nak start lah baca novel tu. Harap dah tak ingat kat manusia tu. Heeee~ :)




Bubye semua. Ni entry paling geli gelian kot. Paling menggatal. Jangan mama baca sudah. Kalau tak, pasti tanya soalan pelik - pelik.


contohnya : " Kakak ado gewe doh eah .. "


Perlukan translate eak " Kakak ada pakwe dah ek .."


Sweet kan soalan tu. Tapi Pelangi yang akan jadi muka merah macam biji saga okey. Malu-malu meow ...



xoxo
kiss and big hug

Saturday, May 14, 2011

kau sejuk di tekak ku.

Assalamualaikum dan Selamat Malam Jumaat ..


Menaip dengan muka senyum ala-ala pelakon korea yang tengah di lamun cinta.. Chewah !! Suwitttttnyewwww.. Auwww .. Auwwwww  (Kalau cikgu bm baca ayat tu , mesti kena baling kapur . Punyalah ejaan salah kan) ..


Ni bukan entry berkasih dan bercinta bagai la.. Pelangi masih solo. Takde lah story pasal keluar makan berdua, tengok wayang, jalan - jalan ambik gambar sana sini. Walau takde si kumbang hati, tapi Pelangi tetap akan gembira sebab adanya keluarga tersayang. Mereka nadi hidup ku. Si kumbang hati tak bermakna akan bersama kita sampai akhir hayat kan. Sebab kita tak tau jodoh kan, tapi keluarga , sampai bila-bila. Tak kan berpisah walau onak duri melanda. Air yang dicincang tujuh ratus empat belas pun tetap tak kan putus :)


Oh Aiskrim ... Tu sebenarnya motif entry kali ni .. Tu memang kegemaran ku bila melangkah ke shopping mall. Mesti perut ni nak jugak mengidam benda alah yang sejuk tu ..



Aiskrim kan banyak perisa.. ada coklat, vanilla, strawberry, anggur ,  sarsi, epal, oren dan macam - macam perisa lagi lah .. Tapi bagi Pelangi lebih suka coklat. Fulamak ! Best tau waa cakap lue .. Atas taste masing - masing lah kan.. Lain orang lain ragam.. Sapa tak suka aiskrim ... ?? Sila gerakkan hidung cepat. Rugi betul kalau tak suka makan aiskrim.

Makan aiskrim tu nikmat tau. Makan sambil tutup mata. Fulamak, hayati aiskrim dengan sebaiknya kan..


Aiskrim yang dirindui sejak dah meningkat kedewasaan ni.. Aiskrim pertama makan. Time kecil dulu kan. Korang pernah makan tak.. Best woooo aiskrim ni. Dulu balik je fardu ain, terus kayuh basikal cepat-cepat, sebab nak basahkan tekak dengan aiskrim pong ni. Dulu seposen je. Kalau bagi duit syiling seringgit yang warna macam warna emas tu, dapat 10. Memang heaven lah masa tu duk makan. Dah la aiskrim ni leh plak main jimat. Boleh patahkan kepada dua. Satu untuk saya, satu untuk awak. Heeee.. Rasa nak makan la plak. Kat mana nak cari ni .. Huuu ..



Ni pun di antara golongan aiskrim yang paling murah dalam kamus kehidupan masa bebudak dulu. Sebab yang ni pun seposen satu jugak. Murah kan. Tapi yang jenis ni, aiskrim yang tuan kedai buat sendiri. Ada macam macam perisa. Ada rasa air sirap, jagung, oren, anggur, pisang, pandan, sarsi, ada yang letak asam masin, ada yang ada mangga.. Sedap tul dimakan waktu petang. Aiskrim ni nak makan dia, main gigit jer hujung yang bukan tempat ikatan. Sambil kayuh basikal nak balik rumah, boleh lagi mulut duk mengunyah aiskrim ni.



Okey, yang ni kiranya dah maju sikit lah kan. Aiskrim potong. Memang ada macam-macam perisa jugak. Pelangi paling suka yang kacang merah , coklat dan jagung. Best best ! Yang ni harga dia dah lupa la plak. Tapi zaman moden sekarang, harga dah jadi seringgit dah kan. Biasalah semua benda mahal.



" Mat Kool , Mat Kool kawanku. Mari kita ikut Mat Kool . Main-main selalu.(Ayat seterusnya dah lupa)... " Ingat la jugak lagu tu. Dulu dalam tv asyik dengan iklan tu kan. Memang bila keluar iklan aiskrim baru, terus pergi kedai. Nak rasa yang latest la konon. Aiskrim ni plak takde lah yang harga seposen. paling murah limapuluh sen kot atau tujuhpuluh sen. Dah lupa la plak. Yang ni makan time balik dari kelas tambahan. Memang menyejukkan tekak di waktu penat mengadap buku ..



