Wednesday, December 29, 2010

maggi itu sedap. yummyyyy.

Assalamualaikum dan Salam Senyum

apa khabar masyarakat blog hari ini. harap-harap kalian sehat yew semua. yawwww ! tak nak sakit-sakit. kalau sakit, cepat lah isi perot kamu dengan ubat. okeyyy. janji makan ubat taww. tak payah nak takut lah. ubat tu kechik jew, tu pun nak takut kee. tak rock langsung !

buat muka bosan tahan mata baca status rakan facebook yang asyik dengan BOLA. 

maaf yeee. aku bukan penggemar sukan bola. hanya menonton siapa yang "kacak" boleh la. kalau nak melayan sebab nak tengok siapa jaringkan gol. OMG tak sanggup nak tunggu okeyy. kasi mau tidur jew tengok pemain duk berebut bola yang satu tu. rasa nak bagi jerk mereka tu bola banyak-banyak. pastu dah tak payah nak berebut. sorry yeww kaki bola yang juga kaki blog, sebab aku ni kaki bangku kan. senyum macam rapunzel. perrgghhhhh! cantek dan kiut miut kan. *saje nak perasan kejab.

ni haa nak bagitau, dinner malam ni hidangan 5 bintang bagi seorang student kot. punyelah okey kan sebab 5 bintang kan. ala-ala makan kat hotel gitu.dah melalut tak tentu pasal dah ni. ke sebab makan benda alah tu. rasa-rasa tak kan lah kot. kan kan kan.

korang kalau jadi student ofcoz suka jugak menjamu juadah istimewa ni kan. kalau korang tak pernah. macam tipu la kan. kekadang ada yang sampai order kat kedai. punyelah mengidam hidangan time jadi student kan. okelahh aku bagitau lah. tada ! satu mangkuk maggi. wahahaha =)

.comel tak mangkuk hidangan 5 bintangku. rindu mama sangat. please hantar jumpa mama.

hidangan 5 bintang. makan tak habis pun tadi. tapi takpe itu rezeki malam ini.

dah tau makan benda alah tu tak elok. tapi still penuhkan stok makanan dalam almari tu dengan benda alah tu. siap dua bungkus lagi abah belikan. bagus tak abah ku. prihatin. dia tau anak dia kempunan apa kalau duk kolej. so, dia tau lah makanan student kan. terima kasih abah memahami. kekadang kat rumah, abah pun suka suruh mama masak hidangan ala-ala 5 bintang ni tau. tapi makan benda alah tu takleh diamalkan selalu. nanti botak kepala. kan nak jadi rapunzel, kena kurangkan makan benda alah tu. . .

aritu dah kena warning dengan mama tersayang dah. mama cakap awal-awal sem dah ngap hidangan teristimewa tu dah. nanti kepala jadi botak. so, dengan pantas. ikat perot dengan minum air masak banyak banyak. memang lah aku pun takdelah nak jadikan hidangan 5 bintang tu makanan peveretku dalam hidupku. tapi sekadar isi perot bila terasa sedikit lapar. huahuahua ^____^

orang semua mengadap tv, layan bolaaaaaa. aku pulak mengadap lappy. dah la keseorangan. rasa nak pergi tepi tasik. baring baring kat situ. pastu tengok bintang kat awan. romantik tak. heeeee | dah la dengan yang tersayang. perghhhhhhh! bikin lagi romantis. *berangan jadi hobi nombor satu bila bosan.

nak stop sini dulu entry hidangan kali ini. see u next time. jaga diri. semoga Malaysia menang !! *tetibe je.

xoxo
kiss ang big hug

Monday, December 27, 2010

hai busy. saya benci awak.

.Assalamualaikum dan Salam Senyum.


everybody here . . .
kalau takde pun, si debab Geno sentiasa ada teman si muncit tu kan. tak caya tengok kat atas sana cepattt !! bukan atas siling la cik kak dan cik abang sekalian. tapi kat atas blog ni haaa. kan ada si penghias pelangi chenta nie. model la kononnye kan. model jalanan kot. wahahaaaa ^____^

huhhhh *keluhan yang tak ingin buat lagi. tak elok kan asyik dengan keluhan. kena senyum baru chomeyy kan. kan kan kan. cam sape eak? entah. cam katak kot. wahaaa! =)

.semakin debab macam encik Geno. please lemak sila cair. ahaaaa !.

boleh tak rasa cam hilang tension dalam 20%. (SENYUM SINIS). korang kena senyum manje-manje. takyah gatal nak tiru eakk. tak hensem nanti. hari nie boleh dikatakan kelas dah betul betul start. last week, banyak kelas telah daku ponteng (sangat jahatkah diri ini..) tetibe terasa otai la plak. padahal maseh seperti kanak-kanak ribena kat uni ni. macam kekanak yang bawak bekal air ribena pergi sekolah. alahai chomeyy nyeewww kannn. rase nak chubit chubit laju jerppppp. . .

