Saturday, September 25, 2010

i love u so much. fullstop !


. Assalamualaikum .




hai korang. dalam hati penuh dengan airmata. agak-agak boleh ke hati ni menangis?? tak tahu betul yang tu. sebab diri ni bukan doktor. haha | btw, itu hanyalah ibarat atau macam pepatah melayu right. sungguh tragis kot benda tu bagi diriku. buatkan diri takde mood nak study masa tu. begitu sayang dan cintanya diriku pada dirinya. i love u so damn. please dont forget me, but always remember me. tanpa luahan di bibir, airmata mengiringi ketika itu. rindukan kelipan matanya, suaranya, ketangkasannya, kecomelannya, semualah. hanya beberapa hari sahaja kita dapat bermanja manjaan. sungguh sedih. ingatkan dapat bersamamu sampai kamu dewasa dan matang. dan punyai waris yang comel. tapi. itu hanyalah angan-angan kosong rupanya. yang hidup pasti akan pergi. itulah kata-kata semangat bagiku untuk sedapkan hati ini. walaupun cukup terguris dan pedih untuk menerima berita itu. dalam tangis, ku tekan phone, tengok picture kamu. sungguh comel kamu diwaktu itu. aku peluk, cium, cubit kamu. sungguh syahdu waktu itu. rindunya. kita bermesra tak lama. Tuhan lebih sayangkan dirimu sayang. doakan kami sekeluarga sentiasa bahgia tau. i gonna miss u so much. walaupun tak lama masa kita dapat bermesra, namun. kita sudah mesra kan. kamu sungguh nakal. ingat lagi masa tu, kamu naik ke katil ku dan menganggu ku. ketika itu ku mengadap lappy. kamu saja jerk nak manja-manja. i know. and then aku layan kamu main. kamu duk plak membaringkan diri kat bantalku. rindunya. omg! saat ku menaip ni pun airmata berguguran di pipiku. seperti hujan yang turun tadi membasahi bumi ukm. sabar. mesti orang pelik dan seperti tidak percayakan. buat apa nak menipu diri sendiri kan. tak suruh pun korang percaya if korang tak percaya. ini hanyalah luahan hatiku yang jujur dan luluh. bila tengok dan sentuh kat patung kecil dan comel warna pink yang ada pada phone ku. buat ku teringat lagi kisah kamu duk main-main benda tu. sangat comel time tu. duk gigit lagi. alahai. rindu kuasa dua. semoga ku tabah. yeahhh *sedapkan hati*. i love u so much bok (gembok) dan tom (tompok). dua-dua nama ku kasi. maafkan kami if kami tak melayan kamu dengan sebaiknya yew. if ada kekurangan. maafkan kami sayang. rindu nak main ekor si bok. comel jerk kamu. bila dah dewasa nanti, pasti kamu digilai si jantan di luar sana. sebab kamu sangat comel dan cantik. tapi nak buat cam mana umur mu tak panjang sayang. bagi si tom plak. kamu sungguh lincah dan ensem. pasti si betina nak kat tom. tapi tom sempat nak membesar. umur mu hanya beberapa bulan. dalam 3 bulan macam tu lah. *sambil lap mata dengan baju*. tinggal vince sekor jela. vince kawan ngan si bad jela. kamu sungguh ku rinduinya sayang. love love love love love love love love love love love love..

23sept2010-bok meninggalkan kita
24sept2010-tom meningglkan kita

 
.nasib baik ada video ni. lau rindu leh tengok. comel betol.

.rindunya time ni.
.si bok yang comel lagi cantik.
.si bok time duk manja-manja denganku. time dia kacau ku mengadap lappy.


.alahai, dah pandai pose. really miss u.

. dah mula pandai posing.tapi nak buat cam mana, Tuhan lebih sayangkan kamu.


really miss u baby. kiss and hug u.

mood sedih sekarang, tak pasal-pasal duk nangis bila taip entry kali ini.

.bye.

xoxo
kiss and big hug

bila pink itu jadi cinta hati.