" Nak yang tu.. Yang warna warni tu .. " kata ku pada si jurujual. Ingat lagi time tu. Memang suka paddle pop yang rainbow tu. Aiskrim jenis ni Pelangi memang suka beli dekat rumah. Sebab ada abang yang pakai cermin mata hitam naik motosikal yang jual. Motor dia comel tau, ada payung lagi, pastu ada pasang muzik. Kiranya macam up la skit dari aiskrim lain kan. Pasang muzik iklan paddle pop la. Tapi Pelangi dengan adik-adik suka nyanyi lagu ni bila dengar abang jual aiskrim tekan loceng. " Paddle pop, Paddle pop, menghabiskan duit mak bapak .." Heee.. Kita orang memang nakal. Takde lah menyanyi depan abang tu. Nak kena lempang laju-laju kot kalau nyanyi depan dia..



Aiskrim cornetto plak yang sekarang punya tiptop kan. Bebudak zaman sekarang dah tak makan aiskrim pong. Dia orang duk makan cornetto jer bila balik fardu ain. Biasalah zaman dah berubah kan. Cornetto memang mahal lah kalau nak dibandingkan dengan aiskrim pong tu. Berbagai jenis perisa jugak ada, siap ada kacang , jeli strawberry la, hazelnut la .. macam-macam ada :)


Baskrin Robbins pun dah tak asing lagi pada dunia kanak-kanak kan. Sedap tu memang sedap. Tapi bab harga memang hebat la jugak. Mahal la jugak kan. Kalau pergi kat mall, memang ramai lah orang duk beratur nak beli aiskrim BR ni. Heeee..


Aiskrim ni kan boleh hilangkan tension. Cuba korang pergi beli aiskrim time korang tengah tension. Pening dengan assignment yang berlonggok-longgok, final projek yang belum complete, esok lusa nak final exam ke.. Pergi lah menikmati aiskrim. Mesti korang punya tahap bengang tu hilang :)

Ada jugak kan nak melamar. Kononnya sweet kan. Memang suuuwiittt pon. Heeeee .. Letak cincin dalam aiskrim. Chewah ! Pastu makan aiskrim kongsi dalam mangkuk yang sama.. So sweet :)

Makan aiskrim pun, jangan lah makan setiap hari. Nanti tak elok jugak asyik makan selalu kan ..

Kalau makan aiskrim tu, ingat la jugak kat Pelangi ni. Pelangi nak jugak. Hek Hek Hek ...



Sampai sini dulu kisah aiskrim.. Heeee .. Memang entry dah mencecah lantai dah ni. Korang suka makan aiskrim perisa apa  yewww .. Saja nak tau, ada tak peminat aiskrim perisa coklat... Gambar aiskrim kat atas tu semuanya dari abang google. Terima kasih abang google .. Babai ...


xoxo
kiss and big hug

Monday, May 9, 2011

I'm Lovin' It .

Assalamualaikum :)



Apa khabar semua.. Harap semuanya sihat walafiat. Amin :)
Boleh plak kan tengah cuti panjang. Tapi tak update blog. Kesian betul. Rindu nak menaip tu memang ada. Tapi, masa tak mengizinkan.

Chewah ! Macam busy kalah Perdana Menteri . . .

Bukan busy kerja. Tapi duk goyang kaki kat rumah. Bermalasan nak berso-sial kat social network. Tu yang dirasakan oleh hati yang suci lagi bersih. Heee ..

Pastu busy duk arrange pasal kedai. Kononnya kedai sendiri lah kan. Sebenarnya hanyalah game. Game facebook. Habis game yang ada sangkut paut dengan masak memasak. Semua Pelangi main.. Tu yang lagak busy gilews tu :)

Korang ada main tak game - game dalam facebook tu .. Ke korang dah main lama dah ..? Kot-kot Pelangi dah ketinggalan zaman dah kan , sebab baru nak main. Mangkuk tandas betul kan. Bukan apa, before this tak tertarik lagi nak klik kat bahagian games. Sejak cuti panjang, rasa cam best jugak kalau layan games. Tu yang sekarang baru terjebak. Okey lah, stop pasal games tu semua .

Nak cerita pasal pergi makan bersama dengan kekasih gelap. Hensem, poket tebal, perghhh! sayang sangat-sangat. Aduhai. . .

Korang ada kekasih hati. Pelangi pun ada jugak. Tapi tu kekasih sampai mati. Sampai ke akhirat.  :)

Nak tau sapa tak.. My abah lah. Ngeeee.. Sapa tak sayang abah, daddy, papa, ayah kan. Semua orang sayang kan. 2 hari lepas, sempat lepak Mcdonalds dengan my abah dan my adikbongsu. Sambil tunggu mama habis dinner dengan rakan. So, kita orang isi perot kat sana. Phewit ! Dapat gak paww 3 gelas coke. Colour purple tau. Tak sabar nak jejak Mcdonalds bila gelas warna pink keluar. Heee..