memeng fenat gilessssssssssssss arini *banyak ssssssssssss maknanyeee sangat-sangat. (harap korang bersabar yeeee baca entry mogok penat niey). kelas arini start kul 9.00pagi yeee. start plak kelas rekabentuk aturcara *sambungan programming dol. memang baby doll tul. memang rasewww cam tergelak geli geli macam agar-agar pelangi pun ade bila dengar balik perkataan " P R O G R A M M I N G ". kalau boleyh buat nama anak, dah lama mengidam nak kasi tuk anak first. tapi tak boleh.*abaikan kemelalutan diri ini. stop berdrama wahai pelangi. ahaaaa :)

.candid la plak. tetiba mama snap this picture. trima kasih chenta hati saya.  i love u more mama !.

arini tetibe jadi pelajar terbaik wokkk ! nak tau napew tak. sebab sampai bilik pun dah pukul 7.30petang. dari pagi sampai petang tak balik bilik. busy dengan kelas yang padat lebih pada ikan sardin dalam tin haaaa. dengan lemah gemalai ala-ala gadis tak berapa nak ayu la berjalan  balik kolej sesorang lepas habis kelas pukul 7.00petang. dalam hati penuh dengan anasir anasir tidak baik. fikiran tidak buruk jerk time jalan-jalan lenggang.dah namanya maghrib yup, anak gadis plak tu. sape tak takut jejalan seseorang weyhhh. dah la naek tangga tinggi plak nak balik istana. ala-ala kolej atas awan la konon. *naek tangga tu betul la, tapi hal kolej atas awan tu sumpah tipu. wahahaa. dah sampai jerpp bilik, nak la manjewkan diri dengan buih sabun comeyy. tapi mana tak bengang kan, air plak wat hal. tetibe plak dia tak mau menjalankan tugas. sape plak dah yang pergi minum air banyak-banyak sampaikan takde air kat aras atas nie. last last mandi kat aras bawah jela. dah wangi okeyyyyy ! 

nah kasi bau sikit. hurrrrmmmmmmm. . . wangi siot kannn. pakai bedak carriey junior lagi okeyyy;) promote la plak dahhhh. . .

cukuplahh warkah dariku niey haaa. rindu oh my sayang. semoga cepat sihat. i always miss u.see you. take care :)

xoxo
kiss and big hug

Saturday, December 25, 2010

abah mama warnaku.

.Assalamualaikum dan Salam Senyum.

hey hey ! rindu nak bermadu kasih dengan pelangi chenta. rindu sesangatttt ! fullstop ! boleh tak nak hebah sikit pasal " mereka terHEBAT ". korang ada tak mereka tu?? siapakah mereka?? ala yang tu laa, yang comey comey, gebu gebu, ensem ensem, kacak kacak, chantek chantek tuuu. takde eak? takpelah. saje jerk nak buat lawak tak berapa nak bodoh. kan. eheee | mereka terHEBAT adalah my sayang sampai bila-bila. takde sape-sape leh tukar dan jual beli okey :) mereka yang sangat ku sayang sampai akhir nafasku. mereka terbaik lah pada ku. thanks God. aku dikurniakan dalam keluarga yang cukup bahagia dan mereka the best. wow ! tepuk tangan kat mereka kejab. :)

.malam yang sangat best dengan pemandangan yang WOW !! dapat tengok seluruh bandar KL dari atas.
boleh tak nak bagitau bahawa sekarang aku tengah buat show dalam bilik sorang sorang sambil airmata turun dengan meriahnya. kat US sana salji turun, kat sini air hujan plak dah turun. habis basah pipi. arghhhh ! aku tak sekuat superhero nak tewaskan perasaan bila dah sedih bagai. -____-

dah banyak hari jugak lah aku tak berblogjogging kat blog kengkawan semua kan. sekarang baru dapat peluk cium my lappy sayang haa. dalam beberapa hari stay dengan family. bila dia orang datang kl. sebab abah ada meeting. walau rasa sekejab dapat bermanje kasih. tapi dapat jugaklah sembuhkan homesick aku ni kan. terima kasih mama abah. i always love u forever and ever. emmmuaaaahhhhh. . .

walau kekadang aku ni nak tunjuk hero la konon yang aku ni tak mudah gugurkan air hujan kat pipi. tapi macam tak boleh lah. hatiku yang mudah tersentuh bila ingat pasal mereka yang terHEBAT tu. tadi peluk cium mama pun dah sayu hati. tapi tarik nafas panjang sebab tak nak kasi air hujan turun. nanti mama pasti sayu lagi kan. semoga mereka sentiasa sihat dan kita akan menjadi keluarga yang paling bahagia dalam dunia ini sampai bila-bila. amin. .