Assalamualaikum & Salam Lebaran
*kita masih dalam bulan syawal kan. so, still boleh wish selamat hari raya*


nak dekat one week aku tak sentuh si blog. sorry ye pelangi chentaku. tak sempat ok. campur ku buat-buat busy. maafkan lah tuan mu ek. pelangi chenta tetap ku cinta. ok. tak mau sedih cam gini. tak comel tau. (cam duk bercakap dengan manusia pun ada, walau pun hanyalah blog. tapi amat ku hargai dirimu wahai pelangi chenta). last update pun pasal hari raya. tu pun time tu still kat rumah. sekarang dah kat negeri orang dah. selangor. a.k.a. bangi okeyh. sape yang tak tahu. sudah tau kan. sesapa yang masih fresh lagi pasal pelangi chenta. hai aku ucapkan. trimas buat kalian sanggup usha blog yang tak seberapa ni. amat ku hargai ok. so,selalu lah ye melawat kat sini. tak kena bayar pun. tapi connection internet tu kena bayar kan. ala, nak free kan. bawak lappy korang ke mcd. so dapat wifi free. hehehehe | dekat one week jugak lah aku bertapa kat bangi ni. dah one week jugak ku dah meninggalkan family ku yang tersayang tercinta yang sentiasa ku rindui walau pun ku dalam tidur, still merindui mereka. mereka sentiasa bersama dalam doaku. sentiasa mereka sihat sentiasa dan diberkati olehNya. amin.

so, first entry lepas cuti beraya. aku nak story pasal hari ku yang sebelum ni. ek. dengan keadaan hujan yang turun tanpa dipaksa. buat aku jadi cam nak bertenggek kat pelangi chenta. nasib baik sudah angkat kain di ampaian. hujan turun punyalah lebat. thanks God. aku paling suka hujan. cam best jer. dah la sejuk. best best. sekarang ni, bila petang jerk. asyik hujan je kat bangi ni. dah banyak kali redah hujan. si payung tak ku miliki. akan ku beli nanti. insyaAllah. asyik lupa jek. tak sanggup nak redah hujan selalu. nanti buat jadi selsema, tak suka. sape suka sakit kan. so. jauhi lah main redah hujan. time balik dari kb ke bangi. balik bersama si tia. naik bas pukul 9.30malam. punyalah lawak. nasib baik tak kena tinggal bas. thanks mama abah dan family ku. i miss u all so damn. you all always in my heart. emuaaah. terkilan. sebab malam tu tak sempat peluk cium mama. nak cepat naik bas. faham-faham lah. dah kejar bas. sebab terlepas. tak sempat. i miss u mama. miss u so much. thanks God give mama for me. my mama so sweet. i love u so much. i miss your smile. your perfume. all. fullstop.

.rina.tia.wanie.
menjalani dunia uni semula selepas nak dekat 2 minggu berada di negeri cik siti wan kembang. sungguh seronok berada di rumah, buat ku liat nak balik uni. rasa rindu kat katil, bilikku, my kucing, semua lah. kehidupan kat uni minggu lepas raya buat jadi malas nak pergi kuliah. hahaha | tapi otak still duk fikir pasal mid term. alhamdulillah mid term already finish. lantak lah dapat berapa, asal dapat akhiri dengan sempurna. kelmarin (24sept2010) adalah hari terakhir. pagi ada lab test programming dan pada petang hari plak, paper statistik. naik mengong gak otak ku time tu. dah la. tetibe. peristiwa itu berlaku. omg. sungguh cuak. hanya Allah saja yang tau betapa hatiku berdegup kenyang. macam puting beliung agaknya. hahaha | nak jawab periksa pun seram sejuk weh. selama ni tak pernah camtu. its ok. akan buat diriku lebih prihatin lain kali. lawak pun ada. lupakan jela. tapi diri ini tak boleh lupa. kenangan terindah kot. haha | kenangan yang jadi mahal bila aku dah habis kat uni.


.nice one.
.makan-makan time.with tia.
.si kebab bersama soup.
.rina & tia.
.chomeil.
.duk siapkan tutorial math.
minggu ni. dan minggu depan. ada kelas ganti yang hari raya baru ni. so tired. tak pasal-pasal kelas habis petang. tak boleh nak rehatkan diri a.k.a. tidur. hahahaha | maaf kalian. hobi yang tidak akan ku tinggalkan. thanks kekawan. tia. tira dan rina. happy with korang. 22sept2010. mulut terasa nak hirup muchroom soup jerk. so, aku ajak mereka join bersama. makan kat pusanika uni. sempat lagi snap photo photan. *what the meaning of photan???* hahaha | sorry. aku create sendirik perkataan tu. so. buat-buat faham eak. trimas. kat atas sini, aku uploadkan photo untuk korang tatap. walau aku tak hensem pun. jangan jeles.