Korang semua jangan lupa pergi habiskan money korang kat Mcdonalds ye untuk kumpul gelas comel comel tu :)



Setiap warna gelas nie, ada tarikh tertentu. Nak tau tarikh selanjutnya, jom ke Mcdonalds.
Sememangnya Pelangi hantu MCD . Memang peveret lah MCD ni. Bleh jadi duta tak agak-agak . Heeee~




Itu kaki wangi Pelangi. Heeee~ Kaki pun happy dapat terjah Mcdonalds. Babai semua. :)

xoxo
kiss and big hug

Thursday, May 5, 2011

bila AP ku belai.

Assalamualaikum ... dan Salam Ceria bak pelangi lepas hujan :)



Thanks pada readers yang sudi baca warkah Pelangi yang tak seberapa.. Kalau takde orang baca pun takpe lah, nak buat macam mana kan.. Sapa lah Pelangi nie kan..

Bukan Artis.. Bukan Model.. Bukan Pakar Kecantikan.. Bukan Ahli Politik.. Bukan Pakar Motivasi.. Bukan Ahli Tinju.. Bukan Raja Lawak.. Bukan Imam Muda.. Bukan Cikgu Besar .. Bukan Warden Sekolah.. Bukan Doktor Kucing .. Bukan Pemandu Lori Ais Cap Madu.. Bukan Polis Trafik .. Bukan Cashier kat Yati Ayam Percik.. Pelangi adalah Pelangi :)

Jadi diri sendiri .. Tak perlu nak jadi orang lain semata-mata untuk dapat pemerhatian orang lain .. Be yourself * pergghhhhh ! cakap omputeh ... *


Kelmarin bukan main lagi duk layan AP.. Memang serius rindu dan kasih tol pada beliau.. Dah lama tak curahkan kasih sayang .. Akhirnya tercurah gak :)


I Love You Lahhhh :)       * romantik tak  Pelangi .. Heeee ~ *



Walau AP tu tidak lah sehensem pelakon korea.. Tapi Pelangi sayang jugak kat beliau.. Hensem tak kekal lama kan.. Bila dah tua, kerepot jugak akhirnya..kan ...

AP tu kan sebenar kan .... Ermmmmm, susahnya nak story-mory.. AP tu adalah " Adobe Photoshop "... Heee.. Kelmarin sangat bosan, so, jari comel ni haaa tetibe tertekan AP tu :)

Last-last, terlahir plak header baru.. Yang kat atas tu :)

Simple jew, Pelangi bukannya budak art and design .. so tu yang simple :)

Ni kat bawah hasil Pelangi duk geletek dengan AP.. Hasilnya yang tak seberapa :)




Bagi korang.. Nak bagi berapa bintang ( /5) .. Tak kisah korang nak bagi markah negatif pun.. Cuma nak tahu .. Jangan malu - malu  :)

Thanks . Papai .. * flying kiss ... *


xoxo
kiss and big hug

Tuesday, May 3, 2011

kau di hatiku.

Assalamualaikum .. dan Selamat Malam :)



Hai korang !! Rindunya nak blogwalking.. Lama betul Pelangi menyorok dengan blog nie.. Kangen sesangat tau.. Mentang-mentang duk pasang lagu kangen band. Terus cakap indon plak. Haish !! Sekarang duk menaip dalam mood happy tahap MAKSIMA okey.. Disebabkan apa ye.. Cuba korang teka.. Takpew lah, tak payah nak teka bagai.. Meh nak habak mai ..

Pelangi dah balik negeri.. Sapa yang tak happy kan kalau boleh manje-manje dengan mama abah.. heeee :)

Dengan meow pun Pelangi manje-manje jugak.. Jangan jeles eh ..


ni gambar terbaru tau.. terbaru dari ladang lagi.. baru petang tadi ni.. Pelangi buli meoww kesayangan.. comel kan si meow nie.. aduhai.. :)



meowww , dikau tetap di hati ku ..


Last exam sebenarnya dah lama berlalu. 25April tarikhnya..Tapi disebabkan Pelangi join kursus..Tu yang baru dapat tampal berita kali ini.. Harap korang semuanya sihat walafiat ye.. Hari ni hari ke dua kat rumah.. Alhamdulillah dapat makan macam - macam dah . Syukur :)

Malam tadi siap dinner dengan ayam percik, tomyam campur .. Pastu ada plak macam-macam kuih.. Boleh plak arini makan kuih jala emas. Kuih yang warna kuning keemasan .. Ni bukan jala or pukat yang nelayan guna tu.. Tapi tu kuih orang kelate.. Heeee ...

Sapa pernah makan angkat kening cepat.. Nak tengok kening masing-masing, comel ke tak ..

Sampai sini dulu berita yang pertama bagi musim cuti . Sari berita utama.. Heeee :)



xoxo
kiss and big hug
Related Posts with Thumbnails