insyaAllah kakak akan menjadi yang terbaik untuk mereka. kakak akan buktikan bahawa anak gadis mama yang sorang ni boleh berjaya dan banggakan nama mama abah dan hadiahkan segulung ijazah dalam 2 tahun lagi. mama abah idolaku. kata-kata perangsang dan semangat sentiasa di minda. semoga Allah sentiasa tunjukkan kami ke jalan yang lurus dan diberkati olehNya serta jauhi lah kami dari jalan yang penuh dengan kemurkaanNya. . .

.bersyukur di kurniakan dalam keluarga yang super duper bahagia.ni tak dapat masuk dalam aquaria, amek gambar pun jadilah, thanks abah selaku photographer.eheee.

dalam rindu aku menatap gambar semalam. time kita orang jejalan kat klcc. i miss u a lot :(

mereka terHEBAT sentiasa di jiwa ku :)

xoxo
kiss and big hug

Tuesday, December 21, 2010

seksi itu menarik ke.

.Assalamualaikum dan Salam Senyum.


hey kawan semua ! bicara lagi kali ini. bagi sesapa yang sebelum ni tak pernah nak baca entry ku. tetibe rajin plak arini nak sakitkan mata bait-bait ku. ni nak habak mai, ini entry bukan nak tunjuk keseksian ku. chewahh ! tapi saja nak tanya pendapat kengkawan sekalian. seperti yang kita maklumkan. contohnya kita letak gambar ataupun publishkan gambar kita yang penuh dengan seksi dan mengiurkan *bahasa untuk para blogger 18 ke atas* serta seksa memandangnya. memang ramai lah yang tambah anda sebagai rakan. betul ke tak ? anda rasa-rasa kan. cuba fikir positif. walau seseksi mana kan. tapi ramai yang suka nak tonton. bagi lelaki yang tak berapa nak fikir panjang dan terasa nak berkawan jugak. memang 'add friend' terus kan. memang tak dinafikan bahawa sememangnya si kumbang akan menyukai si bunga kan. itu lumrah alam kan. yang telah ditetapkan olehNya dimana si lelaki dengan si perempuan.
 

dengan picha picha keseksian semua tu tetibe dapat dosa free free jewkan. senang jerk kan nak dapat dosa ni. *bukan nak tunjuk alim*. tapi sama-sama kita ingatkan diri kita masing-masing. sememangnya kita sebagai manusia ada salah dan silapkan. tetibe isu ni keluar bila tadi duk usha si facebook kengkawan. sampai beribu-ribu friends dia. sebab dia dedah sana. dedah sini. menarik kan bagi sang kumbang. huahua | sama-sama kita renungkan mana yang baik, mana yang buruk kan. pelangi pun bukan ustazah nak nasihat apa. saje jerk nak luahkan isu penting nieyh. kalau korang ada kata-kata nak luah ke nak komen ke pasal isu ni. meh berdebat ke ruangan komen. babai .

xoxo
kiss and big hug

Monday, December 20, 2010

hye kesunyian.

.Assalamualaikum dan Salam Sunyi.


moshi moshi. first entry berada di uni untuk second sem. mood sangat sangat tak bermood. macam mana tu kan. sungguh takde mood sangat kot. | *memang giles takde feeling. rasa nothing dan blank. dah start kembali pada silent rider. bukan nak tunjuk macho la konon. tapi memang suratan. dah kembali part sunyi. jadi budak baik dalam bilik. senyap je kan. kalau kat rumah. budak paling bising. bercakap tak henti henti. sampaikan dengan kucing pun nak bermesyuarat. bila kat hostel nie. jadi macam bisu plak. duduk diam-diam. teman lappy jerk. tue jewla kerja kan. kalau lah si teman baik duduk bilik bersama. memang gempak habis lah. tapi nak buat cam mana. tahun 1 still sama bilik dan sama roomate. tak boleh tukar tukar kan. entry kali ni bukan nak tunjuk mogok okey. tapi tapi. rasa tidak kepuassan hati kot. bila pergi kelas jewla leh cakap cakap dan cakap. ahaha |

.comelkan si meow nie. buat jadi rindu nak kacau si meow kat rumah yg tengah tidur. kredit pada encik google.

rasa rindu plak kat rumah. tapi doakan jela diri ni cepat cepat habiskan homesick nie. insyaAllah. mama abah dan family nak datang KL. so, leh la jumpa lagi kan. bestnyeee! tak sabar. nie nak makan pun tak selera. hati masih kat rumah sana. pagi tadi 1st day untuk sem ni. takde plak kelas. buat penat siap awal-awal. eheee 


new sem new aim new me :)
 
okeylah kengkawan sekalian. pelangi nak out dulu. nanti ada masa preeee, pelangi blogwalking yee. ni nak siap-siap. pukul 2 jab lagi ada kelas. arini kelas sampai pukul 7. sangat fenatt ! tapi takpelahh adat kan. take care. senyum selalu. 

xoxo
kiss and big hug

Saturday, December 18, 2010

tata katil. tata meow.