bosannya saturday ni. ingatkan pagi tadi ada koko. tapi takde. bajet rajen katakan. hahaha | tapi bangun awal arini. dalam pukul 9 lebih dah celik mata. bangun terus mandi manda. pastu layan drama korea *cinderella man*. best weh citer tu. try la korang usha. hero pun jelita dan cantik. eh eh. ensem. bagi para gadis. pasti tergoda u. hahaha | so, untuk hilangkan boring. layan jerp drama tu. ok lah. aku akhiri jela post kali ni sampai kat sini sajalah. rasanya dah panjang giles dah ni. ni bukan karangan yang cikgu nak dalam 500 patah perkataan kan. buat pe nak mengarang. haha | takde markah pun. have a nice weekend ye kawan-kawan semua. thanks sudi baca blog pelangi chenta. takecare.

.bye.

xoxo
kiss and big hug


Tuesday, September 14, 2010

bila raya. inbox penuh dengan msg raya.

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri

mood kegembiraan dan kesyukuran hendakNya.....


ciku cak aaa. wahaa. dah banyak hari tak merepot coretan kat sini. duk rumah banyak " rilex " kan diri. bagus tak anak dara sorang ni. walau tak bagus. peduli apa. asal hidup gumbira. wahaha. pejam celik celik pejam, dah genap kita berpuasa selama sebulan. cepatnya masa berlalu kan. bulan baik dah pun meninggalkan kita. harap tahun depan insyaAllah kita akan berjumpa lagi. amin. dah tiba bulan syawal. kuih raya. baju raya. mercun. lemang. ketupat. duit raya. semuanya tak terlepas bila kita menyambut lebaran. happy juga la, sebab sempat juga sahur & berbuka puasa kat rumah. sempat pergi bazar ramadhan lagi. siap dapat makan ayam percik, kuih jala mas dan kuih buah tanjung. akhirnya kan. ehehe |




di lebaran ini pelangi chenta ingin mohon ampun dan maaf kepada kalian semua. kalau ada salah silap atau terkasar bahasa. dah namanya manusia, tak kan lari dengan kesalahan kan. seperti biasa. menyambut lebaran di kampung halaman. memang " kewajipan ". haha | berbaju kurung oren ala-ala pink kot. sedondon kami satu family. thanks God. i love both of them. mereka men-complete kan diriku. sentiasa menceriakan hidupku dalam kesusahan dan kegembiraan. hidup susah senang kita bersama selamanya. nanti korang tengok lah picture ku yang di capture time raya ek. sudah raya yang ke 5. baru terfikir nak update pasal lebaran. orang lain dah lama kan. its ok kan. time puasa badan turun sikit. lepas raya jerp. badan naik banyak. ahaha | time raya makan tak ingat badan. macam nak makan semua makanan jerp. disini sudah la warkah dariku buat masa ini. nanti ku post lagi. thanks bagi sesapa yang sudi baca postku. thanks a lot. nak bagi kuih raya melalui blog, tak boleh plak. kalau boleh takpe jugak. ehehe. take care semua.






xoxo
kiss and big hug

Monday, September 13, 2010

shopping itu best kan. pilih itu ini.

Assalamualaikum & Salam Kasih Sayang !



senyum kambing. bukan macam kambing okeyh. tetiba plak tersenyum kambing pabila memulakan kata-kata. kan dah termaktub " senyum itu sedekah ". bukan susah pun nak senyum kan. tak bayar pun. tak macam nak masuk tandas awam, kena bayar 30sen. entry kali ini aku nak story mory pasal masa bershopping hari itu. saat paling best dan yang ditunggu oleh para gadis semua kan. kebanyakkan si gadis semuanya suka bershopping. susah juga nak jumpa si gadis yang takde gejala nafsu shopping. semua mata duk berpinar-pinar time pergi megamall. omg! banyak giles sale !!! malam itu. ku habiskan wang untuk si kemeja, tshirt dan si jeans. ehek3


.picture-picture kami. love both of them.



























lepas jerp shopping. pergi makan-makan bersama keluarga terchenta. siap amik photo lagi. nanti tengoklah. sayang sangat pada keluarga tersayang ! luv u.

.bye.

xoxo
kiss and big hug

Monday, September 6, 2010

awak.saya rindu nak tengok awak.