.Assalamualaikum dan Salam Kesejukan.

Tahan sejuk kejab taip bait-bait yang terluah di minda pink ku. chewahhh !! ayat cam bajet cool la tu. sebenarnye tak cool langsung. memalukan betol kan. lantak la. asal terluah jugak di paparan ni. perggggghhhh ! dah la musim sejuk. kenapa dan kenapa perlu pergi dah. hati ini tak rela lagi nak berjauhan dengan keselesaan ini. makan semua sedap sedap. kasi lemak pipi bertambah 2 inci. haha | walau kasi lemak bertambah tambah. tapi suka duk rumah. best sesangat. sape tak sayang rumah sendiri kan. rindu dan rindu. rindu banyak banyak. macam pasir kat pantai *punyalah puitis kata-kata.

.credit pada encik google.xoxo~

kelmarin mintak my lovely mama masak udang masak merah bersama si petai. memang sedap sampai tambah nasi. walau dalam hati sedih, tapi nasi siap bertambah tambah. apa motifnya. motifnya nak tunjuk gagah boleh makan banyak-banyak. nanti tak leh nak makan sedap macam tu kat uni. sebab makcik indon tu tak pandai masak macam mama. masakan mama terbaik dan power habis. kasi anak dia makin naik lemak kat rumah. thanks mama. i love u forever and ever

ini entry last berada kat rumah. malam ni dah naik bas. menuju ke tempat menuntut ilmu. semoga selamat sampai. doakan pelangi ye kawan-kawan. harap korang sentiasa sehat ye. kalau tak sehat, sila lah makan ubat yeee. kat kelantan ni ha, asyik hujan. macam turut sedih sebab pelangi dah nak pergi.*saje je nak buat ayat sedih tak pasal-pasal kan. kat sini sajalah entry sedih kali ni. tetibe rasa dah masyuk dengar lagu dari travie mccoy iaitu i'll be alright. best sangat. korang dengar la kalau ada masa. :)

xoxo
kiss and hug

Thursday, December 16, 2010

mereka ter-hebat.

.Assalamualaikum dan Salam Warna Warni.


malam ni tetibe terasa nak post entry selepas post entry yang cukup menyentuh sanubari kan. bagi sesiapa yang baca tu. korang mesti tau kan. kalau sape-sape yang terpinga-pinga kebingunggan (betul ke eja tu. macam tak betul jerk. dah lama kot tinggal kelas bahasa melayu). bagi sesapa yang tak baca lagi. boleh la baca entry sebelum entry kali ini. tapi make sure jangan sedih-sedih tau. tak suke tengok kawan-kawan sedih. kalau nak sedih. korang sedih dalam tandas time mandi eak. takde orang dengar. ehek ehek | *wah! pelangi dah boleh senyum dan gelak manjew la. senyum lah sikit kawan kawan. sayang korang yeahhh !

anyway, nak ucap thanks trimas arigator terima kasih pada semua yang sudi kasi semangat padaku. supaya tak nak sedih lagikan. semua duk bagi kata-kata penuh membara semogaku tabah dalam liku kehidupan ini. thanks kawan. semoga korang dirahmati olehNya. amin. kesian gak kat korang. datang jerk singgah kat pelangi chenta, jadi mood sedih plak. tambah plak dengan lagu mendayu jiwa kan. *giles sedih pelangi kot time tu. sampaikan semua macam dah layu kena racun tikus. eheee |

ini entry. pelangi tak nak korang berduka dan lara lagi. nak korang senyum laju-laju. baru hensem dan cantik gitu. manis kan camtu. dalam beberapa hari. pelangi hang out bersama si cantik manis. kawan-kawan yang sentiasa membuatkan diriku senyum berbakul-bakul punya. takde secubit pun. memang berbakul. berbaloi sungguh keluar bercanda. sayang mereka ketat-ketat. sampai tak nak lepas boleh tak. kalau boleh nak ikat mereka dalam rumah. tak nak kasi mereka balik. supaya pelangi leh sentiasa bergelak tawa ala-ala manjew dengan mereka. *macam kejam la plak kan.

entry kali ni mood ala-ala friendship is so special and it is love. love is friends. friendship like sweet and honey. i love them so much. thanks God. *alamak! perasan bajet pandai speaking. tapi grammar berterabur macam sampah. time kelas english dulu, selalu sangat buat muka. haaa! sekarang rasakan akibatnya. padam muka pelangi ! huu ^__^

ni haaa antara koleksi picha picha bersama kami si kawan. mereka terbaik. dan terhebat. dan hot ! bukan hot fm jerk leh hot kan. mereka pun boleh okey. kalau mereka baca ini entry. kembang kejab hidung tu kan. ahaks! satu dua tiga. jeng jeng jeng ! tadaaaa !

ini part sesi amik udara segar di pagi hari *pagi la sangat pukul 10pagi.

.ini pulak sesi suap menyuap, ala-ala romantik punya part. comeykan binatang tu. rusa kot. akhirnya dapat gak pelangi bermanja dengan si rusa jantan. *gatal tak pelangi.
.sekarang dah macam tak terurus jerk tempat ini. tapi still freshhhh. jom jogging ! tapi pelangi suka blogjogging jerk. haha

ini plak part makan dan makan. memang makan peveret!!


.promote baju kejab. bukan model okey. saje-saje nak tunjuk muka ala-ala gedix.

.port paling best menarik sedap ranggup aummm ngapp. semualahhhhhh !.

.mereka pengubat kesedihan. kasi jerk pelangi gelak tawa takde cover punya.

ini part berdating dengan si adik-adik yang cantik gitu :)

.kejutan ! si cupcakes yang sangat comel lagi comel. comel sangat. rasa tak nak makan. nak simpan sampai bila-bila.


haaa ! amacam korang. pelangi dah siap upload banyak punya picha. semua ni pengubat hati. korang senyum selalu yew. jangan masam masam. nanti tak cantik lagi. harap korang tilik lama-lama mereka yang terhebat buat pelangi. eheee |
okeylah papai. take care.

xoxo
kiss and big hug

Saturday, December 11, 2010

dalam diam. semuanya the end.

.Assalamualaikum dan Salam Sabtu.


kali ni, entry sedih. so, sediakan tisu lebih ye kawan-kawan. kenapa lah ianya berlaku dan berlaku. walau tak diundang dan tak pernah ku fikirkan. kenapa kenapa kenapa. bukan hanyalah nak minta simpati dari sesiapa. tapi kat sini tempat ku meluahkan yang terkandung di minda. bukan nak tunjuk diri ni begitu lemah. tapi dan tapi untuk hiburkan wajahku. memang ku sentiasa ingat bahawa dunia ni, kita takkan selalu berada di atas. kita juga akan merasai berada di bawah. so, kadang-kadang kita akan gembira, ceria, senyum dan terhibur. tapi ada kalanya kita akan sedih, muram, menangis dan termenung sorang bila duk diam. memang Tuhan Maha Adil bagi hambanya. walaupun ianya perit dan sungguh menyeksa hati yang rapuh ini. aku pura-pura tersenyum di hadapan cermin. menipukan diriku pada semua orang. kekadang ayat ini juga ingatkan aku. bahawa walau kita sedang bersedih, ramai lagi yang di luar sana juga bersedih dan lebih teruk pada kita. biasalah kita wajib bersikap matang untuk melalui dunia yang penuh dengan cabaran. bukan senang nak bahagia kan. 


ini bukan dipetik dari mana-mana cerpen ataupun si novel. namun dari hati. okey " hati ". hati yang sangat terluka. bagaikan ianya takkan sembuh untuk selama-lamanya. salahkah aku merindui detik lepas yang sangat gembira. yang bahagia. yang sentiasa dengan gelak tawa bukannya sentiasa menangisi semua. kenapalah diri ini sentiasa lemah seperti tidak mempunyai oksigen ni. diri ini mencuba mengembirakan hati untuk melupakan sesuatu yang menyedihkan diri. namun ianya seperti tidak menjadi. ku harap Tuhan sentiasa bersamaku. sentiasa tabahkan daku selaku hambanya yang lemah di muka bumi ini. 


seksanya jiwa. seksanya hati. mungkin masa akan menyembuhkannya. satu persatu detik sedih berlaku. insyaAllah semuanya akan aku masukkan dalam kotak fikiran lama. biarkan ianya dikunci rapat dan takkan dibuka sampai bila-bila. boleh kah aku. kuatkah aku. aku sayang kenangan itu. aku rindu kenangan itu. aku tersenyum dengan kenangan itu. bait-bait mesej sentiasa dalam gedung inbox. sampai beribu ribu. sayangnya mau lemparkan dan hapuskan. walau hanyalah kata-kata biasa. namun itu semangat. walau kata-kata menyakitkan. ianya kenangan. ianya jantung dalam kasih sayang. lakaran gambar lagi lah penggamit memori. takkan ku hapuskan. biarkan ianya tersimpan dengan penuh teratur sebagai penguat nadiku. yang sentiasa akan membuatkan ku berangan untuk seketika. walhal ianya hanyalah angan angan kosong dan takkan menjadikan ianya sebuah realiti. biarlah orang cakap diri ini bodoh seperti bermain dengan mimpi indah. tapi itu hidup aku.