.Assalamualaikum.
happy mode. tapi dalam hati penuh bara.berapi !

hye kalian semua ! semoga sihat walafiat. amin. sorry sayangku pelangi chenta. tak dapat luangkan masa bersama mu. bz kalah pada PM. haha. || sorry tau dear. dengan baru habis mid term kmk dan math. semua tu buat kepala otak ku serabut. alhamdulillah semuanya sudah tamat. habis mid term math, 3september2010-jumaat. bersama dengan cik tia, lepas jerk exam. nak pergi kl terus. punyalah tunggu bas lama. dari pukul 12 lebih hingga pukul 1 lebih tak datang datang. lastly, ambik keputusan pergi bilik cik tia. untuk solat. baru lah teringat. solat jumaat kan. patutlah bas takde. memang cam mangkuk maggi dah duk tunggu. dalam 2.30pm baru dapat naik bas. lama giles tunggu. dah jemu dah tunggu bas. hekhek || sesampai jerp dekat stesen ktm. cik tia dapat call dari bapa saudara dia. kita orang dapat balik kelantan hari ini. yeahhh! suka sangat. walau hajat ke kl tak dapat ditunaikan lagi. nasib baik tak beli tiket lagi, tapi time tu duk beratur nak beli tiket la. pastu tunggu bas lagi. adoiya. hekhek




balik jerp bilik, terus kemas barang. kemas apa yang patut. memang berselerak la meja study. biasalah ada exam. memang takde masa nak kemas before exam. bila dah habis exam baru lah leh kemas semuanya. sapu lantai lah. lipat baju mana yang tak dilipat. kemaskan diri. segar sikit badan. tunggu cik tia call jela. sambil duk goyang kaki main mukabuku. dalam pukul 6.30pm, cik tia datang. amat malu juga dengan bapa saudaranya. kami makan untuk berbuka puasa kat mcd. lepas tu bertolak balik. jalan boleh tahan. jem giless. dalam pukul 2.30am sampai kb. alhamdulilah kan. balik jerp rumah. wah. tengok ada si comel. geram giles. tapi simpan niat nak manja manja dengan mereka. esok masih ada. masuk bilik. buka si lappy. main mukabuku sampai terlentok. heee..


.macam kartun jerp. segan. *tutup mata*


hari sabtu-4september2010. dapat jugak pergi bazar ramadhan kat stadium. ramai giles manusia berpusu-pusu. macam macam ada-ayam golek, kuih muih, nasi beriani, nasi kerabu, nasi ayam, pizza, sup gearbox, roti john, air tebu, air soya, air laici, air milo, air anggur, air a&w dan banyak lagi. kalau nak cerita semua makanan yang ada esok lusa kot baru habis. akhirnya dapat gak makan ayam percik, kuih jala mas dan kuih buah tanjung. best sangat. alhamdulillah. syukur. hey korang ! tajuk entry itu tiada kena mengena dengan sesiapa. saja nak gatal gatal. tak salah kan. sampai di sini dulu ye warkah ku kali ini. kalau aku rajin kuasa dua. nanti nak manja-manja lagi dengan pelangi chentaku.

.say goodbye kbh-ukm.



.bye.


xoxo
kiss and big hug

Thursday, September 2, 2010

hujan titik titik.

.Assalamualaikum.



yeppi (melompat girang)..


hey kamu. dah selamat habiskan puasa untuk hari ke 23 kan. alhamdulillah. semoga dirahmati olehNya. amin. tajuk entry kali ini sangat comei tak. itu kehendak daripada seseorang itu. sungguh nakal beliau. disebalik perkataan itu. memalukan aku. adakah itu macam kanak-kanak. *blushing* hari ini. mid term subjek kmk. sangat bosan itu subjek tau. bikin diriku tertidur banyak kali time tengah meng-studykan diri. last-last, amik masa sekejab untuknya dan masuk tidur. cam pakar psikology jer baca buku tu. pasal cara nak berfikir la. cara pembacaan strategik. memang sangat bosan. yeahh! dah berakhir pun exam tu. esok plak ada mid term math. wish me the best tau. study sorang-sorang macam tak best jerp. dah la banyak kena study sendiri. sebab dah banyak tertinggal. kan masuk 2nd intake. huuu || buat otak serabut. dengan fikir masalah itu ini lah. semoga Tuhan permudahkan segalanya. insyaAllah. amin. ok lah. mau serabutkan diri dengan lecture math ni. doakan diri ini makin rajin kuasa dua taw. ok.



.bye.

xoxo
kiss and big hug
Related Posts with Thumbnails