xoxo
kiss and big hug

Friday, December 10, 2010

"eqbalzack 2010 Giveaway Contest"

.Assalamualaikum dan Salam Ceria.

ngeeee ! kembali berkarya kejab. ni haa. ternampak abg eq post sal giveaway. so, apa lagi. dengan sepantas kilat klik klik kat new post (maaf. saya tipu sikit pasal sepantas kilat, pandai tak pelangi berlakon). eheeee 

jom kengkawan join ! nanti dapat kalendar comey comey upin ipin ni. rasa nak cubit jerk mereka berdua tu kan. dah la siap ada icon " pelangi " kat situ. comeyyy sesangatttt ! heeee.

 comey kan. so, sesapa nak join. jom la ke blog abg eq. =)
kalau korang nak join. tengok lah kat blog tu ye. ada syarat dia . eheee ! good luck semua.
 nieyh haa. pelangi nak tag sape yee yang bertuah di kalangan kat sini :)


wish me the best :)

Prizes: Upin & Ipin Calender 2011
Number of prizes: 5
Contest Start Date: December 10, 2010 (Friday)
Contest End Date: December 17, 2010 (Friday): 11.59 pm


xoxo
kiss and big hug

shake hand.

.Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
Moshi-moshi. harap para blogger sentiasa senyum semanis madu. walau ia hanyalah tidak diberi ganjaran di dunia. insyaAllah dengan berkat olehNya. kita akan diberi ganjaran di akhirat kelak. amin. so, jangan lah kedekut nak senyum senyum. takdenya habis kuantiti senyum korang kalau duk senyum untuk sesama teman. bah kan menceriakan hari-hari seperti pelangi di sang awan. hari ni, pelangi dengan syukurnya kepada yang Ilahi disebabkan mengurniakan kesihatan yang sempurna untukku. 

.ini bukan nak tayang rajen ke main buat jadual kasi lekat kat board. TAPI. nak pastikan pelangi sentiasa dalam keadaan "sedar". bukan tau main-main jerk. itu kertas tulis good luck tu kan, time-time study boleh plak duk lakar benda alah tu. jari terlampau gatal camtu lah. itu gambar kat bawah tu bukan gambar "supermodel bersama HOT mama". tapi itu gambar pelangi. ahaks ! sila senyum ye* (maaf caption kali ni memang sangat berjela-jela).


ini hari. bukan mau buat lawak king ke apa-apa ye kawan semua. tapi mau createkan satu kenangan indah hari ini. walau dalam hati, ada keperitan. tapi, semangat waja. bukan wira. bukan myvi. apatah lagi bukan vios. *merepek la plak. dengan kejutan di pagi hari. pelangi ter " senyum " seketika. ya Allah. terima kasih kerana membuatkan ku gembira dan jatuh ter " senyum ". ni bukan sebab lamaran ke apa. jangan duk fikirin merepek meraban ye. ini apa eak. susahnya nak luahkan. tersirat tul dari perkataan. boleh tak nak katakan ianya adalah " secret ". padam muka korang kan. wokeyhh lah ! pelangi bagitau 0.5%. sikit-sikit sudah nak tau. tak payah nak jadi reporter semua nak karang habis habisan. eheeee |



oke lah (dengan tersenyum lagi). ni nak habak mai kat korang semua. pagi tadi, abah " shake hand " dengan pelangi wehhh. bukan tak pernah. tapi tu tanda dia ucapkan " tahniah  ! ". boleh tak nak rasa bangga kejab.. bukan selalu kan. mama pun sama. ucap " tahniah ! ". macam menang shout award la plak. aku akan cuba menjadi lebih terbaik untuk sem depan. chaiyok chaiyok untuk diri sendiri (wish untuk diri sendiri jela. nak tunggu orang wish lambat lagi kan. *ayat pasrah.). walaupun tak seberapa. tapi mama abah tetap boleh mengucapkan seperti itu. thanks my love. sayang sangat-sangat. semoga keluarga kita sentiasa dirahmati olehNya. amin :)

pelangi tinggalkan korang sampai kat sini sudah lah. nak senyum laju-laju lah. cam mana tu. eheee !

xoxo
kiss and big hug

Thursday, December 9, 2010

award. trimas kawan.

.Assalamualaikum Semua.

ni entry khas untuk award award dan award. terima kasih ye. sayang korang ketat-ketat. :)

1st AWARD :
trimas ye cik bella :)
cam biasalah beb ! before nak menang award. ada jerk soalan cepu emas dari kengkawan kan. eheee!


(1) Sape her0 korang?
hero ??? opcoz MY ABAH. dia sangat terhebat dan macho bagi pelangi. :)
(2) Feveret band korunk?
peveret ye? memang tak terkira lah. tapi paling paling peveret lahh adalah " H U J A N". bukan hujan rintik-rintik okeyy. " yang comel-comel tu. rambut tutup mata tu. kenal tak. eheeee ".
(3) Korunk suke colour ape?
FINK ! *sebut pun dah sengau. btw, pelangi pun shantek kan, sebab warna warni :)  
(4) Ape fevret fruit korunk?
ermmmm. " r a m b u t a n ". memang the best lah. tak caya tanya mama :)
(5) Kena tag 5 orang :
 2nd AWARD :
trimas ye cik pinkyy :) 
thanks ye dear. coz sudi kasi award comey gini. terharu siot diri pelangi. blog pelangi chenta tak seberapa pun. eheee ! thanks semua yang sudi blogwalking kat sini.*tepuk tangan kat diri sendiri ye.

3rd AWARD :

sebelum nak lompat lompat katak untuk dapat award, tuan tanah suruh buat soalan cepu emas nie.
nah pelangi buat khas untuk cik comey :) korang boleh usha blog si gadis manis ni. baik orangnya. okey. jangan lupa follow sekali :)



~buat en3 pasal award ni n mestila ade link ke blog nurul ..:)
 oke dear. dah buat, tapi macam rojak. takpe kan dear. campur 3 award sekali :)

~korang nak tahu ape tentang nurul ?
adek nurul sayang, pelangi terhibur dengan lagu kat blog tu. boleh tak pelangi nak tau tu lagu apa..

~Tuliskan 4 perkare tentang korang yang pling korg nak nurul tahu 
(1) pelangi memang obses dengan FINK. heeee! dah tau kan
(2) memang kaki aiskrim. bukan kaki yang makan aiskrim. tapi suka makan aiskrim. so, adik kena lanje pelangi ek. ehee
(3) pelangi lagi berusia dari nurul *uwaaa. tutup muka
(4) pelangi suke jejakkan warna kat blog nurul. eheee

~ape yang korang xsuke dengan blog ni 
dear, pelangi takde yang tak suka kat blog nurul. semua cantik :) 

~law korang bosan ape yang korang buat 
ermmm. ngadap drama korea. yeyeahhhhh !

~last sekali beri kate2 semangat ke/ucapan ke .ape2 saje lah yang korang nak ckp pade nurul 
ok. ermm. cam cikgu lak rasa. eheee. gurau jerk dear. adek study rajen2 yew. semoga berjaya dalam pelajaran. lepas tu dapat masuk universiti. jadi anak yang solehah pada keluarga..

xoxo
kiss and big hug

Wednesday, December 8, 2010

kalau sedih. korang buat apa.

.Assalamualaikum dan Salam Kesedihan.

apa ntah, tetibe entry kali cukup sensitif sangat. sampai title pun macam nak menitis airmata. tapi, akan ku gagahkan juga supaya airmata tak dibazirkan pada yang tak begitu penting. banyak lagi rintangan dan halangan yang akan ku hadapi, so. simpan airmata kat situ kot. tapi, dalam hati tak boleh nak tipu. sumpah derita. perit kot. rasa nak dengar ombak kat pantai. what the hell nak ke pantai. bahaya okey. so, ku curahkan bait-bait yang tulus dari hati kat encik blog. kau sentiasa menemani di saat ku riang dan sedih. walau dikau tak dapat nak belai manja diri ni, tapi, aku cukup lega bila apa yang terbuku di minda dicurahkan disini. thanks pada sesiapa yang mereka encik blogspot. kamu sungguh genius. 

bukan nak raih simpati lagi ehsan tangis dari korang. tapi, bila ku diam. bermakna ku tengah hiburkan hati yang kecundang. titisan airmata tak bermakna ku lemah. namun itu satu luahan yang penuh makna. walau airmata tak tertitis lagi di pipi seperti pelampung lemak ni. mungkin dalam beberapa ketika nanti. aku pasti ia akan membasahi pelampung lemak itu. memang diri ini tak setabah gadis-gadis di zaman Rasulullah. itu sudah termaktup dalam kamus kehidupan aku dimana aku seorang sensitif. kenapa semua ini datang menguji bilangan airmataku. salahkan aku ingin bahagia seperti manusia lain. yang sentiasa dengan senyuman manis di bibir. 

mungkin, sekarang aku melalui saat getir ini. mungkin orang lain sudah melaluinya. tapi, aku sentiasa buat-buat senyum. salahkah sebegitu. ataupun itu adalah suatu seksaan bagi bibirku. yang sentiasa dengan lakonan yang tidak betul. muzik pada encik blog seperti mencuba untuk mengembirakan aku dengan alunan violin yang begitu syahdu di telingaku. semoga kesedihan ini berakhir dengan kegembiraan. terima kasih pengalaman. akan ku ingat sampai bila-bila. dan jadikan diriku kuat menghadapi dunia yang penuh onak duri. 

xoxo
kiss and big hug

orang perempuan tidak pandai masak menjadi isu. pabila lelaki tidak boleh menjadi imam. bagaimana plak.

.Assalamualaikum dan Salam Ceria.

harap korang senyum ye. jangan masam-masam. tak manis nanti. ni ha, pelangi nak share satu isi begitu BESAR kot bagi pelangi. bagi anda semua cam mana plak. ni pelangi terjumpa isu ni. so, apakata kita sama-sama renungkan dan bagi cadangan atau pun komen ke arah kebaikan. terima kasih :)



Apa yang ditulis di sini bukan untuk sebelah mana-mana pihak. apa yang penting kita sama-sama berubah ke arah jalan yang lebih baik. Ingat yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari manusia itu sendiri..


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"


Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga.


Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.


RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL..(^_^) 

notakakiwangi : terima kasih sudi baca dan bagi sedikit komen berkaitan isu ini. semoga dirahmati olehNya.

xoxo
kiss and big hug

bloglarian.

.Assalamualaikum semua.

harap-harap sehat hendaknya. nieyh ha, dah lama asyik dapat tag sal nie. sekarang baru tergerak nak buat. tag nie dari Nina . eheee ! thanks dear.

meh la kengkawan join sama :)
apa-apa hal, korang refer dekat bloglarian ye.


 korang kena follow blog tu.
lepas tu, kena plak buat slogan :)
"Saya suka berblogwalking kerana.... nak mewarnai dunia blog ini supaya lebih ceria dengan warna warna daripada si blogger yang memang gile obses dengan pelangi dan menyakitkan mata sang blogger kat luar sana dengan hidup PINK. blogwalking dapat jugak kenal ramai orang, tak kira umur. mereka semua penceria dunia pelangi.

meh nak tag kawan-kawan yang sentiasa mewarnai dunia ku :

xoxo
kiss and big hug

Tuesday, December 7, 2010

hantaran Al-Quran. bukan hanyalah hiasan.

.Assalamulaikum dan Salam Maal Hijrah.

harap korang senyum-senyum. jangan jual mahal nak senyum kat sini. ehek ehek | hari ni pelangi nak share satu satu cerita yang boleh korang fikirkan sejenak. jom baca ;)




Sempena musim perkahwinan yang sedang berlaku pada cuti sekolah ini, kita sering melihat hantaran kitab Al-Quran yang dijadikan salah satu daripada hantaran untuk pihak pengatin lelaki atau perempuan. Jadi kisah ini akan memberitahu apakah maksud disebalik hantaran itu..


“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil.
Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan.Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.Hari yang dinantikan sudah tiba.

Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.


Pak imam baru sahaja sampai.“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam.


Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd“Apa benda nih” detik hati Nabil
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan.
Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.

Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri.

Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Segala watak dan nama dalam kisah ini, tiada kena mengena antara yg hidup dan mati..kisah ini hanya untuk kita berfikir sejenak tentang perkara yg selalu di amalkan oleh manusia.. 

notakakiwangi : thanks sudi membaca. komen lah apa yang patut. :)

xoxo
kiss and big hug

my header contest.


ini adalah header contest dari Rieyana.
join contest ni disebabkan ditag oleh si Miela. thanks sayang.
kalau korang nak join. boleh cepat-cepat usha blog si empunya contest.
jangan malu-malu lagi segan taw. contest ini menaruhkan dapat topup RM100.
sangat sangat lumayan kan. boleh call sesapa saje yang anda sayangi. chewah !


perghhhh !
tak tau nak pertaruhkan yang mana. nah tengoklah sendiri. tengok pakai mata. bukan pakai lutut. 

header yang pertama :

.ni haaa header sekarang yang pelangi pakai. yang sangat debab si Geno.



 header yang ke-dua :

.ni antara koleksi header lama sebelum pakai header yang sekarang, sebelum ni pasti sesapa yang selalu jenguk kat pelangi chenta. pasti terliur dengan si kek tu. asyik mintak kek jerk korang tau kan. eheee.

 okeylah. akhir sekali, ditugaskan plak tag 3 orang :

xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails